CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Kelirukan Penonton! Salah Letak Hukum Anak Tak Sah Taraf, Peguam Syarie Kritik Drama Suamiku Lelaki Pendosa

16-3-2022 02:22 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 8747| Komen: 64|Original author: Saiful

Description: Drama Suamiku Lelaki Pendosa hangat dikritik apabila hukum berkaitan anak tak sah taraf yang dipaparkan dalam karya berkenaan dikatakan mengelirukan masyarakat.
Drama Suamiku Lelaki Pendosa hangat dikritik apabila hukum berkaitan anak tak sah taraf yang dipaparkan dalam karya berkenaan dikatakan mengelirukan masyarakat.


Peguam syarie Fahmi Ramli, 32, berkata, penulis skrip dan pengarah seharusnya membuat kajian terlebih dahulu supaya tidak menimbulkan keraguan kepada penonton.


Foto: IG

“Saya mohon secara tegas isu ini tidak diambil mudah. Berapa ramai yang menonton drama ini mendapat info yang salah gara-gara skrip yang tidak dikaji.

"Saya hairan bagaimana drama yang dikatakan sudah disemak oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh terlepas pandang isu sebegini. Kalau saya salah, buktikan secara sah ikut undang-undang dalam syarak.


“Penonton akan keliru dan sukar untuk saya bayangkan apabila ramai yang akan terpesong apabila mengambil pengajaran daripada drama sebegini," katanya kepada mStar.


Loading FB Post...

Dalam perkongsian di FB, Fahmi ada berkongsi secara terperinci tentang hukum dalam meletakkan status anak tidak sah taraf.

Watak Cahaya Malaika yang dilakonkan oleh Sophia Barakbah bukanlah anak tidak sah taraf kerana dia dilahirkan oleh ibunya dalam tempoh perkahwinan.

Dalam salah satu episod drama terbabit, muncul watak Datuk Afnan lakonan Edika Yusof yang mengaku bapa kandung kepada Cahaya kerana pernah menjalinkan hubungan dengan ibu Cahaya.

Dalam kes ini Cahaya masih anak sah kepada watak Firdaus (Fauzi Nawawi) yang berkahwin dengan Wahida (Aleza Shadan) ketika wanita itu sedang hamil.

Sebagai seorang peguam syarie juga, Fahmi menasihatkan sesiapa sahaja yang mahu menulis karya atau sebarang bentuk penulisan berkaitan hukum Islam haruslah mendapat pandangan dan nasihat pakar.


Loading FB Post...

"Kepada sesiapa sahaja yang menerbitkan karya penulisan atau penyiaran, saya nasihatkan supaya rujuk dahulu kepada yang pakar apabila bercerita tentang hukum Islam.

"Jika isu sebegini salah diterjemahkan, ia akan menjadi rujukan kepada penonton.

"Saya juga terbuka untuk berkongsi pendapat dengan ilmu yang saya ada supaya orang cakna tentang hukum yang sebenarnya."

Aduhai buat malu kalau perkara-perkara macam ni terlepas pandang. Tak gitu? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uda 16-3-2022 03:25 PM
Orang2 ni selalu ambil kesempatan tentang 'waktu 6bulan' ie kalau bersalin within 6 bulan selepas bernikah- anak tu adalah anak sah taraf. So ramai yang ambil kesempatan ini untuk cepat2 nikah apabila telah 'termengandung'.

Dari segi hukum anak itu tetap anak zina/tak sah taraf apabila terjadi akibat zina ibu dan 'bapa' dia. So memanglah  suami kepada ibu dia tidak boleh menikahkan dia atau lelaki yang beri benih itu tidak boleh menjadi wali. Dia tetap kena gunakan wali hakim.
Anak yang terhasil daripada perzinaan tetap tidak sah taraf walupun dia terjadi 1 saat sebelum bernikah sah.

Quote balakkampung 16-3-2022 03:42 PM
aku pernah try tgk satu episod..tapi cannot go laa...aaron aziz bercakap macam nak tak nak, dengar tak dengar..
Quote Emilyyyyy 16-3-2022 04:21 PM
balakkampung replied at 16-3-2022 03:42 PM
aku pernah try tgk satu episod..tapi cannot go laa...aaron aziz bercakap macam nak tak nak, dengar t ...

Hahaha. Ingatkan saya je rase camtu. Smpai saya kata kat suami nape Aaron ajis bercakap mcm berbisik pulak. Harap badan je besar tapi suare kecik.
Quote anony-mous 16-3-2022 04:25 PM
uda replied at 16-3-2022 03:25 PM
Orang2 ni selalu ambil kesempatan tentang 'waktu 6bulan' ie kalau bersalin within 6 bulan selepas be ...

Jd betul la kan dlm cerita tu? Sbb kita ikut mazhab shafie mmg x sah taraf ank tu. Dah la mak dia kahwin dgn lelaki lain, bukan ayah budak tu. Peguam pon kdg2 ramai liberal sikit
Quote idadzira 16-3-2022 04:45 PM
Dalam islam mmg anak tu hasil hubungan luar nikah, cuma kat malaysia ni jadi anak sah sbb nikah sblm kandungan 4-6 bulan. Tapi kalau nikah dgn lelaki yg butingkan dialah. Tapi kalau nikah dgn lelaki lain kira mcm mana ek?
Quote prettyuglybabe 16-3-2022 05:13 PM
anony-mous replied at 16-3-2022 04:25 PM
Jd betul la kan dlm cerita tu? Sbb kita ikut mazhab shafie mmg x sah taraf ank tu. Dah la mak dia  ...

ikut pendapat i pun betul la..
islam malaysia ni lebih jaga aib dari jaga hukum..

