Cheras : Prosedur operasi standard (SOP) bagi menangani penularan pandemik Covid-19 melibatkan aktiviti ibadah di surau dan masjid sentiasa menjadi tanda tanya dan isu dikalangan rakyat terutamanya yang beragama Islam. Bukan hanya penjarakan sosial 1 meter, tetapi kapasi dan syarat untuk memasuki surau dan masjid turut menjadi persoalan terutamanya dilokasi yang berbeza. Memetik Odisi, seorang pengguna Facebook bernama Wan Wasabi turut meluahkan rasa pelik dan menceritakan apa yang berlaku apabila beliau mengalami kesukaran untuk bersolat di dalam surau IKEA Cheras kelmarin. Loading FB Post...
Berikut adalah perkongsian beliau mengenai kejadian di surau terbabit. Kisah tentang nombor 4 di IKEA, Cheras. Sabtu, jam 7:40pm aku sampai dekat Surau IKEA. Queue dah panjang. Terpampang nombor 4 dekat SOP IKEA. Ya, cuma 4 orang dibenarkan solat dalam satu masa. Tunggu, tunggu, dekat jam 8, memang tak gerak sangat. Aku tanya guard yang jaga surau, boleh tak tambah sikit orang. Aku tahu space besar juga kat dalam tu, 10 orang sekali masuk pun masih ada penjarakan sosial. Dia geleng. Terus aku ambil wudu’ dekat tandas, solat dekat tepi vending machine. Tapi aku nampak queue terus menerus panjang. Bahagian perempuan, langsung tak bergerak sangat. Muka yang lain dah resah. Ikut macam ni memang terlepas la Maghrib. Aku minta lagi guard untuk tambah kapasiti sekejap. Dia geleng. Ada pelanggan lain pun cuba cakap, tak jalan juga. Aku minta dia telefon boss dia. Sesiapa yang boleh aku bincang. Masa ni, adik aku si Naim pun tengah cuba slow talk dengan guard lain. Dekat 10 minit baru datang sorang staff IKEA Cheras nama Wan. Masa tu dah 8:20 macam tu. Perempuan. Dia tanya, apa yang bising-bising ni. Dia berumur sikit dari aku, jadi aku cuba tanya elok-elok. Tapi jawapan aku dapat? IKEA: Tuan boleh mengadu dekat KKM. Aku: Jadi 4 orang ni SOP KKM? IKEA: Ye. Kami terpaksa ikut SOP KKM. Aku: Ni SOP Surau dan Masjid (aku tunjuk SOP dalam portal MKN). Ikut Kapasiti sebenar dengan jarak 1 meter. Ni kali ke tiga saya datang dalam masa terdekat, saya tahu besar mana surau ni. Nota: Rujuk SOP had jemaah terkini yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di sini. IKEA: Saya tak boleh buat apa. (Muka dia berubah, sebab aku balas dengan bukti depan mata). Adik Aku: Tadi kata ikut SOP KKM. Jadi ni bukan masalah KKM. Ini hak IKEA nak tambah kapasiti. Jadi puan boleh tak benarkan tambah kapasiti untuk kali ni, ramai sangat ni nak solat? Masa tak banyak ni. Ni orang tua, orang mengandung semua berdiri beratur dekat sejam. IKEA: Tu. (Dia tunjuk nombor 4 dekat SOP Surau IKEA). Aku: Ye, saya tahu, tapi SOP kerajaan dah tukar. IKEA boleh tukar, tak ada siapa nak saman. Puan ‘person in-charge’, jadi boleh tak bagi kelonggaran sekejap? IKEA: Tak. Ini surau kami. Kami buat SOP kami sendiri. Semua company dah tetapkan. Adik Aku: Jadi puan tak kisahlah orang tertinggal solat? Puan tak kisah orang solat bersepah? IKEA: Saya kisah. Saya sangat kisah. Tapi saya tak boleh buat apa-apa. Aku: Jadi cakap dengan puan ni uselesslah? saya boleh cakap dengan siapa untuk benarkan orang solat ni? IKEA: Ye (dia buat muka menyampah, mungkin sebab aku cakap dia useless). IKEA: Tak ada siapa. Kalau tahu nak solat. Lain kali