Seorang wanita dilaporkan bertengkar dengan juruwang di sebuah pasar raya di China kerana berang dipanggil mak cik oleh pekerja itu, lapor portal Mothership.sg.
Dalam kejadian di Bandar Hangzhou, wilayah Zhejiang itu, Xing, 41, berasa terhina kerana disapa sebagai mak cik oleh juruwang lelaki berusia 29 tahun itu. “Jarak umur kami tidak terlalu jauh jadi mengapa perlu guna panggilan mak cik kepada saya? “Saya rasa lebih sesuai untuk memanggil saya dengan panggilan kakak,” katanya.
Namun, permintaan Xing tidak diendahkan juruwang yang berasakan panggilan mak cik adalah sopan dan tidak melihat sebarang masalah mengenainya. “Apa salahnya saya memanggil anda mak cik? Saya rasa ia panggilan bersesuaian dengan penampilan dan gaya anda,” kata juruwang itu. Mereka berdua akhirnya saling berbalas kata-kata dan bertarik rambut sebelum dibawa ke balai polis oleh pihak pengurusan pasar raya. Kedua-duanya berjaya didamaikan polis sebelum juruwang tersebut membayar wang ganti rugi kepada Xing bernilai S$100 (RM417). Sumber: Kosmo
|
midori_katana replied at 8-3-2022 09:25 AM
Pekerja kaunter patut dilatih bahasakan pelanggan dengan panggilan tuan/ encik dan puan saja.
midori_katana replied at 8-3-2022 09:25 AM
Pekerja kaunter patut dilatih bahasakan pelanggan dengan panggilan tuan/ encik dan puan saja.
azie5zoe replied at 8-3-2022 09:56 AM
Kawan iols yang ketiak kimia patut baca berita ni. Semua pelanggan dia panggil uncle/auntie tapi iol ...
midori_katana replied at 8-3-2022 09:25 AM
Pekerja kaunter patut dilatih bahasakan pelanggan dengan panggilan tuan/ encik dan puan saja.
kasibiman replied at 8-3-2022 09:48 AM
Hahahaha teringat kes sentap sendiri satu ketika dulu.
I was 38/39 kot. Budak perempuan university, ...
epal21 replied at 8-3-2022 10:26 AM
Cashier nya pun savage sangat. Siap cakap sebab sesuai dgn penampilsn lagi, manalah 'acik' tu tak me ...
ADVERTISEMENT