PETALING JAYA: Tempat pembakar daging itik di sebuah restoran yang terletak di pusat beli-belah terkemuka di ibu negara terbakar, di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu menyebabkan asap menyelubungi restoran di tingkat satu, pusat beli-belah berkenaan. Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.12 petang. Kata kenyataan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dengan bantuan BBP Jalan Tun Razak bersama beberapa jentera telah dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, anggota mendapati, asap tebal berpunca dari sebuah restoran di tingkat satu pusat beli-belah berkenaan. Kebakaran dipadam sendiri selepas ‘Sprinkler Head’ pecah disebabkan bahang yang terhasil dari kebakaran tersebut,” katanya kenyataan itu di sini hari ini. Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, kebakaran dipercayai berlaku di tempat pembakar daging itik di restoran berkenaan selepas dimaklumkan sendiri pemilik restoran tersebut. “Siasatan lanjut masih dijalankan oleh unit forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur,” jelasnya. Sumber: UTUSAN
|
ADVERTISEMENT