CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makin Cukur Makin Lebat, Wanita Reda Biarkan Jambang Tumbuh

8-3-2022 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2127| Komen: 30|Original author: EJALTI

London: Rupa paras seorang wanita kelihatan seperti seorang lelaki apabila memiliki jambang sejak dia mencapai akil baligh ketika berusia 11 tahun. 


Lapor Daily Star, Harnaam Kaur yang kini sudah berusia 31 tahun disahkan menghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan.   

Simptom tersebut turut memberi kesan kepada kitaran haid, tumbuh bulu di bahagian muka dan kesukaran mengandung disebabkan penghidap PCOS mempunyai tahap hormon lelaki (androgen) lebih tinggi.  


Foto: Daily Star

Selepas mengetahui keadaan Harnaam, ibunya membawa dirinya ke salon untuk membuang jambang yang tumbuh di mukanya. 


Bagaimanapun, proses tersebut hanya menyebabkan bulu tersebut tumbuh lebih lebat dan kehitaman. 

Disebabkan itu, Harnaam membuat keputusan untuk membiarkan jambang tersebut tumbuh seperti biasa. 

“Saya merasai kesakitan kerana kulit saya lembut dan sensitif. Bermacam-macam cara saya cuba, namun tidak berhasil. 

“Keadaan menjadi lebih teruk dan saya mula mencederakan diri sendiri.

“Saya diejek secara berterusan dan pernah mengalami mimpi buruk diserang dengan kejam oleh pembuli di sekolah,” luahnya. 

Situasi tidak normal itu ternyata memberi kesan kepada kerjaya dan perasaan ingin bercinta seperti orang lain.  

Katanya, ketika berusia 21 tahun dia sudah mengikat tali pertunangan dan belum pernah berjumpa dengan bakal suaminya. 

“Pertunangan itu diaturkan oleh kuil Sikh dengan lelaki dari India. 

“Semasa itu, saya mahu bercinta dan ingin mempunyai anak, sedangkan dalam budaya kami, ia bukanlah suatu kebiasaan,” katanya. 

Harnaam berkata, hari pertama dia berjumpa bakal tunangnya dalam keadaan formal dan mereka mengikat tali pertunangan sembilan hari selepas pertemuan itu. 

Jelasnya, lelaki itu kelihatan baik kerana langsung tidak menegur tentang jambang saya. 

Namun, dia seperti mengongkong apabila tidak membenarkan saya memakai alat solek, bertatu dan menindik. 

Tidak lama kemudian, Harnaam memutuskan pertunangannya dengan lelaki tersebut. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 8-3-2022 10:46 AM
Tp dia cantiklaa
Quote Buritan 8-3-2022 10:48 AM
Agak agak lelaki gay suke tak pompuan cenggini..
Quote green~tea 8-3-2022 10:52 AM
Buat IPL la... huhuhuhu
Quote chandrahusin 8-3-2022 11:27 AM
yg elok2 kulit licin
berdarah haid
sibuk nak jadi tomboy
yg ni aman2 nekad nak jd pempuan
wlu terang2 berjambang
tapi dia cantik lah
Quote Decaffeinated 8-3-2022 01:25 PM
makin cukur makin lebat? dah tu ko ingat sekali cukur terus tak tumbuh ka

ko memang kena bercukur for life dek, live with it.


Quote dua_chzy 8-3-2022 01:28 PM
green~tea replied at 8-3-2022 02:52 AM
Buat IPL la... huhuhuhu

Mahal kot kat UK tu.
Quote syamzana 8-3-2022 01:36 PM
feature muke dia serba cantik mata hidung kening mulut terletak elok je. cukur je la tiap2 hari dekk dr berjambang gitu, scary plak.
kwn iols takde kening, bulu haluih2 sewarna plak tu dgn warna kulet dah mcm alien. tabah je pagi2 lukis kening dulu.hatta weols pergi team building+masuk kg ors asli pun aman2 je dia lukis kening dlm khemah before jungle tracking nak cantik kene la gigih katanya.
Quote green~tea 8-3-2022 01:42 PM
dua_chzy replied at 8-3-2022 01:28 PM
Mahal kot kat UK tu.


Mesin IPL ada.. kalo cap philips lumiere mahal la dalam 1.7k... kalo cap murahan china PRC mari dalam ratus2... kalo jambang misai bebulus kat muka, bleh je IPL sendiri sbb senang warna bulus vs kulit contra, cahaya lazeh bleh attack root
Quote dua_chzy 8-3-2022 01:52 PM
green~tea replied at 8-3-2022 05:42 AM
Mesin IPL ada.. kalo cap philips lumiere mahal la dalam 1.7k... kalo cap murahan china PRC mari da ...

Aiol anggap sheol tak berduit nak beli mesin IPL tu segala.
Quote green~tea 8-3-2022 02:56 PM
dua_chzy replied at 8-3-2022 01:52 PM
Aiol anggap sheol tak berduit nak beli mesin IPL tu segala.

maybe lah kot tak mampu nak beli.. or maybe malas... aduiii... sakit nya bayang nak epilate jambang
Quote dua_chzy 8-3-2022 03:11 PM
green~tea replied at 8-3-2022 06:56 AM
maybe lah kot tak mampu nak beli.. or maybe malas... aduiii... sakit nya bayang nak epilate jamban ...

Khen. Dah la tengok macam jenis lebat hitam pula tu jambang sheol. Kalau dah masalah hormon, lain2 bahagian badan pun mungkin lebat bulunya.
Quote _blackbird 8-3-2022 03:50 PM

utk jenis org hormon berbulu mcm ni tak sesuai la buat ipl, boleh slow down progress bulu tu tapi tak solve problem. kalau jenis bulu tak byk ok buat ipl ni, few sessions je bulu hilang
Quote Belibis 8-3-2022 05:05 PM
Buritan: Agak agak lelaki gay suke tak  ...

Dah nama gay..tetap la jgak saluran belakang yang dicari..
Quote matchstick 8-3-2022 05:29 PM
Bulu kt bawah tu pun makin dicukur Makin tumbuh..dh tu takkan nk biar je jadi mcm jambang tu jugok
Quote green~tea 8-3-2022 05:41 PM
Buritan replied at 8-3-2022 10:48 AM
Agak agak lelaki gay suke tak pompuan cenggini..

tak kot.. sbb my friend rogayah top pernah cakap diorang tak suka bulu punkoq semak samun.. kena brazillian wax baru selara nak toron
Quote green~tea 8-3-2022 05:43 PM
_blackbird replied at 8-3-2022 03:50 PM
utk jenis org hormon berbulu mcm ni tak sesuai la buat ipl, boleh slow down progress bulu tu tapi  ...

oh tak jadi kaaaa??? iols mmg amek pakej IPL... so far hilang segala mak nenek bebulus la... tp kena rajin tempek cream, sbb kulit ada kering sikit kena zusss zasssss
Quote Buritan 8-3-2022 05:53 PM
green~tea replied at 8-3-2022 05:41 PM
tak kot.. sbb my friend rogayah top pernah cakap diorang tak suka bulu punkoq semak samun.. kena b ...

Depa kan suke jntn.. ni dah rupe jntn pun tak mo jugakke..
Quote Buritan 8-3-2022 05:55 PM
Belibis replied at 8-3-2022 05:05 PM
Dah nama gay..tetap la jgak saluran belakang yang dicari..

Pompuan ni pun ade saluran brlakang..
Quote namr 8-3-2022 05:58 PM
Buritan replied at 8-3-2022 05:55 PM
Pompuan ni pun ade saluran brlakang..

Dorang nak penis

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.081796 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top