CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kluster Mahkamah' Punca Muhyiddin Hilang Jawatan PM?

17-2-2022 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1214| Komen: 4

Description: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yasin mengulangi dakwaan, bahawa keengganan beliau campur tangan dalam kes-kes 'kluster mahkamah' melibatkan pemimpin tertinggi UMN ...
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yasin mengulangi dakwaan, bahawa keengganan beliau campur tangan dalam kes-kes 'kluster mahkamah' melibatkan pemimpin tertinggi UMNO menyebabkan dirinya hilang jawatan Perdana Menteri.


Beliau mendakwa, walaupun pemimpin tertinggi UMNO memberikan sokongan kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri semasa kerajaan campuran Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) semasa menjadi kerajaan Pusat, namun mereka sebenarnya mempunyai agenda tersendiri.

Menamakan dua pemimpin itu sebagai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak, Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata, beliau enggan melayani permintaan itu kerana tidak mahu mencampuri urusan mahkamah.


Kredit foto: Warta Rakyat


"Saya kata pada dia, kalau tak buat apa yang dituduh buat apa nak takut, pergilah ke mahkamah, kalau tidak bersalah akan dibebaskan," katanya ketika berucap di Pentas Perikatan Nasional DUN Tenggaroh PRN Johor di pekarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3, Mersing, pada malam Rabu.

Turut hadir Presiden Gerakan yang juga Timbalan Pengerusi PN, Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; Ketua Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan; Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Muhyiddin menjelaskan kepada Ahmad Zahid, pihaknya tidak dapat membantu bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekali gus tidak mahu bersekongkol untuk melepaskannya.

Muhyiddin (tengah) dan selepas merasmikan Pentas Perikatan Nasional DUN Tenggaroh PRN Johor di pekarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3, Mersing, pada malam Rabu.

"Saya kata 'sorry', saya punya pendirian dalam soal mahkamah, mahkamah adalah satu badan kehakiman yang bebas dan saya tidak boleh campur tangan walaupun saya Perdana Menteri. Saya kata saya tidak boleh bebaskan dia, saya tidak boleh buat begitu tuan-tuan.

"Mana boleh buat begitu saya beritahu dia, ini soal mahkamah, tidak boleh buat begitu, pergi ke mahkamah (kalau tidak bersalah) bebaslah kau. Rupanya dia marah dan tidak berpuas hati," katanya.

Beliau sangka permintaan Ahmad Zahid akan berakhir selepas menolaknya, namun Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudian menghantar beberapa wakilnya untuk memujuk supaya kes beliau ditangguh atau dilambat-lambatkan.


Kredit foto: Utusan

Permintaan tersebut katanya, tidak dilayan dan terus menyatakan tidak boleh masuk campur kes mahkamah apatah lagi kes itu melibatkan jumlah jutaan ringgit dan jika tidak bersalah perlu membuktikannya menerusi saluran undang-undang.

Muhyiddin mendakwa Najib turut datang mengunjunginya untuk mencampuri urusan mahkamah.

“Satu hari kemudian, bos awak, ‘malu apa bosku’ (Najib) datang ke pejabat saya beri penghormatan kepada saya Perdana Menteri.

"Kalau boleh minta saya keluarkan (Datuk Seri Gopal) Sri Ram, suruh saya buang Sri Ram. Mana boleh, saya tidak akan buat macam itu," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harisbee 17-2-2022 12:08 PM
gagal kontrol covid kan???

sekang ni amatla terkawal covid
Quote axl_bach 17-2-2022 01:42 PM
Sembanglah Abah Mahiaddin yg pernah prihatin lagi berpenjana ni,  masa ko khianat ko x igt.....

Jadi tok siak lagi layak utk ko
Quote glump 17-2-2022 09:21 PM
Tu lah modal yg ada nak di canang.. nampak lah sangat tahap kreatif tu Tak der .kaliber lagilah..bertahun jadi MB Johor apa hasil kau buat ..bersaralah .sekarang Tak jadi PM tapi boleh pilah pilih kuasa Mana nak pegang ..cemerlang ke .bila Tak kena , puppet yg kena..sampai bila lah org nak jadi puppet kau.bila lah issue kau pulak org nak bukak
Quote kakikuDibibirmu 17-2-2022 09:27 PM
abahcow ijau cirit yang prihatin lagi berpenjana serta berlestari lagi bersinar serta permai lagi pemerkasa serta pemerkasa+ lagi pemulih serta bercitra tersenyum sinis

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.051010 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top