CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3133|Reply: 40

Tak Sampai 5 Bulan Beli, Penuntut Runsing Kelisa Hilang Ketika Balik Cuti Sem

[Copy link]
Post time 10-3-2022 02:31 PM | Show all posts |Read mode
Sungguhpun berusia lebih 20 tahun, Perodua Kelisa masih mempunyai harga tinggi di pasaran, malah tidak dinafikan kereta yang diperkenalkan pada 2001 ini memiliki pesonanya tersendiri lebih-lebih lagi bagi golongan marhean.


Sehingga kini, Kelisa terpakai mempunyai permintaan yang sangat tinggi kerana murah, jimat dan tahan lasak selain boleh di upgrade kepada model idaman seperti Mini Cooper.








Melihatkan situasi berkenaan, maka tidak hairanlah kereta Kelisa milik seorang pelajar yang diletakkan di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor hilang.


Menerusi laporan polis yang dibuat Muhammad Fikri Haron, kereta berwarna kuning dan hitam itu diletakkan di tempat parkir berhadapan sebuah kedai haiwan di lokasi tersebut, pada 4 Mac lalu dalam keadaan berkunci.


"ada 7 Mac, dalam jam 5 petang saya turun dari rumah untuk ke kereta, saya dapati kereta saya hilang dari tempat parkir sebelumnya.


"Saya juga tidak menemuinya di kawasan parkir sekitar," katanya.


Terdahulu, laporan polis berkenaan tular di Twitter bersama beberapa gambar kereta Kelisa tersebut.








Pemilik akaun Twitter berkenaan yang menggunakan nama Nur (@chiffonade96) memaklumkan kereta yang hilang itu berada di bawah jagaan rakannya di Seksyen 7 kerana dia sedang bercuti di Ipoh, Perak.


"Saya nak minta tolong jasa baik warganet tolong RT (retweet) kereta saya hilang di Seksyen 7 Shah Alam. Kawan saya tolong jagakan kereta, saya dekat Ipoh sekarang kerana cuti semester," ciapnya.


Menurutnya lagi, kereta berkenaan dibeli lima bulan lalu menggunakan duit simpanannya dengan ibu.








"Kelisa tu saya baru beli tak sampai lima bulan, hasil simpanan saya dengan mak. Saya ni pelajar, dalam empat bulan dah habis RM1,000 untuk servis dan baiki kerosakan kereta ni.


"Kereta tu ada pelekat kenderaan pelajar lagi. Saya tak faham kenapa sanggup curi.


"Dalam kereta saya tu ada lima kotak A4 yang dalamnya ada fail hak milik kerajaan, alat tulis dan barang peribadi kawan saya. Kawan saya dah buat laporan polis, saya merayu sangat dan berharap ramai dapat bantu," katanya sambil menambah akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang menjumpai keretanya.


Dalam pada itu, dia juga mengesyaki warna cat keretanya itu sudah ditukar bersama nombor plat kenderaan.








"Boleh jadi orang tu dah tukar nombor plat, tukar warna kereta dan lain-lain. Tapi saya masih berharap kereta saya dapat dijumpai.


"Jika ada yang baca tweet ini ambil kereta saya, tolong pulangkan. Terima kasih warganet, semoga semuanya dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat," katanya mengakhiri ciapan pada 7 Mac lalu.


Tweetnya itu dikongsi ribuan netizen yang turut mendoakan semoga kereta miliknya ditemukan semula.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 02:45 PM | Show all posts
cerita macam berbelit je..
kejap kata dia turun bawah kereta dah hilang..
kejap kata kereta bawah jagaan kawan and dia ada kat ipoh..
parking dalam kawasan berbayar bawah mbsa ke cam mana..
entah-entah parking berhari tak bayar, mbsa tarik masuk stor..
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 03:55 PM | Show all posts
bare panas tu sis

ada market lg

memang kejap la lesap kalo tak jaga betul2
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 03:59 PM | Show all posts
Ramai yang masih minat dengan kereta tu walau dah lama usianya tak hairan kalau lesap
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:01 PM | Show all posts
pakaia BMW pun susah, pakai Kelisa pun susah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:22 PM | Show all posts
apa yg best kelisa ye selain jimat minyak dgn parking
smpi harga mahal mcm tu walaupun kereta lama

