CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Jangan Tonton Seorang Diri 4 Filem Seram Ini Meskipun Pada Waktu Siang

21-3-2022 06:37 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 5318| Komen: 27|Original author: Cinta Erina

Description: Mesti ada di antara pembaca di sini yang gemar menonton filem seram. Selalunya orang yang gemar menonton filem seram ini seseorang yang tidak mudah takut kepada babak kejutan yang ada dalam filem sera ...
Sumber: Google Image


Mesti ada di antara pembaca di sini yang gemar menonton filem seram. Selalunya orang yang gemar menonton filem seram ini seseorang yang tidak mudah takut kepada babak kejutan yang ada dalam filem seram.

Sebenarnya, ada beberapa filem yang dinasihatkan agar tidak ditonton seorang diri, walaupun pada waktu siang. Hal ini kerana, menurut peminat genre seram pernah mengatakan filem-filem ini pernah membuatkan oleh 'meracau'. 

1. The Exorcist


Filem The Exorcist diadaptasi daripada kisah sebenar iaitu kisah Roland Doe. Pada tahun 1949, Roland Doe tiba-tiba sahaja dirasuk sesuatu entiti yang tidak diketahui asalnya. 

Walaupun upacara penyembuhan dilakukan kepada Roland secara berperingkat, namun ada sesuatu kejadian yang ganjil berlaku. 


2. Kapalak Kizi


Kisah ini juga diadaptasi dari kisah sebenar mengenai seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah sekolah. Namun, banyak kejadian pelik terjadi kepada wanita ini di sekolah itu. 


3. The Exorcism of Emily Rose


Filem ini mengisahkan seorang pelajar berbangsa Jerman dikenali sebagai Aneliese Michel. Pada umur 16 tahun, dia tiba-tiba meracau dan dikatakan boleh melihat makhluk halus.

Pada mulanya, doktor menyangka dia mempunyai sakit mental yang boleh dirawat. Namun, gadis ini mengatakan bahawa dia dirasuk pelbagai jenis iblis jahat. Jika anda tertanya-tanya apakah yang terjadi di akhir cerita ini, bolehlah tonton filem ini. 


4. Pengabdi Setan


Filem ini berasal dari negara seberang kita iaitu Indonesia yang mengisahkan tentang sebuah keluarga di mana ibu mereka menghadapi satu penyakit aneh bertahun-tahun sehinggalah dia meninggal dunia.

Namun, kejadian aneh berlaku apabila roh ibu mereka tiba-tiba muncul. 

Ada antara empat filem ini yang pernah anda tonton seorang diri? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lwyl 21-3-2022 08:19 PM
The Exorcism of Emily Rose. Seram.
Quote ilahaz 21-3-2022 08:21 PM
setuju dgn the exorcist.. seramm
Quote bottompadu 21-3-2022 09:18 PM
The Exorcism of Emily Rose: higly recommended!
Quote intan244 21-3-2022 09:24 PM
xminat horror hollywood
thai best
pengabdi setan tu pon tgk sorg rasanya.
aku pon penah kena rasuk hantu masa kecik2x
Quote ChildrenOfBodom 21-3-2022 10:00 PM
Owh really...kalao tgk gak sorang diri jadi apa?
Quote Jijoli 21-3-2022 10:12 PM
Pengabdi setan tu tak berapa nak faham jln Cite, aku lagi suka Thailand cam art of evil serlahkan budaya dia orang , story Line boleh lyn
Quote doubleharmonic 21-3-2022 11:23 PM
pengabdi setan tu macam tak seram jah? jalan cerita pon slow yahamat persis sicin 2 yang bapak kematian anak tu tak seram langsung sebab banyak meleret tunjuk heshe berdrama kematian anak jahh sampai mengantuk iols nak tengok sampai habis?
Quote imransulaiman 21-3-2022 11:38 PM
Nombor 2 tu macam best. Nak tengok lah pukul 1am nanti...
Quote doubleA 22-3-2022 12:40 AM
Emily rose tu iols pernah tengok dgn kwn2 3 org kt rumah kwn tu malam2. Masa tu tido rumah family dia, kitorg tgk bertiga kt ruang tamu, hampar toto tido situ, seram betul, paling tak suka sebab lepas tengok tu boleh teringat2 dan terbayang2, tak sanggup iols ulang balik. Cukup lah sekali
Quote haifawehbe 22-3-2022 01:11 AM
ramai ckp pengabdi setan x best tapi iols pulak rasa best.. kira cerita sell a soul to the devil versi nusantara la.. lagu ost dia sampai skrg iols rasa seram..
Quote Normabaru 22-3-2022 06:36 AM
Edited by Normabaru at 22-3-2022 08:37 AM

Kaka baca ni pon dh meremang2...tgk mmg x laaaa..xkoser nk takutkn diri..cuma xphm lagu pengabdi setan tu...lagu tu mcm sedih..sedih sbb dh mati ke?
Quote Normabaru 22-3-2022 06:41 AM
Btw mcm ne kisah ni digarap dengan baik sehingga menjadi sebegitu serem eh...

Xkn dia p interview dgn setan tu?
Xpon xkn dia sendiri dirasuk?

Cer share Siapa yang tahu..Kaka curiyus..heheh
Quote mat_arof 22-3-2022 06:41 AM
the exorcis 1973 paling best..filem ni dah banyak kali aku tgok...sebab best...skrg dah ada version uncut pula...sebab scene spider walk kena potong sewaktu tayangan tahun 1973

filem ni juga pecah rekod sebab ada penonton mati terperanjat  waktu dalam panggung wayang
Quote mat_arof 22-3-2022 06:42 AM
Emily Rose ni filem lakonan Laura Linney kan ...dia jadi lawyer kan dalam filem ni
Quote makton 22-3-2022 07:39 AM
Emily rose & pengabdi setan
Quote djzara81 22-3-2022 07:59 AM
Adengan kepala Linda Blair pusing 360 mmg terbyg2 dlm memoriku
Quote bitterchoc 22-3-2022 08:03 AM

Eh takde la seram sangat semua tu. The Exorcist tu masa baru keluar maybe la kot, sebab zaman tu mungkin takde yg sama tahap shockingnya.
Ai suka citer seram yang buat penonton rasa merinding, macam The Others atau Mama.
Quote ChildrenOfBodom 22-3-2022 08:48 AM
hahaha semalam aku tgk trailer cerita turki tu sorang2 dalam jam 10 malam, dalam gelap, sorang2,,, lepastu time lena kena tindih....mmg ada puaka la tu
Quote azimodin 22-3-2022 09:21 AM
Pengabdi setan versi yg lama tu lagi seram (walaupon hantu dia cam kelakar sikit). Cinter indonesia yg pasal wayang kulit tu lagi seram sejuk iouls tengok. Dari segi penceritaan, i suka filem seram thai - shutter, alone, Dorm

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.189502 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top