CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Jangan Letak Harga Mahal Untuk Bufet Berbuka Puasa'

1-3-2022 03:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4142| Komen: 76

Pengusaha hotel dan restoran disaran tidak menawarkan sajian atau bufet berbuka puasa pada harga tinggi, menjelang Ramadan ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, harga bufet yang ditawarkan perlu dikaji semula dan tidak dibuat sesuka hati sehingga membebankan pihak lain.

"Semua pihak perlu cakna untuk mengatasi masalah ini walaupun berbuka di hotel atau restoran hanyalah pilihan kepada pelanggan. 


Gambar hiasan/Options, The Edge

"Kita akan panggil jawatankuasa Bazar Ramadan dan pengusaha hotel untuk hadir mesyuarat bagi membincangkan masalah ini dalam masa terdekat, "katanya pada sidang media selepas program Multaqa Al Aqsa Dan Palestin Sempena Sambutan Isra Mi'raj 1443/2022 di Kompleks Nasyrul Quran Presint 14, di sini hari ini.


Turut hadir, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi Masjid Sedunia Mempertahankan Al-Aqsa (MANAR), Datuk Seri Ahmad Awang dan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Datuk Abdul Ghani Samsuddin.

Pada program itu Jalaluddin turut melancarkan Waqaf dan Infaq Al Aqsa anjuran bersama Mapim, SHURA dan MANAR bertujuan mempertahan kesucian dan kemuliaan Masjid Al Aqsa.

Dalam pada itu, Jalaluddin berkata, Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan tahun ini akan diteruskan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia akan dilaksanakan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bazar dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurutnya, jumlah peniaga juga akan dikurang separuh di setiap bazar bagi mengekang wabak Covid-19.

Katanya, KWP sudah mengadakan pemilihan peniaga yang dilakukan secara undian dan lesen Bazar Ramadan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

"KWP akan berusaha memenuhi setiap permintaan peniaga untuk berniaga ketika Ramadan bagi menambah pendapatan dan berharap mereka yang terpilih akan menggunakan sebaik-baik peluang ini dengan mematuhi SOP," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 1-3-2022 07:28 PM
Harga bazar rmdhn mmg mhl.. Ak mmg dh lame xpegi.. Sejak sblm covid lg... Mknn pun hauk.. Kuih tuh kkdg xde inti... Kosong... Ade plak tuh beli lauk ckit dh rm10...baik ak bungkus or masak je... Beli pun ciput utk sorg mkn. Air pun mhl padahal guna air paip je pun buat air tuh... Majority yeee... Sbb jiran ak jual air kat bazaar. Ngn pasar mlm. Kuih pun bole tahan harga nye. Kerajaan perlu tgk harga bhn mentah dlu.. Sbb peniaga ni based on bhn mentah gak. Tp ade yg xbased bhn mentah pun nk naik juga.. Mcm air tuh...
Quote renko 1-3-2022 07:29 PM
Apa dorg peduli, ni la masa nk sembelih org2 kebulur tu sume
Quote makadek 1-3-2022 07:29 PM
Nasib dok cerukkk tk la kemaruk nk g bazar
Quote Kitty_catz 1-3-2022 07:37 PM
bulan puasa buat tambah pahala, bukan mentekedarah tak ingat dunia

dah mentekedarah sampai tak larat jalan tu, harus la terawikh pun culas

meols lama gila tak jejak, ada le dekat 10 years buffet apa semer ni, even bukan bulan puasa pun, bazar ramadan pun sama

masak and freeze je
Quote stinger987 1-3-2022 07:48 PM
makadek replied at 1-3-2022 07:29 PM
Nasib dok cerukkk tk la kemaruk nk g bazar

Sahur iftar nasi wap...saper yg kemaruk bazaar food kheunz?

Kahkahkahkahkah
Quote stinger987 1-3-2022 07:59 PM
Kitty_catz replied at 1-3-2022 07:37 PM
bulan puasa buat tambah pahala, bukan mentekedarah tak ingat dunia

dah mentekedarah sampai tak lara ...

Bagi orang yang melaksanakan puasa ada dua kebahagiaan; kebahagiaan ketika berbuka, dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabbnya.” (muttafaq ‘alaihi)


Kalau bahagia iteww Feast waktu berbuka....selagi tak membazir....ok pe?

Kheunz?


Ahakzz
Quote Kitty_catz 1-3-2022 08:02 PM
stinger987 replied at 1-3-2022 07:59 PM
Bagi orang yang melaksanakan puasa ada dua kebahagiaan; kebahagiaan ketika berbuka, dan kebahagiaa ...

buffet ramadan bg meols mmg satu pembaziran, bukan saja dr segi makanan tp dhuet dan masa

lg pun nak makan banyak mana baru kenyang chuolssss

salu bila buka poser minum air pun dah kenyang
Quote stinger987 1-3-2022 08:04 PM
renko replied at 1-3-2022 07:29 PM
Apa dorg peduli, ni la masa nk sembelih org2 kebulur tu sume

Memberi org yg berpuasa makan waktu berbukanya selagi ikhlas...ganjaran pahala org yg berpuasa iteww sama diperolehi oleh org yg berikheun makan tersebut...

Ko bayangkheun kalau ko jamu 30 org yg berposa dalam satu sitting......ikhlas seikhlasnya.....

Ko dah tak payah posa bulan ramadhan.....















Lariiiiiiiikkkkkk
Quote stinger987 1-3-2022 08:13 PM
Kitty_catz replied at 1-3-2022 08:02 PM
buffet ramadan bg meols mmg satu pembaziran, bukan saja dr segi makanan tp dhuet dan masa

lg pun  ...

Jom aku ajar serta didik ko macamana makan buffet yg tidak ada unsur pembaziran langsung....

Ko nak four seasons kl? MandaRin Oriental? RITZ CARLTON? WESTIN? ST REGIS? MARRIOT?

Cakap aja...memang these hotels will reserve slots for me every ramadhan......especially now semua ban dah lifted up....jom.....
Quote stinger987 1-3-2022 08:15 PM
Nak murah dok rumah tak payah keluar la.....

3 bijik tamar air sirap selasih cukup la...

Iteww pun tak kaya kaya....


Kahkahkahkahkah

Quote stinger987 1-3-2022 08:18 PM
Mulotkoyak replied at 1-3-2022 07:28 PM
Harga bazar rmdhn mmg mhl.. Ak mmg dh lame xpegi.. Sejak sblm covid lg... Mknn pun hauk.. Kuih tuh k ...

Boleh tahu hotel mana yg ko pergi?

Hotel Tune? Hotel seri malaysia?

Kahkahkahkahkah
Quote stinger987 1-3-2022 08:21 PM
Aku all out utk hotels charge mahal mahal...supaya takda marhaen yg dok berbuffet sama.....kampong.com habis...nyampah....perangai sekor sekor...selagi meja tak penuh takkheun berhenti ambil.makanan sedangkheun azan half an hour to go.....

Rimas aku


Kahkahkahkahkahkah
Quote cmf_jeangrey 1-3-2022 08:54 PM
Maybe kurangkan harga tapi caj balik customers yg ambik makanan x cukup meja then membuang...termasuk yg tapau tu...sblm diorg keluar check beg masing2...cara mcm ni hotel x perlu masak way over food quantity yg boleh dihadam pelanggan satu2 masa dan mengelakkan overcharge
Quote melinda_kerr 1-3-2022 09:54 PM
I ada jual buffet ramadhan for early bird. RM85 instead of RM118. Tapi skali beli minimum 10pax. Siapa berminat boleh DM. [em:23:]
Quote Kitty_catz 1-3-2022 09:59 PM
stinger987 replied at 1-3-2022 08:13 PM
Jom aku ajar serta didik ko macamana makan buffet yg tidak ada unsur pembaziran langsung....

Ko n ...

still le membazir , sbb meols mkn cikit je, rugi

mkn umah la the best time berbuka.. nyaman sekali kata bibik friska
Quote TuntungReturn 1-3-2022 09:59 PM
benda tak sepatutnya nk berbincang psal buffet ramadan. buffet bkn kerpeluan. hotel pun  xpenah paksa org makan buffet. ade duit makan la. xda duit x yah makan.
Quote stinger987 1-3-2022 10:57 PM
Kitty_catz replied at 1-3-2022 09:59 PM
still le membazir , sbb meols mkn cikit je, rugi

mkn umah la the best time berbuka.. nyaman se ...

Ko Memang jenis tong kecik selera kecik kewww atau macam mana?

Anyway ni aku nak tanya.....kalau say buffet that costs >RM200,

What kind of quality or the spread of food that you would expect and  how much of food yg ko  perlu  melantak utk ko kata money well spend dan tak membazir?

Allow me to understand you....
Quote luc 1-3-2022 11:05 PM
Tengok igstory isma itu hari dia pegi makan hotel menu ramadan... 150 sekepala. Tapi makanan memang nampak sedap dan banyak jenis. Best jugak sesekali makan camtu.
Quote lyshafull 2-3-2022 12:27 AM
Buffet ni kalo ade event company iols pi la kalo setakat pi sndiri mmg xlaa sebb membazir sbb iols jenis makan sikit rata2 harga pun x berbaloi dgn iols amik

Bazar ni haihh x taw la makin x sedap kadg2 rasa tahpape ade tu beratur sebb viral je

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-12-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.173460 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top