datanglah awal. Aku: Kami beratur dekat sejam. Puan nak kami datang awal mana? Kalau nak buat SOP ketat, tambahlah space. Ramai pelanggan IKEA ni orang Islam. Solat tu wajib. IKEA: Kami buat ni sebab OMICRON naik. Aku: Habis kenapa bagi orang beratur dekat foodcourt, dekat tempat beli ais krim tu bukan main rapat. Tak ada pula nak had 4 orang? Ni kat sini, bersepah orang. Tak bising pula. Tak suruh pula mengadu KKM. IKEA: Tak dengar ke kami buat pengumuman penjarakan sosial? Aku: Jadi kenapa tak buat benda sama dekat surau? Kenapa nak kena control macam ni? Kenapa tak buat announcement je? Kenapa nak kena tahan orang macam ni? IKEA: Ni surau kami. Kami tentukan SOP yang sesuai. Saya tak boleh buat apa-apa. (Masa ni, guard dah kerumun aku, jadi ada beberapa orang ambil peluang masuk surau ramai-ramai, tapi ada sorang perempuan tengah tunggu sebab guard sempat tahan). Aku: Ni kakak ni, bagi lah dia masuk, sorang je pun. Lagi berapa minit je lagi dia nak solat. IKEA: Tak boleh. Kena tunggu. Dalam penuh. Aku: Dia memang terlepas maghrib ni. Kesianlah. IKEA: Saya tak boleh buat apa-apa. Kalau terlepas, qada’ la. Aku: Ya Allah kak. Akak ni orang Islam kot. Tahu hukum. Akak benarkan dia solat, tak kurang apa pun. IKEA: Saya tak boleh buat apa. Ni surau kami. Ikut kami nak buat SOP macam mana. Aku: Apa ni. IKEA tak ada sistem customer servis untuk selesaikan masalah senang macam ni. IKEA: Kalau nak complain, sila tulis e-mail. Aku: Habis saya tengah buat apa ni? Guard IKEA: If you want to make a complaint, then you can write email to IKEA. Aku: I told her just now, that I am complaining right now. That’s why I asked who is the person in charge. But you all came and it is useless. Guard IKEA: That’s why I said if you want to complain… Aku: I am complaining right now, face to face to her! Shut your mouth if you can’t help anything. Guard IKEA: Calm down. If you want to complain… Aku: Shut up! (aku rasa, satu hall tu juga lah dengar suara aku). IKEA: Jangan la menjerit. Masa ni mak aku terus tarik tangan aku. Kang aku hilang akal, jadi satu masalah. Nak tak nak, aku pusing badan, gerak. Aku rasa kakak yang kena tahan tadi memang terlepas la maghrib. Macam tu juga beberapa orang dekat bahagian lelaki. IKEA: Datang rumah orang, buat kecoh pula. Fuh, sempat dia smash aku. Aku malas nak melayan baran, aku balik, tulis e-mail dekat IKEA. Tapi apa reply pun tak dapat. Aku tak faham IKEA ni ajar PR ke tidak and apa value customer dekat depa. Sebab kita complain nak dia elokkan SOP, last-last “rumah orang” dia kata. Dah, habis cerita. Tamat. Apa pun tak jadi. Kaulah next time gaduh dengan IKEA kalau tak dapat solat. Aku dah buat. Tu jelah cerita nombor 4 dekat IKEA. #ikea #ikeacheras Persoalannya, adakah SOP untuk surau-surau di premis swasta tidak perlu mengikut SOP MKN? - CARI |
LoveSungmin replied at 8-3-2022 02:03 PM
waktu maghrib jangan merayap kat shopping mall.. duduk dan solat la dekat rumah melainkan korang tu ...
LoveSungmin: waktu maghrib jangan merayap kat shopping mall.. duduk dan solat la dekat rumah melainkan korang tu homeless..
cmf_ctrl replied at 8-3-2022 02:08 PM
tak salah nak cari barang rumah asalkan jaga solat tapi isu nya sekarang nape surau dekat negara ...
ADVERTISEMENT