Annyeong! Untuk pembaca yang memang jenis kaki layan K-drama, mesti ada yang terbiasa dengan perkataan itu. Ada juga orang yang mampu bertutur bahasa korea dengan hanya menonton K-drama. Hebat bukan? Namun, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendalami bahasa asing seperti bahasa korea. Kadang-kala ia mengambil bertahun-tahun untuk kita menguasai bahasa tersebut. Ada juga yang putus asa untuk mempelajari bahasa asing.
Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai whyfarhann telah memuatnaik satu video di TikTok. Video itu menujukkan perbandingan dirinya semasa dia mula mempelajari Bahasa Korea pada tahun 2018 dan pada tahun 2022. Menerusi interview bersama Lobak Merah, lelaki dikenali sebagai Farhan ini berkata dia mula mempelajari Bahasa Korea di bawah Korean Intensive Programme (K-LIP) yang ditawarkan di universitinya iaitu UniKL pada 2017. Pada tahun 2019, dia dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana di Korea Selatan. Menurut Farhan, ibu bapanya menjadi suri teladan kerana mereka berdua merupakan guru bahasa. Hal ini menyebabkan farhan juga menyimpan azam untuk menjadi seorang pengajar selepas tamat pengajiannya pada Mac 2023 nanti. Oleh kerana sikapnya yang tidak berputus asa untuk mempelajari bahasa korea, kini Farhan telah dijemput UiTM Dungun sebagai panel untuk berkongsikan pengalaman tentang budaya dan cara belajar di Korea Selatan pada awal tahun ini. Video yang dikongsikan oleh Farhan kini telah mendapat lebih dari 1.4 juta penonton di TikTok. Ramai yang mengatakan tidak semua orang mempunyai kebolehan seperti Farhan dan nampaknya rata-rata peminat K-pop dan K-drama sangat memcemburui kebolehan Farhan. - CARI
|
imransulaiman replied at 22-3-2022 09:43 PM
Wahh! Muka pun berubah jadi Korean look. Nasib baik kenal tang gigi
uda replied at 22-3-2022 09:56 PM
Muka dia terus jadi putih
Artemesiaa replied at 23-3-2022 03:23 PM
Lama juga tu nak mahir sebab ada sesetengah orang dalam masa tiga bulan pun dah boleh fasih nak2 bil ...
~boolean replied at 24-3-2022 12:43 AM
Ikut pemahaman aku bukan dia ambil masa 5 tahun untuk fasih, tapi dia dah belajar bahasa tu selama ...
ADVERTISEMENT