CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Saman RM209 Juta! Supermodel Kemurungan, Badan Jadi Buruk Bahana Prosedur Kosmetik

8-3-2022 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3673| Komen: 48

Washington: Supermodel terkenal, Linda Evangelista mendedahkan kepada peminatnya bagaimana prosedur kosmetik menyebabkan tubuhnya menjadi buruk dengan berkongsi gambar dirinya buat kali pertama dalam beberapa tahun.


Menerusi pendedahan di muka depan majalah People, supermodel berusia 56 tahun itu berkata, dia tidak lagi mahu bersembunyi.

Ia berikutan dakwaannya bahawa prosedur Zeltiq CoolSculpting, proses pengurangan lemak yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat menggunakan suhu sejuk untuk memecahkan lemak, dijalaninya, menyebabkan tubuhnya menjadi buruk dan dia kemurungan.

Foto: via Harian Metro

"Saya suka berada di atas pentas peragaan. Sekarang saya takut terserempak dengan seseorang yang saya kenali.

Dia berkata, tidak mahu lagi bersembunyi.

"Saya tidak boleh hidup seperti ini lagi, dalam keadaan bersembunyi dan malu. Saya tidak boleh hidup dalam kesakitan ini lagi. Saya bersedia untuk bercakap akhirnya." katanya. .

Artikel itu memaparkan gambar eksklusif Evangelista dan dia menerangkan 'bonjolan dan tonjolan' pada badannya.

"Jika saya berjalan tanpa memakai bengkung dalam pakaian, saya akan mengalami lecet sehingga hampir berdarah. ia bukan seperti menggosok lemak lembut, ia seperti menggosok lemak keras," katanya.

Pada September lalu, Evangelista mula bercakap mengenai kesan buruk prosedur yang dialaminya.

Dia didiagnosis dengan hiperplasia adiposa paradoks (PAH) yang menurut laporan kes jurnal perubatan 2014 adalah tindak balas buruk kepada prosedur CoolSculpting yang mengakibatkan sel tumbuh di kawasan yang dirawat, bukannya mengecut.

Model itu berkata, sebelum diagnosis dia cuba memperbaiki protrusi (tonjolan pada badan) itu dengan diet dan senaman tetapi tidak berjaya.

Dia teringat akhirnya pergi ke doktornya sambil menangis sambil menunjukkan tubuhnya.

"Saya menangis, dan saya berkata, 'Saya belum makan, saya kelaparan. Apa salah saya?'" katanya.

Doktornya memberitahu diet dan senaman tidak akan memperbaikinya.

CoolSculpting kemudian mencadangkan model itu melakukan pembedahan sedut lemak untuk membalikkan PAH.

Selepas pembedahan itu, Evangelista menegaskan ia tidak menyelesaikan masalah berkenaan.

Evangelista kemudian memfailkan saman terhadap Zeltiq Aesthetics menuntut ganti rugi AS$50 juta (kira-kira RM209 juta).

Praperbicaraan kes itu ditetapkan pada Mei depan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 8-3-2022 11:49 AM
Biasa menda2 cmni dia suro kau sign term&condition.. n biasanye user xbaca pun..
Quote noor2 8-3-2022 01:37 PM
Aku lebih prefer klinik pakar Dr.Ko....
Quote noor2 8-3-2022 01:38 PM
Baru ni dah bgtau laki akak..nk buat laser kulit seluruh badan kat Dr.ko klinik...dia kata boleh je bgtau je brp kos....dah refer ke Dr.ko klinik..kena buat appointment..
Quote wikedsaikel 8-3-2022 02:31 PM
noor2 replied at 8-3-2022 01:38 PM
Baru ni dah bgtau laki akak..nk buat laser kulit seluruh badan kat Dr.ko klinik...dia kata boleh je  ...

Nanti cerita ya berapa. Iols nak buat batang betis. Lepas ada anak, terus kembang bersama saiz kasut.
Quote noor2 8-3-2022 02:35 PM
wikedsaikel replied at 8-3-2022 02:31 PM
Nanti cerita ya berapa. Iols nak buat batang betis. Lepas ada anak, terus kembang bersama saiz kas ...

Eh..utk bg kecikkan yg kembang x pastila cik wiked...kaka buat utk cantikkan kulit...
Quote wikedsaikel 8-3-2022 02:36 PM
Iols tak sangka supermodel tahap goddess ni akan alami masalah macam ni. Satu, doktor tu beraninya tak check betul2 efek. Linda evangelista tuuuu. Dua, Dia ni dulu perfect face selain Christy Turlington. Badan kurus dan fit. Untuk goddess, naik lemak 2 cm pon means end of the world.
Quote wikedsaikel 8-3-2022 02:37 PM
noor2 replied at 8-3-2022 02:35 PM
Eh..utk bg kecikkan yg kembang x pastila cik wiked...kaka buat utk cantikkan kulit...

