CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Berang Telefon Bimbit Dirampas, Pukul Cikgu Sekolah Pondok Sampai Mati!

1-3-2022 01:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3091| Komen: 26

Samarinda: Seorang guru sekolah pondok maut selepas dipukul dua pelajarnya kerana merampas telefon bimbit mereka.

Lapor Tribunnews, kejadian itu berlaku di Samarinda, Kalimantan Timur, baru-baru ini.

Menurut polis, dua pelajar tersebut berusia 15 tahun, manakala mangsa berumur 43 tahun.

Foto: Tribunnews 

“Kejadian itu terbongkar selepas guru tersebut ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di masjid yang terletak berhampiran sekolah pondok tersebut.

“Penduduk setempat segera membawa guru itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun doktor mengesahkan dia meninggal dunia kerana kecederaan parah yang dialaminya,” kata jurucakap polis, Bambang Suheri.

Kemudian, penduduk buat membuat laporan polis dan hasil siasatan, dua pelajar tersebut ditahan.

Ketika disoal siasat, dua pelajar itu mengaku memukul mangsa menggunakan kayu kerana berang telefon bimbit mereka dirampas.

“Kedua-dua suspek itu menceritakan, mereka menunggu mangsa di masjid dan kebetulan di sana ada longgokan kayu, maka mereka menggunakannya untuk memukul guru tersebut.

“Mereka memukul mangsa tepat pada belakang kepalanya dan selepas kejadian itu, dua pelajar berkenaan terus mengambil telefon bimbit yang dirampas,” ujar Bambang.

Kedua-dua pelajar itu memaklumkan, mereka tiada niat untuk membunuh guru tersebut dan hanya mahu mengambil telefon bimbit yang dirampas.

“Kami hanya ingin pengsankan cikgu dan tiada niat untuk membunuhnya. Kami tidak sangka akan jadi begini,” kata seorang daripada suspek.

Sementara itu, kedua-dua pelajar itu akan didakwa di mahkamah juvana atas dakwaan membunuh. -CARI

Sumber: Utusan Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 1-3-2022 01:33 PM
Sama je indon dan mlysia
Ank yg degil, jahat, lembam parents hantar sekolah pondok
Sbb tu agaknya byk cite xbest kt pondok
Quote musangbodoh 1-3-2022 01:34 PM
blkg kepala...pecah salur darah woo...gol tros

btw...takziah
Quote eLiaD 1-3-2022 01:39 PM
budx tiktok ni marah xdpt wat content ✓
tiktok era hits diff!

RiP
Quote Artemesiaa 1-3-2022 01:45 PM
Kerja sia2 sekarang sia2 nak kena hadap hukuman
Quote gideoncross 1-3-2022 02:20 PM
musangbodoh replied at 1-3-2022 01:34 PM
blkg kepala...pecah salur darah woo...gol tros

btw...takziah

Bodoh budak2 ni, lngsung x thu mnahu psl klau pukul kat blakang boleh buat org khilangan nywa, on the spot.
Quote gideoncross 1-3-2022 02:24 PM
pearl.silver replied at 1-3-2022 01:33 PM
Sama je indon dan mlysia
Ank yg degil, jahat, lembam parents hantar sekolah pondok
Sbb tu agaknya by ...

Ksian kat budak2 yg btul2 nak blajar.
Quote pearl.silver 1-3-2022 02:26 PM
gideoncross replied at 1-3-2022 02:24 PM
Ksian kat budak2 yg btul2 nak blajar.

Betul

Bagi nama buruk pd institusi pondok juga

Quote Adrif 1-3-2022 03:21 PM
tiru dalam movie. ketuk belakang kepala pengsan

padahal urat tengkuk, leher tu la sensitif
Quote BeskotCekelat 1-3-2022 04:06 PM
Sekadar gambar hiasan ke tu? macam takde kena-mengena dengan berita.
Dalam artikel kata penduduk bawak pergi hospital.
Quote Matyein 1-3-2022 05:32 PM
salam takziah
Quote Decaffeinated 1-3-2022 09:14 PM
gideoncross replied at 1-3-2022 02:24 PM
Ksian kat budak2 yg btul2 nak blajar.

berapa kerat yang betul2 nak belajar?

untuk kanak2 seusia itu aku rasa mostly kena paksa masuk tahfiz


Quote KirazMevsimi 1-3-2022 09:27 PM
Allahuakbar. Innalillah
Quote pooh~key 1-3-2022 09:28 PM
Entahlah dekkkk…. Memang akak meluat dengan bebudak dekkk…. Tapi mengenangkan zaman rebel remaja akak dulu kala, rasanya akak akan buat benda yang sama jua kalau barang kesayangan akak dirampas dekkkk…. Cashlah pada guru tersebut dekkk…. Dapatlah guru tersebut merasa fast lane meneroka lobang2 bidadari dekkk….
Quote babelina 2-3-2022 09:02 AM
seram tgk bdk2 skrg nie.. tp mmg skrg hp tu ngalahkn nyawa klau xde ye.. kemain hangin bdk2 nie.. sampai bertindak mcmtu..
Quote myakayina 2-3-2022 10:23 AM
pukul nak bagi pengsan je katanya..terus meninggal cikgu tu..dah jadi penjenayah juvana ko dik..
Quote gideoncross 4-3-2022 12:42 AM
Decaffeinated replied at 1-3-2022 09:14 PM
berapa kerat yang betul2 nak belajar?

untuk kanak2 seusia itu aku rasa mostly kena paksa masuk ta ...

Dunno tpi dh tntu ada yg nak blajar btul2.
Quote gideoncross 4-3-2022 12:43 AM
myakayina replied at 2-3-2022 10:23 AM
pukul nak bagi pengsan je katanya..terus meninggal cikgu tu..dah jadi penjenayah juvana ko dik..

Niat budak2 tu nak mmkul sbb nak pngsankn je pun dh brbau jnayah.
Quote gideoncross 4-3-2022 01:03 AM
pearl.silver replied at 1-3-2022 02:26 PM
Betul

Bagi nama buruk pd institusi pondok juga

Sbb budak2 yg retarded tang otak, hbis smua trpalit. Pling seram bila bca news yg students Tahfiz ni kna ehem2 dgn cikgu sndri, yikes.
Quote naina 4-3-2022 01:15 AM
Takda niat nak bunuh cume nak pengsankan Aje. Habis tu kalau bangun dari pengsan tu takke kena hukuman lagi berat? Mesti ke balai jugak. Alahaii

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.155246 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top