View: 1271|Reply: 10
|
Lelaki Ambil Masa 5 Tahun Nak Fasih Bahasa Korea Tak Sangka Jadi Viral!
[Copy link]
|
|
Annyeong! Untuk pembaca yang memang jenis kaki layan K-drama, mesti ada yang terbiasa dengan perkataan itu. Ada juga orang yang mampu bertutur bahasa korea dengan hanya menonton K-drama. Hebat bukan?
Namun, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendalami bahasa asing seperti bahasa korea. Kadang-kala ia mengambil bertahun-tahun untuk kita menguasai bahasa tersebut. Ada juga yang putus asa untuk mempelajari bahasa asing.
Baru-baru ini, seorang lelaki yang dikenali sebagai whyfarhann telah memuatnaik satu video di TikTok. Video itu menujukkan perbandingan dirinya semasa dia mula mempelajari Bahasa Korea pada tahun 2018 dan pada tahun 2022.
Menerusi interview bersama Lobak Merah, lelaki dikenali sebagai Farhan ini berkata dia mula mempelajari Bahasa Korea di bawah Korean Intensive Programme (K-LIP) yang ditawarkan di universitinya iaitu UniKL pada 2017. Pada tahun 2019, dia dapat menyambung pengajian di peringkat sarjana di Korea Selatan.
Menurut Farhan, ibu bapanya menjadi suri teladan kerana mereka berdua merupakan guru bahasa. Hal ini menyebabkan farhan juga menyimpan azam untuk menjadi seorang pengajar selepas tamat pengajiannya pada Mac 2023 nanti.
Oleh kerana sikapnya yang tidak berputus asa untuk mempelajari bahasa korea, kini Farhan telah dijemput UiTM Dungun sebagai panel untuk berkongsikan pengalaman tentang budaya dan cara belajar di Korea Selatan pada awal tahun ini.
Video yang dikongsikan oleh Farhan kini telah mendapat lebih dari 1.4 juta penonton di TikTok. Ramai yang mengatakan tidak semua orang mempunyai kebolehan seperti Farhan dan nampaknya rata-rata peminat K-pop dan K-drama sangat memcemburui kebolehan Farhan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni kalau tau bahasa korea, terus boleh jadi popular...pelik betul orang lain fasih jepun, fasih german, fasih french pun tak capai tahap influencer orang2 yang tau bahasa korea..betul2 boleh buat duit kalau tahu bahasa asing..terbaik dik..
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahh! Muka pun berubah jadi Korean look. Nasib baik kenal tang gigi |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia terus jadi putih
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau amik bahasa mmg kena fasih la..xheran la kalau gitu, yg heran kalau amik kos language tp xfasih..
so boleh la borak dgn farahlee dan abangnara |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 22-3-2022 09:56 PM
Muka dia terus jadi putih
Tu lah pasal. Mungkin sebab cuaca sejuk di Korea |
|
|
|
|
|
|
|
buruknya poster....masih lagi poster powerpoint zaman awal 2000s ke dik? aiyooooh...
btw... kemain lepas dah fasih terus berfoundation bagai oppa ye... kelabu muka dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama juga tu nak mahir sebab ada sesetengah orang dalam masa tiga bulan pun dah boleh fasih nak2 bila dah tinggal disana. Mungkin dia kurang ada kawan2 dari warga korea. |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 23-3-2022 03:23 PM
Lama juga tu nak mahir sebab ada sesetengah orang dalam masa tiga bulan pun dah boleh fasih nak2 bil ...
Ikut pemahaman aku bukan dia ambil masa 5 tahun untuk fasih, tapi dia dah belajar bahasa tu selama 5 tahun.. Sejak bla dia fasih dia tak cakap, TT yang buat tajuk cenggitu..
OT sat: tak silap aku kau ke poremer yang tinggal/belajar kat korea? Ke aku silap orang... |
|
|
|
|
|
|
|
belajar bahasa ni kena slalu converse
jangan setakat belajar pastu tak converse mmg cepat ler lupa
praktis make prefect
i ollz pun ade cita2 nak anak2 jadi polyglot |
|
|
|
|
|
|
| |
|