Hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pendedahan itu dibuat bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi, menerusi video bahagian keduanya semalam. Dalam video itu, Melanyi juga mengakui menemui bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo, yang menyerahkan 10 peratus dokumen berkaitan 1MDB kepada pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. Dalam video berdurasi 6.02 minit itu juga, beliau menamakan seorang pereka laman web mahir berpangkalan di London, yang didakwanya diupah Clare bagi mengubah dan mereka e-mel serta perjanjian palsu sehingga kelihatan tulen.
Menerusi video sama, Melanyi turut menunjukkan beberapa contoh artikel palsu Sarawak Report, yang pernah disiarkan sebelum ini. Memetik laporan Berita Harian, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao Krishnan beritahu lebih banyak pendedahan akan dibuat menerusi video pengakuan Melanyi, bahagian ketiga dan keempat, minggu depan. - CARI Infonet |
20
Bagus |
12
Marah |
17
Terkejut |
9
Sedih |
17
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT