CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Kritik Filem Syahadan Sampah, Zhaf 'Rileks' Terima Ugutan

23-2-2022 10:50 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3767| Komen: 10|Original author: Tatod

Description: Aktif dengan aktiviti 'review' filem sama ada tempatan mahupun luar negara, Zhafvlog cukup terkenal dengan kata-kata pedas setiap kali mengkritik naskhah yang dirasakan kurang 'umph'.Baru-baru ini, Zh ...

Aktif dengan aktiviti 'review' filem sama ada tempatan mahupun luar negara, Zhafvlog cukup terkenal dengan kata-kata pedas setiap kali mengkritik naskhah yang dirasakan kurang 'umph'.

Baru-baru ini, Zhaf menulis pandangan peribadinya di Twitter terhadap garapan keseluruhan filem Syahadan yang disifatkan sebagai filem tanpa maruah dan hina. 

Zhaf turut mendakwa Astro enggan menerima filem berkenaan untuk ditayangkan menerusi saluran Astro First kerana karya berkenaan terlalu sampah.




Menerusi bebenang berkenaan, Zhaf juga membandingkan Syahadan dengan filem Geran yang ditayangkan pada 2019 diterajui oleh Namron, Azlan Komeng dan Fad Anuar.

Walaupun menerima ugutan gara-gara kritikan berkenaan, Zhaf sedikit pun tidak gentar malahan meneruskan rutin harian seperti biasa.



Terdahulu, aktivis Yusuf Azmi tampil menerusi sebuah rakaman mengatakan Zhaf telah menghina dunia seni bela diri silat yang menjadi kebanggaan orang Melayu.

"Saya tidak nafikan sesiapa saja boleh memberikan kritikan. Buatlah apa nak buat, nak kutuk ke apa tiada masalah. Tapi ada kaedah. 

"Saya nak berjumpa dan berdepan dengan anda. Saya nak tanya, apa yang anda marah sangat pada dunia persilatan," kata Yusuf.


Pengarah Nazreen Jefrizal turut berkongsi video dirinya yang menyelar tindakan Zhaf. Menerusi rakaman berkenaan, Nazreen berkata, mesej itu adalah khas untuk vlogger berkenaan dan pengikutnya.

"Follower kau yang serang aku kat IG pun guna fake account. Nak bagi pendapat wakil diri sendiri pun tak boleh. Hipokritnya korang ni. Sial. Kasihan. 

"Korang kata korang kritik untuk membangunkan industri. Kalau zaman perang dunia kedua dahulu, korang kira tali barut yang bunuh bangsa sendiri," kata pengarah itu.



Bagaimanapun, ada juga netizen yang bersetuju dan menyokong usaha Zhaf melakukan 'review' filem-filem baharu.



Memetik laporan Getaran, warga maya berpendapat bahawa sudah tiba masa pembikin mahupun penggiat seni bersikap terbuka untuk menerima kritikan seperti mana komen lantang diberikan kepada pengkarya lain termasuklah nyanyian, lakonan dan sukan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pxlbb 23-2-2022 02:31 PM
Hidop Zhaf!! Tp sanggup ko spend masa layan citer2 sampah. Tq for review. Puas hati mak.
Quote babelina 23-2-2022 03:24 PM
kdg pasal review si ZHaf nie buat aku tgk satu2 movie tu..
Quote Adrif 23-2-2022 03:28 PM
biasala kan orang review movie??
dari dulu macam tu

kenapa jadi isu?
Quote dewimalam78 23-2-2022 04:37 PM
Zhaf ni kalaubtak salah pernah kondem filem shamsul yusuf ke sapa ntah. Last dia kena kutuk balik.
Quote Tembikaigoreng 23-2-2022 05:50 PM
Zhaf ni siapa? Lancang betul mulut dia kritik filem org....tapi aku tengok film² yg dia sampahkan tu xdelah sampah sgt....lagi² Fattah Amin....benci bethol dia LOL
Quote pukulrata 24-2-2022 12:37 PM
Biasa la..Malaysia ni kan ramai palatao.mcm porumer dlm ni la [em:3:]
Quote kakikuDibibirmu 25-2-2022 12:53 AM
Seks ngan kucing tersenyum sinis
Quote jgfjhdjhg 2-3-2022 03:49 PM
membazir je duit aku g tengok citer tu mmg ke laut
paling kelakar ada la yg masuk cinema tengok siap bertanjak sekali masuk 20minit terus keluar
ingat g toilet last tak masuk2 dah
Quote kakikuDibibirmu 3-3-2022 07:45 AM
Syahadan.... Terpedaya istana raja

[youtube]D2cgyd6z6HU[/youtube]
Quote Suke-dono 3-3-2022 09:31 PM
Tu sebab kalau kritik kena ada bagi pro and cons supaya fair....takkan lah sesampah sekalipun takda langsung yg boleh diberi credit? Kostum cantik ke, mekap meletop ke...hahaha.

Yg geng Ultra ni pun sensitif tak bertempat jugak. Takkan org kritik filem yg kebetulan bertemakan silat, kau nak kata org tu kutuk melayu dan islam...gila lah!!

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.103918 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top