Kuala Lumpur- Hasil siasatan membabitkan kes pertuduhan anak ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan yang ditangkap atas kesalahan dadah telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan lanjut.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes berkenaan berlaku pada Disember 2019 dan keputusan untuk mendakwa suspek mengikut seksyen berkaitan bergantung kepada AGC.
Ayob Khan (Tengah), Foto: Sinar Harian
"Tuduh atau tidak itu kena tanya Pejabat Peguam Negara (AGC) kita, dah buka siasatan pada Disember 2019 dan sudah menyerahkan hasil siasatan.
"Kita tidak terima sebarang laporan polis berhubung perkara ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Isnin.
19 Februari lalu, bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menafikan dakwaan dirinya menerima rasuah semasa mengendalikan kes jenayah melibatkan anak lelaki ahli perniagaan terkenal terbabit.
Kata Tommy, selepas tertuduh didakwa, peguam-peguam tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar keputusan pertuduhan dipertimbangkan semula.
Dakwaan terhadap Tommy Thomas itu dibuat di akaun Twitter Edisi Khas dalam satu hantaran.
Dalam ciapannya, Edisi Khas mendakwa salah seorang anak lelaki Vincent Tan ditahan atas kesalahan dadah pada 2019 tetapi telah ditutup oleh Tommy Thomas. -CARI
Padah tanam ganja suka-suka, lelaki dipenjara seumur hidup
Oleh Abdul Rahemang Taiming - Januari 27, 2022 @ 2:05pm
TAWAU: Seorang lelaki dihukum penjara seumur hidup dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah memiliki dan menanam 12 pokok ganja, dua tahun lalu.
Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, menjatuhkan hukuman itu terhadap Azril Surash Masree Samy, 45, selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 6B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 6B(3) Akta yang sama.
Terdahulu, Awang Kerisnada berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah melalui keterangan tertuduh dan saksi sepanjang tempoh perbicaraan.
Beliau berkata, pihak pendakwaan sebaliknya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
"Oleh itu, selepas mengambil kira dan mempertimbangkan semua keterangan, fakta kes dan faktor kepentingan awam, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan dihukum penjara seumur hidup dan enam sebatan," katanya.
Tertuduh ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau yang melakukan serbuan di rumah teres dua tingkat di Taman Mega Ria, Batu 3 Jalan Air Panas, dekat sini, kira-kira jam 5.30 pagi 3 Ogos 2020.
Ketika disoal siasat suspek mengaku mengetahui jenis pokok ditanam itu adalah ganja, selain memaklumkan ia ditanam hanya untuk suka-suka.
Tertuduh juga pada 22 April lalu, dihukum penjara 14 bulan selepas mengaku bersalah kerana memiliki ganja mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya .
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa, Raya Mohd Suhaimi Suriana, manakala tertuduh diwakili peguam Mark Rosaidey dan Muhammad Nazreen Jaafar.
Post time 1-3-2022 12:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Anak orka xpe kot jual dadah…paling teruk pun kne penjara 2tahun. Xpun kes berlarutan hingga 20tahun naik trun mahkamah. Lastly xde bukti kukoj. Kelakar kan… teruskan lah usaha edisi siasat membongkar semua salah laku menteri PH and Umno.
Post time 1-3-2022 02:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edisi siasatan ni mcm org dlm je yg dah benci sgt corruption kt malaysia, taktau mcm mana lagi nk buat, ni je caranya utk bagi org ramai tau bertapa corrupt nya system kt malaysia ni.
Post time 1-3-2022 02:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Alahai open secret lah anak2 orka VVIPundek nih semua memang business dadih pun kat kelab2 semua keturunan2 VVIPundek nih yang supply. Kalau dah melibatkan VVIPundek memang susah lah nak banteras. Dadih, judi, pelach, scam semua tuh dah tentu2 orang2 besar banyak share hakhakhaktuih
Post time 1-3-2022 02:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
bondeh replied at 1-3-2022 02:09 PM
Alahai open secret lah anak2 orka VVIPundek nih semua memang business dadih pun kat kelab2 semua ket ...
Itu sbb jgn pandang tinggi kt puak2 ni.puak2kapitalis kroni celaka ni yg jadikan politician yg dilantik rakyat jadi tungangan deyols dan seterusnya a jadikan sistem negara korup dan kita sendiri ditindas.skrg paham tak kenapa org bijak pandai dan tau berfikir marah ,persoalkan kalau parti politik terima dana dari taikun.paham tak?
Post time 1-3-2022 02:30 PMFrom the mobile phone|Show all posts
alesandra replied at 1-3-2022 02:18 PM
Aku ketinggalan lak anak vincent tan neh yg mana ye? yg ada bergamba celebrate birthday syed sadic ...
tak. yg bertani satu ibadah ni namanya nevin tan, umur 27. tapi kalau dah anak beranak tuuu takkan lerr tatau pekerjaan adik beradik, silap2 ada kebun masing2 semua
Post time 1-3-2022 06:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by akusukaq at 1-3-2022 06:24 PM
Dah nama pun kroni atok, sekali atok call Tommy terus ubah tuduhan. bagi denda sekupang dua je. lain le anak Pak Seman Kpg Gajah tanam ganja belakang rumah.mau dah jd arwah kena hukum gantung