Quote prettyuglybabe 16-3-2022 05:15 PM
idadzira replied at 16-3-2022 04:45 PM
Dalam islam mmg anak tu hasil hubungan luar nikah, cuma kat malaysia ni jadi anak sah sbb nikah sblm ...

tetap boleh di bin/binti kan dengan lelaki yang dia kawin..
tak kira la anak siapa yang dia bawa..
sebab tu ada term pak sanggup..
Quote anony-mous 16-3-2022 05:17 PM
idadzira replied at 16-3-2022 04:45 PM
Dalam islam mmg anak tu hasil hubungan luar nikah, cuma kat malaysia ni jadi anak sah sbb nikah sblm ...

Dekat Malaysia sah ye? Pernah baca dulu mcm x sah sbb ikut mazhab shafie. Tp dlm cerita ni kahwin dgn org lain kan?
Quote dua_chzy 16-3-2022 05:29 PM
anony-mous replied at 16-3-2022 09:17 AM
Dekat Malaysia sah ye? Pernah baca dulu mcm x sah sbb ikut mazhab shafie. Tp dlm cerita ni kahwin  ...

Kat Perlis dulunya tak pakai hukum ni. Dr Maza kuarkan fatwa sendiri ikut hadis ape ntah. Anak luar nikah boleh binti/binkan pada pak kandung. Cer google. Dah lama menda ni. Macam pernah keluar CI. Tatau sekarang gimana. Lagipun kat Malaysia saja setahu aiol bin/bintikan anak luar nikoh dengan Abdullah. Negara lain macam takda? Ai pun tak pasti.
Quote Zeatyisaac 16-3-2022 07:23 PM
uda replied at 16-3-2022 03:25 PM
Orang2 ni selalu ambil kesempatan tentang 'waktu 6bulan' ie kalau bersalin within 6 bulan selepas be ...

Setahu I pun sama macam you.
Quote Cikbirah 16-3-2022 07:48 PM
balakkampung replied at 16-3-2022 03:42 PM
aku pernah try tgk satu episod..tapi cannot go laa...aaron aziz bercakap macam nak tak nak, dengar t ...

macam gaya bodoh bodoh macam tu...
yang cahaya pulak suara macam nak mampus..macam pijak semut tak mati..
Quote akies 16-3-2022 09:01 PM
Bosan giler tgk watak aaron aziz..
Mcm tak sesuai je dia pegang watak hero..
serba tk kena.
Edika yusof masih segak macam dulu2..
Harap banyak drama lepas ni panggil edika yusof
Quote nolya 16-3-2022 09:17 PM
prettyuglybabe: tetap boleh di bin/binti kan dengan lelaki yang dia kawin..tak kira la anak siapa yang dia bawa..sebab tu ada term pak sanggup..


Soal pak sanggup tu satu hal. Tapi jika wanita yg dinikahi mengandungkan anak yg bukan dari benih suami sendiri, bagaimana boleh anak itu dibin/bintikan nama suami. Jelas anak itu bukan anak suaminya bahkan suami tak boleh jadi wali dn tak masuk list faraid.

Quote cicicumel 16-3-2022 09:20 PM
X paham la aku. Maksudnya cahaya tu boleh dibinkan fauzi nawawi dan boleh jadi wali?
Quote dua_chzy 16-3-2022 09:29 PM
Edited by dua_chzy at 16-3-2022 01:31 PM
cicicumel replied at 16-3-2022 01:20 PM
X paham la aku. Maksudnya cahaya tu boleh dibinkan fauzi nawawi dan boleh jadi wali?


Akak pernah baca hadis yang membolehkan hal ini.

Jap terai google kot boleh jumpa.

-Edited-

Boleh baca artikel yang mengandungi hadis tu, di bawah (post 17).
Quote dua_chzy 16-3-2022 09:30 PM
Pasal Dr Maza punya pendapat tu, ni artikelnya.

https://www.mstar.com.my/lokal/s ... daripada-enam-bulan
Quote dua_chzy 16-3-2022 09:36 PM
Bila akak baca2 balik pendapat Dr. Maza itu, jelaslah pengarah drama ini tidak salah. Tapi rakyat tanahair ini tidak dibiasakan berfikiran terbuka menerima naratif berbeda berbanding hapa yang telah dibrainwashed pada mereka. So. Lahirlah komplen dari seorang Fahmi Ramli.
Quote Perawankota 16-3-2022 10:33 PM
Dalam cerita ni, si ibu telah berkahwin dan bersuami. Tapi terlanjur dengan lelaki lain. Suami dia x ceraikan si ibu ni.
Quote balakkampung 17-3-2022 07:58 AM
Emilyyyyy replied at 16-3-2022 04:21 PM
Hahaha. Ingatkan saya je rase camtu. Smpai saya kata kat suami nape Aaron ajis bercakap mcm berbis ...

kan..hihihi...kita yg tengok yg rimas..

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.101518 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top