Minggu pertama persekolahan bagi ibu bapa adalah amat istimewa kerana kebanyakannya tidak mahu melepaskan peluang untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah. Menurut Beautifulnara, ada satu ciapan tular di Twitter yang menunjukkan gelagat sekumpulan ibu bapa sedang menunggu anak mereka habis dari sesi persekolahan itu. Difahamkan, ada pelbagai cara yang digunakan ibu bapa untuk mencari anak mereka, antaranya adalah dengan menulis nama anak serta nama kelas di kertas putih. Tambahan pula, ini adalah cara yang mudah untuk anak mereka mencari ibu bapa mereka yang sekarang ini wajib memakai pelitup muka.
Berikutan itu, ciapan yang tular itu buat ramai netizen terkejut dan menulis komen yang melucukan tentang situasi itu. - CARI |
sarahmirza replied at 22-3-2022 03:46 PM
Ada lagi ye sekolah yang biar parents berdemo kat luar sekolah...
Sekolah anak I memang big NO la... ...
ADVERTISEMENT