Bagaimanapun, Lala enggan mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan Talita kerana bimbang disalah tafsir oleh mana-mana pihak.
"Saya tak nak ulas lebih banyak mengenai perjumpaan itu. Bimbang nanti orang salah anggap. Apa pun, doakan yang baik-baik untuk saya dan Talita sekeluarga," katanya.
Sebelum ini, nama Lala tular di media sosial apabila dia didakwa sebagai 'wanita misteri' yang memeluk anak Shuib.
Warga maya memetik namanya berdasarkan bentuk tubuh dan penampilan wanita dalam gambar berkenaan.
Bagaimanapun, pelakon itu menafikan khabar angin tersebut.