CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Daniel Radcliffe Tak Nak Terlibat Dengan "Harry Potter And The Cursed Child"

21-3-2022 04:52 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 2369| Komen: 6|Original author: Agent13k

Sebelum ini, pengarah Chris Columbus pernah memaklumkan kepada media bahawa dia berminat untuk mengarahkan Harry Potter and the Cursed Child bersama pelakon siri asal Harry Potter iaitu Daniel Radcliffe, Rupert Grint dan Emma Watson.


kredit foto: Hollywood Reporter


Menurut Kakimuvee, dia pernah berfikir untuk menyatukan pelakon itu semula untuk melakonkan watak mereka dalam Harry Potter and the Cursed Child. 

Tetapi, Daniel Radcliffe dalam temu bual bersama The New York Times berkata, dia tidak berminat untuk berlakon sebagai Harry Potter semula kerana dia merasakan kariernya sekarang adalah lebih dari sekadar terkenal dengan lakonan sebagai Harry Potter sahaja.



Difahamkan, Daniel bagaimanapun tidak menutup pintu sepenuhnya untuk watak itu kerana dia mungkin bersedia berlakon sebagai Harry Potter semula tetapi bukan dalam masa terdekat.


kredit foto: JoBlo

Tambahan pula, ada spekulasi tentang HBO Max yang dikatakan dalam perancangan untuk menghasil siri kecil dan filem berkaitan Harry Potter, namun Warner Bros telah menafikan spekulasi tersebut. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 21-3-2022 09:16 PM
Daniel ni dlu prnh bgithu yg dia sbnarnya x suka d cap sbgai Harry Potter 24/7 & bliau pun prnh bgithu akn menendang mna2 prmpuan yg pnggil dia Harry Potter klau dorg tngh ehem2 lol.
Quote vinethrill 23-3-2022 12:51 AM
Alaaaaaaa sedihh
Quote Lagubestbest 23-3-2022 01:32 AM
dah kenapa dia ni? ride jela selagi masyuk. nak jadi macam bruce willis ke?
Quote imanamsyar 23-3-2022 08:55 AM
dak harry ni masa kecik kemain comel..bulat muka..bila dah besar, petak pulak muka dia..hahahaaa..
Quote lasagna 8-4-2022 11:52 AM
ah dia byk jer belakon cite or movie lain, semua best2 gak. so xde laa limit pd watak HP manjang. tp kerana watak HP jgk laa memfofular kan dia juga.
Quote delia3003 8-4-2022 02:40 PM
imanamsyar replied at 23-3-2022 08:55 AM
dak harry ni masa kecik kemain comel..bulat muka..bila dah besar, petak pulak muka dia..hahahaaa..


Dan, Rupert, Tom, semua masa kecik cute mute je dah besar laen giler muka. Dan dah ler tinggi below 170cm, susah sket ler nak bawak watak hero blockbuster movies, peluang tu ada kot tapi maybe tak banyak. Dia banyak berlakon indie movies je sekarang, maybe kurang pressure bab box office, duit pun dah berkepuk hasil berlakon HP je.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.218114 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top