CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tempahan Baju Raya Sendu, Ramai Takut Tahun Ini Tak Boleh Raya Lagi

17-2-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2668| Komen: 41

Klang: Tempahan baju raya tahun ini tidak semeriah dahulu apabila peniaga butik mendakwa menerima sambutan dingin daripada pelanggan meskipun kurang 100 hari lagi umat Islam menyambut Ramadan pada April ini.


Kebanyakan rakyat masih was-was tentang peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini berikutan peningkatan jangkitan Covid-19 yang kemungkinan banyak kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pemilik butik Mega Mahir Sdn. Bhd., Shahrizal Md. Sari berkata, lazimnya ketika ini dia tidak menang tangan menerima tempahan untuk perayaan, tetapi kali ini jumlah pelanggan yang ingin menempah baju raya kurang 60 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Shahrizal Md. Sari menunjukkan baju Melayu yang siap untuk dijual sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di butiknya di Jalan Kebun, Klang, Selangor. Foto: Utusan


“Pelanggan dalam keadaan berhati-hati sama ada boleh menyambut hari raya puasa di kampung dan beraya dengan prosedur operasi standard (SOP) dengan arahan khusus daripada kerajaan berikutan peningkatan jumlah jangkitan covid ketika ini.

“Rakyat mengharapkan sambutan raya kali ini lebih meriah disebabkan arahan PKP oleh kerajaan selama dua tahun jangkitan Covid-19 melanda negara,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Jelasnya, kebiasaannya butiknya menerima tempahan baju raya seawal empat bulan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dan menutup tempahan selewat-lewatnya dua minggu sebelum bulan Ramadan berakhir.

Bagaimanapun, Shahrizal berharap dalam tempoh kurang dua bulan ini tempahan baju raya kembali rancak.

Dalam pada itu, pemilik butik di Jalan Kebun itu menyatakan berlaku peningkatan permintaan terhadap tempahan baju korporat daripada pelbagai pihak termasuk syarikat swasta, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan komuniti.

“Mutakhir ini, permintaan terhadap pakaian itu agak tinggi apabila kegiatan luar dewan dibenarkan sejak empat bulan lalu,” ujarnya. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_PariS 17-2-2022 11:41 AM
beli sehari sblm raya lg murah
Quote saviour_09 17-2-2022 12:08 PM
beli shopee je la

murah & kualiti

tak ngam gi tailor ejas besar ke kecik ke

settleeeee
Quote Kitty_catz 17-2-2022 01:08 PM
recycle je la... bajo helok lagi... apadehal..
Quote gideoncross 17-2-2022 01:15 PM
Kitty_catz replied at 17-2-2022 01:08 PM
recycle je la... bajo helok lagi... apadehal..

Aiol pun sma, bju2 rya iol pun mostly bju kurung yg dh lama tpi msih helok, so pkai je lah. Buknnya org thu pun & iol plak jnis x rya sngt sbb family kcil, so lantak lah klau xde bju rya skli pun sbb mmg xde kmana2 pun.
Quote epal_putih 17-2-2022 01:17 PM
beli online dah siap dah la malas pikir
Quote Kitty_catz 17-2-2022 01:18 PM
gideoncross replied at 17-2-2022 01:15 PM
Aiol pun sma, bju2 rya iol pun mostly bju kurung yg dh lama tpi msih helok, so pkai je lah. Buknny ...

kan tp kalo tahu pun apadehal

meols lantak je situ.. duit kita suka hati kita
Quote Artemesiaa 17-2-2022 01:19 PM
Setelah beberapa tahun dah di asuh tak beraya makin ramai dah tak peduli sangat nak berbaju raya lagi
Quote shernazz 17-2-2022 01:47 PM
Alah
Beli siap.je..
Beli kat pkns
Quote domestobot 17-2-2022 01:48 PM
takyah la raya. boleh je masuk syurga walaupun tak beraya macam style Melayu
Quote Supersirap 17-2-2022 01:49 PM
Baju yang ada raya tahun lepas pun tidak puas lagi pakai
Quote xtinkerbellx 17-2-2022 01:58 PM
Beli shoppe je tiap tahun
Quote gigahertz 17-2-2022 02:09 PM
Artemesiaa replied at 17-2-2022 05:19 AM
Setelah beberapa tahun dah di asuh tak beraya makin ramai dah tak peduli sangat nak berbaju raya lag ...

tahun lepas kena game last minut.
Quote hotmak 17-2-2022 02:12 PM
pakai je mana ada, naknya baju melayu bukan selalu pakai pun, baju baru duit raya mak bapak tak mampu hulur pun tak guna baiklah guna duit tu bagi beli ayam daging untuk masak raya nanti
Quote cmf_PariS 17-2-2022 02:13 PM
janji aku dpt makan sedap di pagi raya tu jerrewwwww
Quote kitty_lynne 17-2-2022 02:14 PM
Org lg fikir hal persiapan nak buka sekolah dr fikir bab persiapan raya.

Quote Rogue98 17-2-2022 02:17 PM
Kes mencanak naik ni ...takyah lah beria sangat beraya...balik jumpa mak bapak n adik beradik cukup lah.
Aku pun banyak lagi baju Raya lepas2 tak pakai lagi.
Quote SedihPedih 17-2-2022 02:18 PM
baju beli last yr pakai sekali aja... x sempat show off lg.. kalau recycle xde sapa tau  
Quote bulalof 17-2-2022 02:27 PM
dah jauh terpesong sgt dah pengertian Aidilfitri yg sebenarnya.

bukan pada pakaian Raya dan kuih Raya.

harap2 generasi millenial yg lemah segala ni memahami apa erti sebenar Aidilfitri.
Quote anony-mous 17-2-2022 02:28 PM
Artemesiaa replied at 17-2-2022 01:19 PM
Setelah beberapa tahun dah di asuh tak beraya makin ramai dah tak peduli sangat nak berbaju raya lag ...

Setuju yg ni. X heran kalau xde yg baru pon. Lgpon new design mahal2, x smpai 2 bulan raya , rege turun separuh. So beli masa sale, x mau dah beli yg new release

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.047452 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top