CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

New Zealand Kenakan Sekatan, Bekukan Aset Rusia

8-3-2022 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 791| Komen: 0

Kerajaan New Zealand akan memperkenalkan undang-undang baharu untuk mengenakan sekatan terhadap Rusia.

Tindakan itu susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan jika diluluskan, ia kali pertama New Zealand mengenakan sekatan secara individu ke atas sesebuah negara, lapor CNA NEWS.


Kredit foto: newshub.co.nz

Perdana Menterinya, Jacinda Ardern berkata, sekatan itu akan membekukan aset Rusia di New Zealand, menghalang orang dan syarikat daripada memindahkan wang dan aset mereka untuk melepaskan diri daripada sekatan yang dikenakan oleh negara lain dan menghalang kapal dan pesawat daripada memasuki negaranya.


Kerajaan New Zealand juga telah mengeluarkan senarai yang melarang sebanyak 100 individu daripada melancong ke negara tersebut.

“Akhirnya jika kami mempunyai majlis keselamatan yang lebih berfungsi, kami tidak akan menghadapi masalah ini sejak awal,” katanya.

Dalam pada itu, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah mengundang kecaman hampir  seluruh dunia dan mencetuskan sekatan menyeluruh Barat terhadap Rusia bagi melumpuhkan ekonominya.


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.077493 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top