CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Suami Lelaki Pendosa Sudah Dirujuk JAKIM

22-2-2022 02:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3453| Komen: 10

Pengarah drama Suami Lelaki Pendosa, Eyra Rahman berkata dia merujuk setiap babak dihasilkan untuk drama berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai inisiatifnya sebelum disiarkan.


Eyra ditemui pada sidang media secara virtual baru-baru ini, memaklumkan dia sendiri tahu karya adaptasi novel diarahkannya itu agak sensitif dan pasti menjadi perhatian netizen.



"Walaupun drama Suami Lelaki Pendosa ini mengisahkan 'lelaki songsang' atau homoseksual, tapi olahan jalan cerita skripnya kita buat mengikut kesesuaian tontonan masyarakat di Malaysia.

"Kita mengambil kira pelbagai aspek seperti sensitiviti penonton kerana kalau boleh tak mahu terkait dengan kontroversi. Malah, kerjasama diberikan pihak JAKIM sangat membantu," katanya.


Eyra berkata apa yang cuba disampaikannya menerusi naskhah novel tulisan Umie Nadzimah berjudul Imamku Lelaki Pendosa itu adalah sebahagian realiti kehidupan masyarakat di sekeliling kita masa kini.

Foto: Eyra Rahman

"Cuma, apa yang dipaparkan kepada penonton tidaklah keterlaluan kerana harus menghormati budaya kita di Malaysia. Apapun, saya harap semua yang menonton drama ini berpandangan terbuka untuk melihat mesejnya.

"Dalam setiap drama dihasilkan sudah tentu ada mesej dan mana yang baik itu kita ambil, manakala sebaliknya pula dijadikan sempadan. Jangan pula hanya melihat pada sudut negatif saja," katanya.

Mengulas juga kerjasama dengan pelakon utama iaitu Datuk Aaron Aziz dan Gambit Saifullah yang menjadi 'pasangan' dalam drama ini, Eyra berkata mereka mudah berbincang dan memberi komitmen yang baik.

"Kerjasama yang saya terima untuk drama ini daripada pelakon-pelakon sangat bagus. Saya amat berterima kasih termasuk buat semua tenaga kerja produksi yang terlibat," katanya.

Drama Suami Lelaki Pendosa kini disiarkan di slot Samarinda TV3 sebanyak 28 episod. Antara barisan pelakon lain seperti Sophia Albarakbah, Fauzi Nawawi, Datin Maria Farida, Aleza Shadan, Shima Anuar, Edika Yusof dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 22-2-2022 03:38 PM
Halahhhhhh
kalau takde drama2 ni punnn
Banyak je berlaku kat donyaaaa yang fanaaaa iniiiiii

Quote Adrif 22-2-2022 03:38 PM
hindarilah perkara yang boleh mengundang fitnah

jagalah maruah dan aib masing-masing
Quote Mini.Me 23-2-2022 10:32 AM
Selagi tak tunjuk beria scene gayyah tu ok jerr...
Quote JiEunTak 23-2-2022 10:43 AM
Mini.Me replied at 23-2-2022 02:32 AM
Selagi tak tunjuk beria scene gayyah tu ok jerr...

semlm tgk harun share kat ig dia, BTS drama...
salah satu scene gayah...
bila dah CUTT truih kuaq 'sial lah'
hehehee.....

tiba2 tingat Vincenzo plak dah...
menahan rasaaaaa jaa ngan gay
Quote Masukkeluar 23-2-2022 10:54 AM
aku lyn cite ni..haahah. tp aku geli tgk badan aaron tu. besar bagak, pakai baju dh mcm nk terkoyak.

geli.
Quote bulalof 23-2-2022 10:55 AM
tu je ke keje JAKIM?
Quote Emilyyyyy 23-2-2022 03:17 PM
Masukkeluar replied at 23-2-2022 10:54 AM
aku lyn cite ni..haahah. tp aku geli tgk badan aaron tu. besar bagak, pakai baju dh mcm nk terkoyak. ...

Same lah..mcm tak sesuai die bawa watak tu, gambit tu ok la jugak dgn contact lenses die.
Quote buragazz 23-2-2022 04:30 PM
Si Gambit tu menjadi ek lakonan dia.. aku cam.. erk.. serem...
Quote Suchi 23-2-2022 04:39 PM
Iols ok je dgn cite mcm ni maybe sbb dah terbiasa dgn scene ummah ni kat muvi2 hollywood kot.

Percaya laa dlm dunia nyata ramai je kan yg kawen dgn gayah or ex gayah mahupun biseksual.
Malas nak bg contoh korang pun tau je kan sapa mereka2 tu.
Yg mana bleh bertahan akan bertahan sampai beranak cucu.
Yg mana takleh tahan awal2 dah angkat kaki.
Pastu duda tu menten je tak kawen lain sampai sudah.
Quote adeqbun 24-2-2022 12:08 PM
Jgn la bg harapan palsu bg pompuan2 kat luar sana..once gay forever gay..duk asik tunjuk dlm drama lepas kawen bole berubah..tu yg ada sggup kawen biawak dan taik judi tu..sbb duk pk lepas kwen berubah

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.047051 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top