CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Twitter Edisi Khas Bongkar Kesalahan Dadah Anak Vincent Tan, "Kertas Siasatan Telah Diserah Ke AGC"

1-3-2022 11:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6748| Komen: 30

Kuala Lumpur- Hasil siasatan membabitkan kes pertuduhan anak ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan yang ditangkap atas kesalahan dadah telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes berkenaan berlaku pada Disember 2019 dan keputusan untuk mendakwa suspek mengikut seksyen berkaitan bergantung kepada AGC.


Ayob Khan (Tengah), Foto: Sinar Harian

"Tuduh atau tidak itu kena tanya Pejabat Peguam Negara (AGC) kita, dah buka siasatan pada Disember 2019 dan sudah menyerahkan hasil siasatan.

"Kita tidak terima sebarang laporan polis berhubung perkara ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.




19 Februari lalu, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menafikan dakwaan dirinya menerima rasuah semasa mengendalikan kes jenayah melibatkan anak lelaki ahli perniagaan terkenal terbabit.

Kata Tommy, selepas tertuduh didakwa, peguam-peguam tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar keputusan pertuduhan dipertimbangkan semula.

Dakwaan terhadap Tommy Thomas itu dibuat di akaun Twitter Edisi Khas dalam satu hantaran.

Dalam ciapannya, Edisi Khas mendakwa salah seorang anak lelaki Vincent Tan ditahan atas kesalahan dadah pada 2019 tetapi telah ditutup oleh Tommy Thomas. -CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pekanwoohoo 1-3-2022 11:53 AM
Kah kah kah. Lepastu sibuk cakap Bossku kluster mahkamah lah apa lah. DAP sama je babi nya.
Quote ultra78 1-3-2022 12:03 PM
Itu anak Vincent Tan.

Ini kalau orang biasa.

Padah tanam ganja suka-suka, lelaki dipenjara seumur hidup

Oleh Abdul Rahemang Taiming - Januari 27, 2022 @ 2:05pm

TAWAU: Seorang lelaki dihukum penjara seumur hidup dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah memiliki dan menanam 12 pokok ganja, dua tahun lalu.

[youtube]bgXIoaWldTU[/youtube]

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, menjatuhkan hukuman itu terhadap Azril Surash Masree Samy, 45, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 6B(3) Akta yang sama.

Terdahulu, Awang Kerisnada berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah melalui keterangan tertuduh dan saksi sepanjang tempoh perbicaraan.

Beliau berkata, pihak pendakwaan sebaliknya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

"Oleh itu, selepas mengambil kira dan mempertimbangkan semua keterangan, fakta kes dan faktor kepentingan awam, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan dihukum penjara seumur hidup dan enam sebatan," katanya.

Tertuduh ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang melakukan serbuan di rumah teres dua tingkat di Taman Mega Ria, Batu 3 Jalan Air Panas, dekat sini, kira-kira jam 5.30 pagi 3 Ogos 2020.

Ketika disoal siasat suspek mengaku mengetahui jenis pokok ditanam itu adalah ganja, selain memaklumkan ia ditanam hanya untuk suka-suka.

Tertuduh juga pada 22 April lalu, dihukum penjara 14 bulan selepas mengaku bersalah kerana memiliki ganja mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya .

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa, Raya Mohd Suhaimi Suriana, manakala tertuduh diwakili peguam Mark Rosaidey dan Muhammad Nazreen Jaafar.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/01/916228/padah-tanam-ganja-suka-suka-lelaki-dipenjara-seumur-hidup
Quote Mulotkoyak 1-3-2022 12:34 PM
Anak orka xpe kot jual dadah…paling teruk pun kne penjara 2tahun. Xpun kes berlarutan hingga 20tahun naik trun mahkamah. Lastly xde bukti kukoj. Kelakar kan… teruskan lah usaha edisi siasat membongkar semua salah laku menteri PH and Umno.
Quote dodolgemok 1-3-2022 12:53 PM
pekanwoohoo replied at 1-3-2022 11:53 AM
Kah kah kah. Lepastu sibuk cakap Bossku kluster mahkamah lah apa lah. DAP sama je babi nya.

