Sungguhpun berusia lebih 20 tahun, Perodua Kelisa masih mempunyai harga tinggi di pasaran, malah tidak dinafikan kereta yang diperkenalkan pada 2001 ini memiliki pesonanya tersendiri lebih-lebih lagi bagi golongan marhean.
Sehingga kini, Kelisa terpakai mempunyai permintaan yang sangat tinggi kerana murah, jimat dan tahan lasak selain boleh di upgrade kepada model idaman seperti Mini Cooper. Melihatkan situasi berkenaan, maka tidak hairanlah kereta Kelisa milik seorang pelajar yang diletakkan di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor hilang. Menerusi laporan polis yang dibuat Muhammad Fikri Haron, kereta berwarna kuning dan hitam itu diletakkan di tempat parkir berhadapan sebuah kedai haiwan di lokasi tersebut, pada 4 Mac lalu dalam keadaan berkunci.
"Pada 7 Mac, dalam jam 5 petang saya turun dari rumah untuk ke kereta, saya dapati kereta saya hilang dari tempat parkir sebelumnya. "Saya juga tidak menemuinya di kawasan parkir sekitar," katanya. Terdahulu, laporan polis berkenaan tular di Twitter bersama beberapa gambar kereta Kelisa tersebut. Pemilik akaun Twitter berkenaan yang menggunakan nama Nur (@chiffonade96) memaklumkan kereta yang hilang itu berada di bawah jagaan rakannya di Seksyen 7 kerana dia sedang bercuti di Ipoh, Perak. "Saya nak minta tolong jasa baik warganet tolong RT (retweet) kereta saya hilang di Seksyen 7 Shah Alam. Kawan saya tolong jagakan kereta, saya dekat Ipoh sekarang kerana cuti semester," ciapnya. Menurutnya lagi, kereta berkenaan dibeli lima bulan lalu menggunakan duit simpanannya dengan ibu. "Kelisa tu saya baru beli tak sampai lima bulan, hasil simpanan saya dengan mak. Saya ni pelajar, dalam empat bulan dah habis RM1,000 untuk servis dan baiki kerosakan kereta ni. "Kereta tu ada pelekat kenderaan pelajar lagi. Saya tak faham kenapa sanggup curi. "Dalam kereta saya tu ada lima kotak A4 yang dalamnya ada fail hak milik kerajaan, alat tulis dan barang peribadi kawan saya. Kawan saya dah buat laporan polis, saya merayu sangat dan berharap ramai dapat bantu," katanya sambil menambah akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang menjumpai keretanya. Dalam pada itu, dia juga mengesyaki warna cat keretanya itu sudah ditukar bersama nombor plat kenderaan. "Boleh jadi orang tu dah tukar nombor plat, tukar warna kereta dan lain-lain. Tapi saya masih berharap kereta saya dapat dijumpai. "Jika ada yang baca tweet ini ambil kereta saya, tolong pulangkan. Terima kasih warganet, semoga semuanya dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat," katanya mengakhiri ciapan pada 7 Mac lalu. Tweetnya itu dikongsi ribuan netizen yang turut mendoakan semoga kereta miliknya ditemukan semula. Sumber: mStar
|
saviour_09 replied at 10-3-2022 03:55 PM
bare panas tu sis
ada market lg
"Pada 7 Mac, dalam jam 5 petang saya turun dari rumah untuk ke kereta, saya dapati kereta saya hilang dari tempat parkir sebelumnya.
Artemesiaa replied at 10-3-2022 03:59 PM
Ramai yang masih minat dengan kereta tu walau dah lama usianya tak hairan kalau lesap
mikasa replied at 10-3-2022 04:29 PM
Marketing je 18k tu...5- 7k je market price
Jitu replied at 10-3-2022 04:22 PM
apa yg best kelisa ye selain jimat minyak dgn parking
smpi harga mahal mcm tu walaupun kereta lama ...
cHimo replied at 11-3-2022 02:03 AM
Ermm market kelisa 9k-14k . 5k-7k tu kancil dapat la..
Belibis replied at 10-3-2022 04:47 PM
Betul tu..tempat aku dah dua bijik hilang..hari yang sama.lahanat punya kaki rembat.
ADVERTISEMENT