Hari ini, tanggal 8 Mac 2022 menandakan genap lapan tahun tragedi pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 yang hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Biarpun sudah lama berlalu, kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terus kekal misteri, sekali gus mengheret episod duka ini tanpa noktah. Seawal 7 pagi hari ini, tanda pagar (hashtag) #MH370 turut menjadi trending di laman Twitter, menyaksikan tragedi itu sekali lagi menjadi perbualan netizen dari pelbagai negara. Selain mempersoalkan kehilangan misteri itu, ramai netizen tidak henti-henti menzahirkan rasa simpati dan kiriman doa, khususnya buat waris penumpang dan kru pesawat berkenaan. "Hari ini lapan tahun lepas, pesawat MH370 bertolak dari Kuala Lumpur ke China. Selepas beberapa jam ia hilang dari radar. Tak pernah kelihatan lagi. Hari sedih buat Malaysia, hari sedih dunia penerbangan," tulis @blurredfrank. "Hari ini hari untuk diingati buat pesawat MH370. Al-Fatihah. "Kepada rakyat Malaysia yang berada dalam MH370. Saya harap kami dapat sambut kamu pulang ke rumah suatu hari nanti. "Dah lapan tahun, kamu akan sentiasa diingati MH370," tulis beberapa pelayar Twitter. Untuk rekod, pesawat Boeing 777-200ER itu terputus hubungan dan gagal dikesan ketika berada 120 batu nautika di timur Kota Kinabalu di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi pada hari yang sama. Selain operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Laut China Selatan dan Selat Melaka, misi itu turut diperluaskan sehingga ke Lautan Hindi. Biarpun misteri kehilangan ini masih belum terungkai, rakyat Malaysia pastinya tidak akan putus berdoa, mengharapkan keadilan dan pengakhiran terbaik buat semua individu yang terlibat dalam penerbangan itu. -CARI Sumber: mStar Online
|
friedfishsoup replied at 8-3-2022 10:36 AM
Salah bod @CARI-MRO
dudaberhias replied at 8-3-2022 02:25 PM
bukan mh370 je kita taktahu hala tuju ke mana... rhopernya TT wartawan duit kepuk2 gaji minima macam ...
green~tea replied at 30-8-2022 03:40 PM
Last week gigih anak aku curious pasal MH370, MH17 dan semua airplane crash incidents.. semua wiki d ...
ADVERTISEMENT