Dua2 babi lah konsepnya. Kalau dapig babi tu dah mmg dia kaper. Takkan najib melayu moslem tersohor di antero dunia nak jadi babi gak?
Quote kasibiman 1-3-2022 01:54 PM
Wutoh la Tommy anak Thomas ni
Quote allshares 1-3-2022 02:02 PM
Edisi siasatan ni mcm org dlm je yg dah benci sgt corruption kt malaysia, taktau mcm mana lagi nk buat, ni je caranya utk bagi org ramai tau bertapa corrupt nya system kt malaysia ni.
Quote bondeh 1-3-2022 02:09 PM
Alahai open secret lah anak2 orka VVIPundek nih semua memang business dadih pun kat kelab2 semua keturunan2 VVIPundek nih yang supply. Kalau dah melibatkan VVIPundek memang susah lah nak banteras. Dadih, judi, pelach, scam semua tuh dah tentu2 orang2 besar banyak share hakhakhaktuih
Quote shamsadis 1-3-2022 02:12 PM
bapak kaya, ntah apa agaknya dia buat sampai anak dia lepas
Quote alesandra 1-3-2022 02:18 PM
Aku ketinggalan  lak anak vincent tan  neh yg mana ye? yg ada bergamba celebrate birthday syed sadick tu kaa?
Quote ally9970 1-3-2022 02:19 PM
Bapak kaya meniaga, anak pun kaya meniaga jugak...
Quote alesandra 1-3-2022 02:27 PM
bondeh replied at 1-3-2022 02:09 PM
Alahai open secret lah anak2 orka VVIPundek nih semua memang business dadih pun kat kelab2 semua ket ...

Itu sbb jgn pandang tinggi kt puak2 ni.puak2kapitalis kroni celaka ni  yg jadikan politician yg dilantik rakyat jadi tungangan deyols dan seterusnya a jadikan sistem negara korup dan kita sendiri ditindas.skrg paham tak kenapa org bijak pandai dan tau berfikir marah ,persoalkan kalau parti politik terima dana dari taikun.paham tak?
Quote bakingsoda 1-3-2022 02:30 PM
alesandra replied at 1-3-2022 02:18 PM
Aku ketinggalan  lak anak vincent tan  neh yg mana ye? yg ada bergamba celebrate birthday syed sadic ...

tak. yg bertani satu ibadah ni namanya nevin tan, umur 27. tapi kalau dah anak beranak tuuu takkan lerr tatau pekerjaan adik beradik, silap2 ada kebun masing2 semua
Quote she 1-3-2022 02:48 PM
Dia bertani bukan sebab duit
Duit dah berlambak

Ni sebab nak jadi taiko kawasan
Aku anak VT kot
Siapa berani usik
Memang terbukti pun
Quote cicicumel 1-3-2022 02:59 PM
Malas nk amik tahu.. Dah boleh agak ending nya
Quote mizruncing 1-3-2022 03:05 PM
duit dah byk pon gigih nk berganja lagi. pas tu aman2 je. ohh malaysiaku
Quote teky 1-3-2022 03:07 PM
family kaya raya.. harta x abes makan.. kejadah tanam ganja plak?? xfaham plak aku ngan anak org kaya ni...
Quote teky 1-3-2022 03:08 PM
aku tingat ade kes penyeludupan dadah dap pulau pinang tu.. billions kan nilai rampasan.. ape citer??
Quote white_musk 1-3-2022 03:08 PM
Akak tidak pernah kagum dan memandang tinggi pada peniaga kapitalis ..
akak pandang sama saja semua pemegang passport merah
Quote akusukaq 1-3-2022 06:22 PM
Edited by akusukaq at 1-3-2022 06:24 PM

Dah nama pun kroni atok, sekali atok call Tommy terus ubah tuduhan. bagi denda sekupang dua je. lain le anak Pak Seman Kpg Gajah tanam ganja belakang rumah.mau dah jd arwah kena hukum gantung

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.062885 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top