Keadaan lalu lintas di beberapa lebuh raya utama negara termasuk Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dijangka sesak untuk perjalanan hari ini sehingga Selasa. Ia berikutan kebanyakan pengguna akan mula pulang ke ibu kota selepas cuti perayaan Aidilfitri pada Jumaat lalu. Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan bahawa keadaan trafik akan meningkat bermula hari ini sehingga Selasa iaitu sebelum sesi persekolahan dibuka semula. “Waktu puncak bagi perjalanan ke ibu kota bermula hari ini kerana ada segelintir warga kota yang mula bekerja Isnin (esok). Kita sudah membuat persiapan untuk segala kemungkinan,” Menurutnya, LLM menasihatkan pengguna supaya mengikuti jadual perjalanan yang dicadangkan untuk mengelakkan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di talian 1800-88-0000. Manakala laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM boleh dihubungi di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. sumber : http://www.hmetro.com.my/ |
14
Bagus |
8
Marah |
8
Terkejut |
5
Sedih |
7
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT