Tahun 2022 menjadi lembaran baharu apabila umat Islam dapat mengimarahkan masjid seperti sedia kala selepas kerajaan menetapkan fasa peralihan endemik bermula 1 April lalu.
Penetapan itu juga membolehkan saf bagi solat berjemaah dilakukan secara rapat berbanding sebelumnya yang mengehadkan dan menjarakkan individu kira-kira satu meter. Lebih menggembirakan apabila peralihan berkenaan sejajar dengan kedatangan bulan Ramadan sekali gus suasana solat tarawih lebih meriah dengan gelak tawa kanak-kanak yang hadir. Menerusi ciapan Twitter Asyraf Badhrul, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya menyeru jemaahnya untuk berlapang dada sekiranya terdapat kanak-kanak yang berlari atau menjerit di dalam masjid berkenaan.
Kata-kata imam berkenaan menyebabkan jemaah yang hadir berasa sayu kerana ia terselit seribu makna. Ini kerana dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini, masjid dan surau hanya dihadiri individu dewasa yang sudah mendapatkan dua dos suntikan vaksin manakala kanak-kanak tidak dibenarkan. "Jika anak-anak berlari ke sana-sini, menjerit, kami harap tuan puan boleh berlapang dada, kerana masjid ini telah dua tahun merindui suara kanak-kanak - Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Putrajaya," ciapnya ringkas. Perkongsiannya itu menyebabkan ciapannya diulang kicau lebih 20,200 pelayar dan menerima 41,300 tanda suka. Malahan, ia turut dikongsikan di halaman Facebook Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang turut disebarkan lebih 5,800 pengguna lain. Rata-rata pelayar menzahirkan rasa syukur dan turut berkongsi pengalaman masing-masing. Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang memberikan pandangan berbeza. Malah ramai menyifatkan, kelonggaran yang diberikan itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk ibu bapa membiarkan anak-anak mereka membuat bising di masjid sehingga mengganggu jemaah yang datang. Apa pula pandangan anda? Sumber: mStar
|
Suchi replied at 5-4-2022 07:56 AM
Kalau yg jenis behave ok la nak bawak. Mak pak pasti lebih kenal pangai anak sendiri lagu mana kan?
...
kakikuDibibirmu replied at 5-4-2022 07:25 AM
Lagi best kalu campak mercun kebaboom, semakin kuat bunyi mercun, lagi khusyuk solat terawih
ADVERTISEMENT