Misteri kematian pelakon Tangmo Nida terus menjadi perbualan hangat netizen di media sosial. Pelbagai spekulasi muncul membicarakan mengenai kematian aktres itu yang didakwa merupakan satu pembunuhan terancang.
Antara yang menjadi suspek adalah sahabat baik yang juga merupakan pengurusnya iaitu Kratik. Selain itu dua lagi individu iaitu pemilik bot laju, Tanupat "Por" Lerttaweewit dan Phaiboon "Robert" Trikanjananu. Menurut laporan portal Fame, sebuah akaun Instagram mendedahkan Tangmo meninggal dunia kerana dicekik oleh salah seorang lelaki yang turut berada di atas bot.
Lelaki berkenaan mencekik Tangmo kerana aktres berusia 38 tahun itu menolak untuk melakukan hubungan seks. Ketika pergelutan itu berlaku, Tangmo dikatakan melawan dan terjatuh daripada bot. Lelaki berkenaan dikatakan sudah membayar sejumlah wang kepada pengurus Tangmo. Spekulasi kematian Tangmo menjadi lebih hangat apabila ibunya iaitu Panida didakwa menerima bayaran pampasan sebanyak RM3.8 juta bagi menutup mulut berhubung insiden itu. Bahkan ibunya juga mengakui dia tidak membesarkan Tangmo dan aktres itu lebih akrab dengan ayah kandungnya. Tangmo kembali ke pangkuan Panida selepas ayahnya itu meninggal dunia. Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas. Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh. Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru. Pada Isnin, Ketua Polis Thailand iaitu Suwat Jangyodsuk membuat andaian awal kematian aktres itu disebabkan kemalangan. Ini berdasarkan bukti-bukti seperti rakaman telefon bimbit, kelajuan bot dan data pada GPS. -CARI Sumber: mStar Online
|
ADVERTISEMENT