View: 799|Reply: 2
|
Pusat Beli-belah Diselubungi Asap Tebal Angkara Pembakar Daging Itik
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Tempat pembakar daging itik di sebuah restoran yang terletak di pusat beli-belah terkemuka di ibu negara terbakar, di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu menyebabkan asap menyelubungi restoran di tingkat satu, pusat beli-belah berkenaan.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 2.12 petang.
Gambar hiasan
Kata kenyataan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu dengan bantuan BBP Jalan Tun Razak bersama beberapa jentera telah dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, anggota mendapati, asap tebal berpunca dari sebuah restoran di tingkat satu pusat beli-belah berkenaan. Kebakaran dipadam sendiri selepas ‘Sprinkler Head’ pecah disebabkan bahang yang terhasil dari kebakaran tersebut,” katanya kenyataan itu di sini hari ini.
Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, kebakaran dipercayai berlaku di tempat pembakar daging itik di restoran berkenaan selepas dimaklumkan sendiri pemilik restoran tersebut.
“Siasatan lanjut masih dijalankan oleh unit forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur,” jelasnya.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Pavilion Bkt Bintang
restoran mana tah terbakor
akak cikcur kt pavi ptg td sbb hujan lebat td
tp akak malas nk pi tgk resto terbakar tu
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah i bilik tido , ruang tamu , dapur ,
ada bende sprinkle head tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|