CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Habislah Ramadan Nanti Tak Ada Kuih- Peniaga Gelisah, "Mana Nak Cari Stok Tepung, Minyak Masak"

1-4-2022 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4166| Komen: 69

KOTA BHARU – Kebanyakan peniaga kuih-muih mula gelisah apabila mereka tidak dapat membeli bekalan minyak masak dan tepung yang sudah kehabisan stok meskipun tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum bulan Ramadan.


Mereka sudah mengalami keadaan itu sejak dua bulan lalu, namun stok tepung gandum dan minyak semakin terputus sejak minggu lalu.

Seorang peniaga kuih-muih, Zainun Ahmad, 30, berkata, dia langsung tidak dapat ­menyiapkan jualan kuih-muih kerana tidak dapat membeli dua barangan itu daripada pemborong.


Foto: Kosmo

Menurutnya, pemborong juga memaklumkan bahawa mereka tidak menyimpan stok tepung dan minyak kerana pasti akan habis diborong oleh ­pelanggan.


“Saya sudah mencari minyak dan tepung di beberapa kedai borong tetap, namun tiada stok. Jika ada, harganya meningkat sehingga RM1 sepaket.

“Selain dua barang itu, bekalan telur juga susah untuk dibeli. Saya buntu kerana masih belum membuat sebarang persiapan untuk menjual kuih-muih sepanjang Ramadan ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Menurut Zainun, dia menjangkakan modal berniaga kuih-muih pada Ramadan tahun ini akan meningkat jika ketiadaan bekalan bahan mentah terus berlaku.

Ujarnya, dia juga terpaksa menaikkan modal perniagaan daripada RM5,000 kepada RM6,000 tahun ini sebagai persediaan jika keadaan kekura­ngan bekalan mentah berterusan.

Tambahnya, keadaan itu juga menyebabkan harga kuih-muih yang dijual semasa bulan Ramadan tahun ini mungkin akan naik harga.

Seorang lagi peniaga, Hamidah Jusoh, 45, berkata, dia bimbang tidak dapat berniaga di bazar Ramadan pada tahun ini kerana masih belum membuat sebarang persediaan.

Menurutnya, keadaan itu semakin teruk berbanding tahun lalu apabila dia langsung tidak dapat membeli bekalan minyak, tepung dan telur sehingga menjelang beberapa hari lagi masuk Ramadan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 1-4-2022 11:58 AM
cobaan nk naikkan harga ke sisthurrrrrrrrrrrrrr


Quote Artemesiaa 1-4-2022 12:01 PM
Makan buah buahan ler untuk berbuka lebih menyihatkan dari makan makanan yang manis2 atau berminyak
Quote c===8 1-4-2022 12:06 PM
modal tambah rm1000 tapi lepas naikkan harga kuih silap2 keuntungan bertambah rm3000
Quote cutieslilies 1-4-2022 12:07 PM
membohong aihh xder persiapan..ckp jer nak naikkan rege..
Quote black_handbag 1-4-2022 12:16 PM
i tak perlu kuih muih manis pon masa berbuka. cukup dgn kurma, solat lps tu taram nasi. kenyang sampai esok

cubaan nak minum tanpa gula tahun ni. moga berjaya haha
Quote Mary_jane 1-4-2022 12:19 PM
Harga naik, untung pun banyak. Boleh pergi haji balik hari.
Quote sepiITUindah 1-4-2022 12:22 PM
tepung tu faham ler
ni minyak masak??
Quote AbukRokok 1-4-2022 12:33 PM
harga naik wa xbeli k
diminta pengguna boikot klu harga naik
jgn normah baharuakan naikkan harga setiap tahun
Quote monreyes 1-4-2022 01:09 PM
yg hari2 jual kuih tu turun dari langit ke tepungnya
Quote pearl.silver 1-4-2022 01:50 PM
Yg xde tu tepung subsidi murah tu kot
Tepung cap sauh ada je
Quote shernazz 1-4-2022 01:53 PM
Skang mmg tepung rm1.35 takdak...
Minyak.masak nasib2 je..iolsntgk kat hero ada je ..
Speedomart mmg susah sikit nak cari..
Tepung ni mmg.tak.jangka..
Sebba ada yang.borong sampai 4 5 kotak...
Huhuuuuuuuu.....
Iols slalu borong tepung beras je....sebab mmg guna banyak yang tu
Quote Madel 1-4-2022 02:01 PM
Tmpat aku ni melambak2 minyk masak peket, gula, tepung
Pergi la cari kat pasaraya borong mcm tmpt aku ni Smrt Pandan, Lotus pun ada je stok cum mmg limit 1fmily 2,3paket aje
Quote namr 1-4-2022 02:18 PM
Taktik kotor nak naik harga lettew
Quote riena3321 1-4-2022 02:28 PM
blanar eh telur. sah2 mokcik nak jual mahal.
Quote Perawankota 1-4-2022 02:57 PM
Lama dh x jumpa, minyak paket
Quote Suchi 1-4-2022 02:59 PM
Acik jual roti boom kat taman iols ni baru je topup 120kg tepung gandum.
Sblm ni dh beli dah stock tepung ni dia sempat lagi topup.
Taktau amik mana stock.
Quote Rockafella 1-4-2022 03:01 PM
supernaturalee replied at 1-4-2022 11:58 AM
cobaan nk naikkan harga ke sisthurrrrrrrrrrrrrr

Saya suka dengan speku ini.
Quote ultra78 1-4-2022 03:25 PM
Minyak paket dah lama tak nampak. Terpaksalah jugak beli minyak cap buruh 1kg, harga RM6.70.
Quote Buritan 1-4-2022 03:34 PM
black_handbag replied at 1-4-2022 12:16 PM
i tak perlu kuih muih manis pon masa berbuka. cukup dgn kurma, solat lps tu taram nasi. kenyang samp ...

Aku dah berzaman tak minum manis.. pi rumah org minum manis rasa nak tercabut tekak.. cuma aku susah skit nak lari dr mknanmanis.. harap tahun ni kita sana sama buang suka manis maniss

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.114128 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top