CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemindahan Aset Air Di Selangor Dijangka Selesai 60 Hari - Azmin

20-7-2015 11:02 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 1677| Komen: 0

Description: "Sebaik sahaja kita memuktamadkan perjanjian ini minggu lepas, kita diberi tempoh 60 hari dan kita akan selesaikan dalam tempoh yang ditetapkan itu."

sumber foto : http://www.mstar.com.my/


Proses pemindahan aset-aset air di Selangor kepada Pengurusan Aset Air Berhad  (PAAB) dijangka selesai dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Air yang ditandatangani pada 10 Julai lepas. 

Menurut Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, kerajaan Selangor sedang berbincang dengan PAAB bagi mengenal pasti fasiliti yang akan dipajakkan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).     

"Pertikaian sebelum ini adalah berhubung dua aset air iaitu di Semenyih dan Bukit Nanas, tetapi ia telah selesai selepas kerajaan negeri bersetuju menyerahkan empat aset lain yang mempunyai nilai sama dengan aset berkenaan untuk menyegerakan penstrukturan air ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan Selangor di Stadium Shah Alam Ahad lalu.      



"Sebaik sahaja kita memuktamadkan perjanjian ini minggu lepas, kita diberi tempoh 60 hari dan kita akan selesaikan dalam tempoh yang ditetapkan itu."


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat hadir pada majlis itu, yang turut dikunjungi lebih 5,000 orang. 

Pada 10 Julai lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.    


sumber : http://www.mstar.com.my/

4

Bagus
7

Marah
15

Terkejut
9

Sedih
14

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (61 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.111725 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top