Walaupun dilanda kontroversi salah faham baru-baru ini, pelakon remaja Puteri Balqis mendakwa tiada masalah jika digandingkan dengan Mia Sara dalam sebuah naskhah.
Dia yang mesra disapa sebagai Aqish berkata kepada Murai.my bahawa dia kini hanya ingin memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang terutama isu perselisihan faham diantaranya dengan Mia. “Saya dah minta maaf dan bagi saya tidak perlu lagi ulas apa-apa sebab segalanya sudah diluahkan di Instagram saya dan saya minta maaf sekali lagi jika saya cakap semua perkara itu. Saya kembali seperti kehidupan normal sebelum ini dan enggan mencampuri lagi perihal tersebut.
“Insyallah, boleh sahaja kalau saya digandingkan bersama Mia,” kata Balqis kepada Murai.my. Kenyataannya itu berikutan ditanya mengenai keinginan pengarah terkenal, Datuk Ayu Puteh yang ingin mengandingkan mereka dalam drama arahannya kelak. Pun begitu, Aqish sebenarnya tidak tahu-menahu mengenai hasrat Ayu itu. “Saya tidak tahu atau dihubungi mengenainya itu sebab kalau ikutkan macam dah lama juga projek tersebut,” ujarnya. Jika Aqish dan Mia bergandingan dalam sebuah naskhah, siapa yang bakal lebih menonjol agaknya? - CARI
|
KamikuP replied at 16-2-2022 09:00 AM
Hero ambik Afiq syazwan dan laki muda intanladyana pasti kebaboom kheunnn
ADVERTISEMENT