CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Membazir Dan Bahaya, Netizen Tegur Ryzal DurianKimchi Gara-Gara Tepek Kek Di Muka Isteri

24-2-2022 11:06 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4667| Komen: 39|Original author: Tatod


Gurauan membenamkan atau menepek kek mahu pun mencalit hiasan ising pada muka individu yang meraikan ulang tahun kelahiran tidak hanya dilakukan di Malaysia tetapi seolah-olah menjadi amalan di seluruh dunia setiap kali tibanya hari jadi seseorang.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, 'prank' berkenaan tidak lagi dianggap kelakar apatah lagi terlalu banyak insiden tidak diingini dilaporkan oleh media membabitkan gurauan sebegitu.


Bercakap mengenai gurauan itu, Ryzal Ibrahim sekali lagi ditegur netizen gara-gara tindakannya menepek sebiji kek hari jadi pada muka isterinya, Maryam. 

Berkongsi rakaman berkenaan di Instagram, netizen meluahkan kebimbangan mereka lilin yang terpacak pada kek berkenaan tertusuk pada mata wanita berbangsa Korea itu.


Menerusi rakaman berkenaan, Maryam sedang 'membebel' dalam bahasa Korea dan mencalitkan sedikit aising pada hidungnya. Berdasarkan jawapannya pada komen Fizz Fairuz, Ryzal menjelaskan Maryam bertanya kenapa tidak ada yang melakukan perkara itu terhadapnya.



Bukan hanya bimbangkan keselamatan Maryam, warga maya juga menganggap gurauan berkenaan kasar dan tidak sesuai dilakukan terhadap isterinya. Malahan, netizen turut mengatakan perkara itu adalah satu pembaziran.

Teguran berkenaan bukan hanya ditulis di akaun Ryzal tetapi juga di Instagram Maryam.

Terdahulu, Ryzal dan Maryam berkahwin pada Ogos 2019 di Masjid Itaewon, Seoul, Korea Selatan. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung pada Oktober tahun lalu. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 24-2-2022 11:14 AM
nie lg satu..
Quote mamajawie 24-2-2022 11:29 AM
xtahu la bini dia ni suka ke idok tapi aku rasa laki sskjp mmg bodoh sentiasa..
Quote kucingitam 24-2-2022 11:31 AM
lantak dia la...netizen sibuk follow dia buatpe..takde pekdah pun dia ni...attention seeker je
Quote salimrock 24-2-2022 11:37 AM
kayangan ni, ok la, lenkali cuba tepek sizling mee pula ye...

sebelum covid tu, aku pernah pergi 1 99 , 1 mak dan anak beli barang2 dapur, sekali tak cukup duit, tak smpai rM10 pn,  sekali mak dia cakap nak kansel la jajan /roti.biskut,  anak dia, aku tgk muka anak dia ish, kesian betul budak dlm 5 tahun, aku nak kedepan bayar, sekali ada seorang perempuan india, tolong tambah kan...

semoga tuhan memberkati perempuan tu,  ta


aku respek betul perempuan india tu,



sekali sekala pergi la merayap ke tempat golongan marhain... aku yakin kek tu paling kurang RM 50 ( mgkn lebih )
Quote Thunderclouds 24-2-2022 12:18 PM
Alahaiii..sygnya kek. Kalo kek props xpa gak. Ni kek buat mkn kot. Sedih pulak tgk mknan wat mcm tu.
Quote cikatilia 24-2-2022 12:43 PM
aku benci org buat makanan mcm gitu

Quote chocobozhere 24-2-2022 02:43 PM
Kenapa dia dh mcm kusam. Hari tu aku ada tengok video dia beli mcm stroller mat saleh tah apa nama tah, minah ni sebut bodo kt laki dia. Haha. Entahlah. Mmg dari dulu aku benci org buat kek mcm ni xkisah lah sapa pun buat. Membazir wehh
Quote Artemesiaa 24-2-2022 03:39 PM
salimrock replied at 24-2-2022 11:37 AM
kayangan ni, ok la, lenkali cuba tepek sizling mee pula ye...

sebelum covid tu, aku pernah pergi 1  ...

Well said bro
Quote namieamuro 24-2-2022 04:04 PM
laki die ni mmg suke membodohkan diri die dan bini die. bahan nk buat kek mahal dh skrg. kalau dh dimukekan dek laki bodoh. selera ke nk mkn?
Quote KamikuP 24-2-2022 04:06 PM
Dua dua ketoi ni benak ke?
Sorang kpop rejek sorang sskjp lembam
Quote ayukpingu 24-2-2022 04:17 PM
rizal ni memang suka kena kecam ke? tak abis2 jadikan bini bahan content. its not funny at all
Quote matjerk 24-2-2022 04:23 PM
Rizal db iqbal besfren ke?
Quote matjerk 24-2-2022 04:25 PM
Ingatkan dh ada anak matang dah la..
Quote mawarkhayalan99 24-2-2022 04:31 PM
si korea ni bila nak sedar laki ko tu bdoe. lari jelah
Quote lyshafull 24-2-2022 11:39 PM
Asyikbuat bnde tah pape redha lak bini dia tu hahah
Quote haifawehbe 25-2-2022 01:28 AM
chocobozhere replied at 24-2-2022 02:43 PM
Kenapa dia dh mcm kusam. Hari tu aku ada tengok video dia beli mcm stroller mat saleh tah apa nama t ...

bila layan maryamrizal dgn kakak korea punya channel baru iols sedar pmpuan korea sebenarnya agak kasar even dgn laki sendiri.. berbeza dgn pmpuan dlm kdrama..
Quote makton 25-2-2022 07:35 AM
bila laki ketot ni nak matang agaknya?
menyampah la tgk perangai dia ni. memalukan betul dpt suami mcm ni
Quote missbigrockstar 25-2-2022 10:39 AM
Aku tak suka lah lawak kasar mcm ni. Teringat dulu viral video budak kecik excited nak hembus lilin kena sembam muka mcm ni juga. Terpinga2 dia kesian [em:8:]
Quote tintin22 25-2-2022 01:31 PM
b
makanan tu!

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040570 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top