Nanti buka la thread untuk buat review/experience
Quote noor2 8-3-2022 02:43 PM
wikedsaikel replied at 8-3-2022 02:37 PM
Nanti buka la thread untuk buat review/experience

Kaka mmg mkn supplement dari klinik dr.ko ambil 2 supplement kos rm600 per month dah lama dah...so far sgt ok...cuma terasa nk buat laser lah
Quote Lily_Elizabeth_ 8-3-2022 03:16 PM
noor2 replied at 8-3-2022 02:43 PM
Kaka mmg mkn supplement dari klinik dr.ko ambil 2 supplement kos rm600 per month dah lama dah...so ...

Kaka

Storylah supplement apa tu ?.
I google tapi tak tahu nak start yang mana.
Macih kaka love.
Quote sukacactus 8-3-2022 03:16 PM
Linda ni dl aku suka fesyen rambut pendek dia, cantik
Quote dua_chzy 8-3-2022 03:18 PM
Mana gambar buruk?

Sheol masih lawa GILF di gambar cover tu.
Quote 234126 8-3-2022 03:33 PM
iol penah buat cool sculpting ni kat perut. Tapi dah lama bertahun lepas masa mula benda tu femes kat msia. Punya sakit lebam perut kohkohoh. Mujur takda benjolan ke apa. Standard je lepas makan byk buncit juga. Yang permanent hanyalah ubah lifestyle dan permanent jaga makan serta exercise. Jaga makan tu la yg paling penting. Exercise tu 20% je
Quote JunkMail 8-3-2022 03:38 PM
Hodoh sangat ke? Nak tengok. Alah acik Linda ni pun... Berapa lama je lagi nak hidup.. Entah2 lagi 10 tahun jalan dah.. takyah la nak repair beriye sangat..sikit2 sudah
Quote noor2 8-3-2022 03:38 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 8-3-2022 03:16 PM
Kaka

Storylah supplement apa tu ?.

Ala utk kulit terhindar dari pigmentation dan kesan teruk matahari sb dulu kaka kerja construction...ni dah x dah..tapi tetap teruskan
Quote nononcrux 8-3-2022 03:38 PM
noor2 replied at 8-3-2022 01:38 PM
Baru ni dah bgtau laki akak..nk buat laser kulit seluruh badan kat Dr.ko klinik...dia kata boleh je  ...

kayanya kau zis, laki kerja offshore ke
Quote noor2 8-3-2022 03:39 PM
nononcrux replied at 8-3-2022 03:38 PM
kayanya kau zis, laki kerja offshore ke

Mana ada..B40 jewww...
Quote pittjie 8-3-2022 03:47 PM
noor2 replied at 8-3-2022 02:43 PM
Kaka mmg mkn supplement dari klinik dr.ko ambil 2 supplement kos rm600 per month dah lama dah...so ...

alaa mahalnya rm600 sebulan. tuk marhaen cam meols mahal laaa. tu kira bajet makan iols sebulan dah tu. hambek kau .. nampak sgt buruk lantak hahahha. nak cantik tapi berkira aku ni. yiiih sgt. tapi tu la .. kelmarin2 tu muka meols mmg tak de masalah. tapi lately ni macam dah makin naik pulak pigmentation. nak nangissss. wrinkle tak yah cakap la. crow feet kat mata tu dah tak leh sembunyik. dah tak leh nak ngaku umur 18 macam nowadanish.


nanti review ek procedure kecantikan yang uols buat kat dr K.O tu.


Quote noor2 8-3-2022 03:59 PM
pittjie replied at 8-3-2022 03:47 PM
alaa mahalnya rm600 sebulan. tuk marhaen cam meols mahal laaa. tu kira bajet makan iols sebulan da ...

Pigmentation mungkin sb beberapa factor..antaranya faktor usia, kesan cahaya matahari juga. Wrinkle sb faktor usia dan stress..bnyk fikir atau kerja yg stress dan kehidupan yg stress juga menyumbang pada wrinkles ni...tapi faktor usia yg meningkat jugalah..

Pengambilan quantiti supplements boleh kurangkan harga...ambil dlm 15 tablets x payah sampai 30 utk sebulan tu..boleh kurangkan harga..
Quote Lily_Elizabeth_ 8-3-2022 04:07 PM
noor2 replied at 8-3-2022 03:38 PM
Ala utk kulit terhindar dari pigmentation dan kesan teruk matahari sb dulu kaka kerja construction ...

Okay.

Yang I baca tu kaka dia crystal tomato supplement. Is it the one ?.
RM 400. Baca review cam okay result dia.
If I tolak cream tony moly moisturiser RM 100 dan laser pigmentation facial I buat disini RM 168 dan tolak vitamin glutathione total image RM 89, I rasa cam nak beli lah, senang all in one from dalaman. Kaka mind to share tak exact name supplement apa kaka consume itu ?.

Macih kaka.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.113470 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top