Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Diana Danielle kerana baru sahaja dilantik Traveloka sebagai duta jenama untuk Malaysia sempena ulang tahun ke-10nya di Asia Tenggara.
“Diana Danielle mempunyai ciri-ciri serasi dengan jenama Traveloka kerana kecenderungannya untuk memilih aktiviti pelancongan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaannya. "Dia juga menunjukkan semangat keluarga Malaysia dengan mengutamakan orang tersayang dan memastikan keselamatan mereka terjamin. "Kami akan berusaha bersama Diana untuk meningkatkan minat pelancong tempatan dan asing jatuh untuk meneroka Malaysia semula,” kata Angelica Chan, Pengurus Besar, Traveloka Malaysia. Sementara itu, Diana Danielle baru-baru ini menerima Anugerah Pilihan Rakyat – Selebriti Terbaik Tahun Ini di Top 100 Talent Awards dan Malaysia Fashion, Modelling and Pageant Awards 2021. “Saya benar-benar berbesar hati dengan pelantikan ini. Aktiviti pelancongan merupakan salah satu cara untuk saya dan keluarga saya mencipta kenangan dan telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan keluarga kami. "Industri pelancongan adalah antara industri yang paling terjejas semasa sorotan wabak Covid-19 dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam membantu Malaysia membina semula industri pelancongan melalui Traveloka,” kata Diana. Sumber: Murai
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|