CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Anda Datang Ke Kejiranan Yang Salah," Masih Kanak-Kanak Tapi Dah Pegang Pistol Ke Hulu Ke Hilir

1-4-2022 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1649| Komen: 3

NEGOMBO, Sri Lanka – Seorang budak lelaki sedang memegang pistol dilihat dalam aplikasi pemetaan Google Maps sehingga menarik tumpuan pengguna di laman sosial Reddit, lapor akhbar Daily Star.


Imej yang dimuat naik menerusi akaun @r/googlemapsshenanigans itu memaparkan seorang kanak-kanak itu memakai seluar pendek tanpa baju dan berkaki ayam.

“Anda datang ke kawasan kejiranan yang salah…’’ demikian kapsyen pada imej berkenaan.

Foto: Reddit

Dia dilihat memegang pistol di tangan kirinya. Wajah budak lelaki itu dikaburkan kerana masih di bawah umur. 

Gambar itu ditemui menggunakan aplikasi Google Maps di bandar Negombo, Sri Lanka. Ia turut mencetuskan jenaka pengguna-pengguna Reddit.

“Jari kecilnya hampir tidak boleh memegang pemegangnya. Sedih apabila sesetengah orang mempunyai anak dalam keadaan teruk seperti ini,’’ tulis seorang pengguna.

“Jika saya berada di Negombo, saya pasti akan memastikan pintu rumah berkunci,’’ komen pengguna lain.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada senjata itu adalah pistol sebenar atau tidak. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 1-4-2022 11:55 AM
dh sri lanka pulak

selalu berita indon jek


Quote Artemesiaa 1-4-2022 11:58 AM
Pistol mainan ke pistol betul tu dari hanya sekadar lihat gambar sukar mengesahkanya
Quote clueless_gamer 1-4-2022 05:53 PM
99% adalah pistol mainan

k bai

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.027977 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top