CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Kedua Terkaya Australia Mahu Derma Semua Kekayaan RM50 Billion Untuk Orang Miskin

8-3-2022 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1567| Komen: 16

Sydney: Wanita kedua terkaya di Australia dilaporkan membuat ikrar untuk menyerahkan semua hartanya bernilai 9.2 bilion pound sterling (kira-kira RM50 bilion) bagi menghapuskan kemiskinan tegar.


Melanie Perkins, 35, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif platform reka bentuk grafik Canva, berkata, siapa sebenarnya 'yang memerlukan semua wang itu?'

Menurutnya, beliau dan suami yang juga pengasas bersama Canva, membuat pilihan yang menakjubkan.


Melanie Perkins, Foto: Canva


Perkins yang mula menjual tatu semburan kini memiliki saham 30 peratus daripada syarikat itu yang bernilai sekitar 30 bilion pound sterling (RM165 bilion).

Ahli perniagaan itu mendaftar dengan Bill Gates' Giving Pledge merancang memberikan kekayaannya semasa hayatnya melalui sumbangan amal dan usaha lain.

Dalam surat ikrar itu, Melanie menulis: "Kami mempunyai kepercayaan sangat optimistik terdapat cukup wang, muhibah dan niat baik di dunia untuk menyelesaikan kebanyakan masalah dunia.

"Kami rasa ia bukan sekadar peluang besar, tetapi tanggungjawab yang penting, dan kami mahu menghabiskan sepanjang hayat kami bekerja ke arah itu.

"Siapa yang perlukan semua wang itu? Secara peribadi?" katanya.

Mengenai ikrar mereka, Obrecht memberitahu The Australian: "Mel dan saya komited memberikan semua wang kami untuk menjadikan dunia tempat lebih baik." katanya -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 8-3-2022 11:35 AM
Terbaik
Quote FOTHER-MUCKER 8-3-2022 11:50 AM
Berharap dia menerima hidayah!
Quote umbut 8-3-2022 11:54 AM
Loveeeeeeee
Quote lattehazelnut 8-3-2022 12:03 PM
Edited by lattehazelnut at 9-3-2022 01:29 PM

Orang yang betul2 derma biasa diam2 je..
Ni surat ikrar n sidang media sume susah nak husnuzon..

N donation kan bole tax exemption..
Billionaire lg suka derma drp naikkan gaji pekerja sendiri..
Quote ChildrenOfBodom 8-3-2022 12:08 PM
Melanie Perkins was born in Perth, Western Australia. She is the daughter of an Australian-born teacher and a Malaysian engineer of Filipino and Sri Lankan descent.[6] She attended Sacred Heart College,[7] a secondary school located in the northern Perth suburb of Sorrento. 



Ada kena mengena ngn malaysia gak rupanya
Quote Thunderclouds 8-3-2022 12:29 PM
The giving pledge ni legit. Warren buffet,elon musk pn participate dlm pledge ni.  Mmg ramai billionaire yg byk sgt duit 10keturunan xabeh nk mkn believe in giving back to society.
Quote naina 8-3-2022 12:31 PM
Apa rasa punya harta berbillion2 ya.
Quote awanysss 8-3-2022 01:43 PM
harap sampai sikit kat aku..
penat dah jd org meskin ni
Quote nononcrux 8-3-2022 03:57 PM
aku kalau kaya pon suka buat amal mcm ni, lagi-lagi yang malas kerja ni mmg aku push kaw kaw bantu dorang
Quote ninja9 8-3-2022 05:43 PM
Hebat... walaupun kapitalis dan mempunyai ilmu berniaga yang hebat tapi tak kurang hebat juga rasa kemanusiaan yang mereka ada. Mereka boleh bantu orang-orang miskin dengan cara yang orang lain tidak boleh buat sekali pun walaupun dihabiskan sepanjang hayatnya untuk membantu usaha kemanusiaan...

Orang kaya malaysia dah ada ker yang join?... biarlah war-warkan supaya semua orang tahu, jelas perkaranya dan tahu juga duit itu kemana nanti. Jangan cakap kata ada tetapi tak diwar-warkan dengan apa alasan sekali, kerana untuk skala besar seperti ini ada masalah jugak kerana nanti orang boleh tuduh menipu, cuma nak nama sahaja...
Quote Decaffeinated 8-3-2022 08:21 PM
"Mengenai ikrar mereka, Obrecht memberitahu The Australian: "Mel dan saya komited memberikan semua wang kami untuk menjadikan dunia tempat lebih baik." katanya"

Tetiber ja petik Obrecht tanpa introduction. Ko ingat pembaca melayu kenal ka ha noreen?


Quote Decaffeinated 8-3-2022 08:24 PM
FOTHER-MUCKER replied at 8-3-2022 11:50 AM
Berharap dia menerima hidayah!

hidayah apa lagi yang ummah mahu, dah pledge RM50 billion

nak beliau tutup aurat ka?


Quote mizzmimi 8-3-2022 08:27 PM
Nak sejuta pls
Quote Sazreena 9-3-2022 12:20 PM
So kita & pinoy bolehlah claim kan..
Quote myakayina 9-3-2022 12:52 PM
kdg perasaan dpt bantu org yg susah ni susah nak explain tapi mmg rasa puas dan syukur dapat tolong walaupun sekecil pemberian..bygkan yg ni berbillion billion retanya dia sanggup hulurkan pada org yg memerlukan dan demi kemanusiaan sejagat..bravo..
Quote acikhan 9-3-2022 01:05 PM
dpt rm500k pun jd la....hulur2 Kat haku cikit

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.233448 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top