CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kau Main Macam Mana Sampai Jari Tersangkut Pada Rim Kereta Dik?'

8-3-2022 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1252| Komen: 7

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa menahan kesakitan apabila jarinya tersangkut pada lubang rim kereta dalam kejadian di rumahnya di daerah ini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa terus dibawa ahli keluarganya ke Hospital Kota Marudu bersama rim berkenaan untuk mendapatkan bantuan.


ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan jari kanak-kanak yang tersangkut pada lubang rim kenderaan. FOTO Ihsan Bomba

Bagaimanapun, jari hantu tangan kanannya itu hanya berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pihak hospital pada 6.35 petang.

Katanya, operasi mengeluarkan jari mangsa dijalankan tiga anggota dan pegawai di bahagian Wad Kecemasan Hospital Kota Marudu.

"Anggota bomba menggunakan alat pemotong besi untuk mengeluarkan jari kanak-kanak terbabit yang masih terlekat pada lubang rim berkenaan.

"Operasi terpaksa dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kecederaan lebih besar pada tangan kanak-kanak terbabit," katanya dalam kenyataan media, semalam.


KANAK-kanak (berbaju ungu) terpaksa menahan sakit akibat jari tersangkut pada lubang rim kenderaan. FOTO Ihsan Bomba

Menurut kenyataan itu, operasi terpaksa mengambil masa lebih dua jam sebelum jari kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan.

Katanya, operasi tamat pada 8.50 malam tadi dan kes diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 8-3-2022 09:49 AM
Sakit sat ja. Hilang sakit dia bbuas balik. Hahahaha...
Quote kasibiman 8-3-2022 09:53 AM
Thunderclouds replied at 8-3-2022 09:49 AM
Sakit sat ja. Hilang sakit dia bbuas balik. Hahahaha...

Don't think so.

Harus lunyai dikerjakan apaknya yg hilang tayar kete sebiji ????
Quote Thunderclouds 8-3-2022 10:55 AM
kasibiman replied at 8-3-2022 09:53 AM
Don't think so.

Harus lunyai dikerjakan apaknya yg hilang tayar kete sebiji ????

Nope.

Lepas dlepuk2 oleh apak sambil mak bebel2 hilang sakit tetap bbuas balik.

Hahahaha
Quote copy_paste 8-3-2022 11:02 AM
nasib jari je,bukan keaiban pun
Quote Decaffeinated 8-3-2022 01:22 PM
copy_paste replied at 8-3-2022 11:02 AM
nasib jari je,bukan keaiban pun

Lagi 5-6 tahun dia akan panggil Bomba lagi sekali cuma benda lain pulak yang tersangkut la


Quote Simunggu 8-3-2022 01:55 PM
nasib baik jari bukan anu...
Quote elzy 8-3-2022 02:37 PM
Aduhai macam-macam tergelak baca komen

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.079565 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top