gila apa smpi 18k
baik beli satria Gti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-3-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Marketing je 18k tu...5- 7k  je market price
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Minat kelisa & satria tp sbb brg panas, malas nk beli kang hilang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
saviour_09 replied at 10-3-2022 03:55 PM
bare panas tu sis

ada market lg

Betul tu..tempat aku dah dua bijik hilang..hari yang sama.lahanat punya kaki rembat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 12:46 AM | Show all posts
aku teringat masa aku student dulu, berlari dari hujung bangunan ke hujung bangunan, cari motor hilang
rasa nak menangis weyy.. memang nangis pun, cuma air mata tak menitik  

lepas tu aku give up, balik bilik jalan kaki.
sampai je depan blok, elok je motor aku kat tempat parking. ???

rupanya pagi tu aku biol, amik kunci motor, tapi berlari pegi kelas
bongok  
penat je aku menggelabah lepas kelas.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 01:00 AM | Show all posts
"Pada 7 Mac, dalam jam 5 petang saya turun dari rumah untuk ke kereta, saya dapati kereta saya hilang dari tempat parkir sebelumnya.


Tp pastu die kate kawan die jaga, sbb die kat Ipoh.
Jap... yang mana betul ni?
Adekah die balik dari Ipoh terus naik rumah, pastu ptg turun tgk kete dah xde?
Adekah sebenarnye dah kene tarik, or kene tow?
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 01:03 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 10-3-2022 03:59 PM
Ramai yang masih minat dengan kereta tu walau dah lama usianya tak hairan kalau lesap

kancil n kelisa n wira.. kete basic takde masalah. kalau ada masalah pun puluh2 ringgit je spareparts.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Parking depan kedai lama2 tak gerak ada la tu org aim atau tak bayar parking kena tarik
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 02:03 AM From the mobile phone | Show all posts
mikasa replied at 10-3-2022 04:29 PM
Marketing je 18k tu...5- 7k  je market price

Ermm market kelisa 9k-14k . 5k-7k tu kancil dapat la..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 04:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 10-3-2022 04:22 PM
apa yg best kelisa ye selain jimat minyak dgn parking
smpi harga mahal mcm tu walaupun kereta lama  ...

Enjin dia
Cc dia besor body kocik
Kelisa ni memang bagus
Bumbung hitam ni SE
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
cHimo replied at 11-3-2022 02:03 AM
Ermm market kelisa 9k-14k . 5k-7k tu kancil dapat la..

Kancil 3k cash
Viva 5k ke atas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2022 04:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia bercuti ke Ipoh
Kereta tinggal kat kawan
Sama ada kawan perempuan ke bf ke dop tahu
Kereta hilang kat rumah kawan dia
Dalam report dah berbelit statement
Sebab tulis kenderaan milik saya
Tak sure dia lari balik Selangor g report kan ke acaner
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 06:22 AM | Show all posts
Kelisa spare part masih mudah dapat pun hilang
Risau lak aku ini, ada sebiji kelisa tapi standard jelah
Dulu aku beli kelisa rm30k, akak aku beli kia sorento rm130k
Skrg sorento tu dah tersadai, kelisa tu masih boleh jalan jauh
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 11:23 AM | Show all posts
Belibis replied at 10-3-2022 04:47 PM
Betul tu..tempat aku dah dua bijik hilang..hari yang sama.lahanat punya kaki rembat.

yaaa

jaga la leklok

nampak je olskool gitu
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelisa SE meols, walaupun dah 18 thn, ramai yg masih bertanya nak beli. Mak meols yg bagitau sebab kereta park kat rumah dia, bapak meols pakai pergi mengopi pagi2. Warna pun masih warna asal lagi. Tapi kalaubada yg nak barter dengan suzuki swift, meols terima dgn hati terbuka...ah giteww... kalau lah kereta tu boleh cakap, berapa banyak skandal meols yg naik kereta tu, indahnya zaman jahil dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 02:41 PM GMT+8 , Processed in 0.494922 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list