CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Gadis Buat Laporan Bapa Pukul Ibu, Kesal Polis Jawab 'Biasalah Tu'

15-2-2022 02:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2963| Komen: 21|Original author: tatod

Description: Tiada niat memburukkan pasukan keselamatan beruniform, seorang gadis membuat ciapan di Twitter dengan menyebut pihak berwajib itu adalah untuk mendapatkan perhatian agar dapat membantu menyelesaikan m ...

Tiada niat memburukkan pasukan keselamatan beruniform, seorang gadis membuat ciapan di Twitter dengan menyebut pihak berwajib itu adalah untuk mendapatkan perhatian agar dapat membantu menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang sedang berlaku.

Tinggal jauh dari keluarga, gadis berkenaan buntu apabila mendengar tangisan adik-adiknya yang tidak dapat berbuat apa-apa selain menyaksikan ibu mereka dikasari dan dipukul bapa mereka.

Gadis berkenaan menghubungi talian 999 untuk membuat aduan mengenai kejadian terbabit dan disarankan agar menghubungi pihak polis sekiranya perkara itu sedang terjadi. Turut menghubungi Talian Nur, dia dimaklumkan bahawa kes sedemikian hanya dapat diselesaikan pihak polis.


Bagaimanapun, selepas menghubungi polis, gadis berkenaan kecewa apabila seorang pegawai yang sekadar berkata, situasi itu adalah perkara biasa.




Katanya lagi, dia juga tidak berniat untuk melukakan hati bapanya, namun tidak lagi dapat mendiamkan diri apabila kejadian itu sentiasa berulang. 

Dia terpaksa membabitkan pihak polis dalam masalah rumah tangga itu dengan harapan bapanya takut untuk melakukan penderaan ke atas anggota keluarga lain.

Tambahan pula, bapanya bukanlah individu yang mudah takut dengan orang di sekelilingnya.

Bagaimanapun, gadis itu lega kes terbabit sudah selesai dan berterima kasih kerana pihak polis akhirnya menghantar bantuan. 






Apa tindakan anda jika berada dalam situasi di mana pihak berwajib bersikap acuh tak acuh? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 15-2-2022 03:16 PM
kalau ada lelaki yg ckp mcm tu jugak sbb dia pun jenis perangai yg sama, backup geng sendiri tu,
Quote SedihPedih 15-2-2022 03:20 PM
polis tu biasa le kot lepuk bini dia.. tu yg ckp biasala tu..
Quote Adrif 15-2-2022 03:50 PM
mohon libas polis yang komen tak sensitif tu

domestic abuse kot.
Quote asamfish 15-2-2022 03:50 PM
Bodoh punya polis yang cakap mcm tu. (that particular person).  Patut diambil tindakan disiplin!
Quote jahcomel 15-2-2022 03:57 PM
kalu kt opis sy nih ade staff jantan y suke pukul bini, tp polis dh mlas nk lyan report bini sbb mase kna pukul2 bini g report, pastu time somi pujuk g tarik balik report...rase dh lbh 3 kali report tarik report...org skeliling pn malas dh nk tlong...ntah lh...kalu kes y nih x brani nk komen...
Quote Skuau 15-2-2022 03:59 PM
apa polis...
Quote elzy 15-2-2022 04:04 PM
Memalukan perangai polis camtu..
Jauh beza dengan 911, budak kecil call buat aduan kecemasan, polis layan elok dan professional..
Belajarlah dari cara mereka, be professional..
Quote azimodin 15-2-2022 08:07 PM
jahcomel: kalu kt opis sy nih ade staff  ...

Ni kes Stockholm syndrome. Selalu jadi bila mangsa dah di brainwash oleh abuser.
Ada jugak yg dah kena ugut dengan abuser... maybe revenge p*rn, ugut nak cederakan anak2 arau risau xde tempat bergantung bila laki masuk lokap
Quote azimodin 15-2-2022 08:23 PM
Undang2 melibatkan keluarga & kanak2 kat malaysia ni masih lemah. Sepatutnya bila dah jadi kes macam ni terus hantar pegawai dari JKM untuk buat penilaian & pastikan mangsa ada tempat yg selamat untuk tinggal. Jauhkan mangsa dari orang yg memukul. Jangan bagi mangsa tarik balik report tanpa penilaian pegawai yg berpengalaman dalam kes2 keganasan rumah tangga.
Quote angelofish 15-2-2022 08:55 PM
berdoa la bapak awak cepat mati...senang sikit pakai wali hakim nanti
Quote pxlbb 15-2-2022 09:20 PM
jahcomel: kalu kt opis sy nih ade staff  ...
i sembang dgn my friend yg keje NGO. Mmg banyak kes mcm ni taktau la kenapa kan tapi memang it takes years la untuk wife betul-betul decide untuk escape. Entah. Mentaliti orang kena abuse tak sama macam orang yang tengah rasional. Tambah lagi kalau laki sole breadwinner.
Quote doubleharmonic 15-2-2022 10:30 PM
asal ko tak kasi hajar jahh noreen lahanat tu? ko tengok acik ni takyah banyak citer terus belasah jah laki tak guna tuh baru padan muka heshe menangis sendu bucu sliding door

[twitter]https://twitter.com/ern_eindee/status/1133558817915002881[/twitter]
Quote tumpanglalu74 15-2-2022 10:49 PM
Polis dah bosan dengor..
Quote spankee_fili 16-2-2022 08:03 AM
jahcomel replied at 15-2-2022 03:57 PM
kalu kt opis sy nih ade staff jantan y suke pukul bini, tp polis dh mlas nk lyan report bini sbb mas ...

Sama dengan makcik iols, pukul anak tiri siap cucuh rokok
Anak pi report polis, polis angkut tup tup makcik iols pi bagitau anak buat cerita je. Yang sebenarnya anak tu bergaduh dengan bapak tiri kononnya so tarik balik report
Pastu jiran pi report sebab anak yg laki dok tabuh selalu tu oku, masa kecik jiran tu yg bela. Mmm makcik iols pi bergolok gadai bawak keluar laki dia
Polis pun fedup dah.
Bila anak pi report lagi kat polis, polis kata takleh buat apa dah kalau mak ko sendiri camtu.
Quote namr 16-2-2022 08:21 AM
Polis pun..dia kaki pukul bini ker
Quote jahcomel 16-2-2022 02:57 PM
pxlbb replied at 15-2-2022 09:20 PM
i sembang dgn my friend yg keje NGO. Mmg banyak kes mcm ni taktau la kenapa kan tapi memang it take ...

jd kalih kot, kna pukul jd redhoooo
Quote makadek 16-2-2022 03:17 PM
GiLa ke.... mesti jenis lepuk bini
Quote mizruncing 16-2-2022 03:32 PM
sbb tu kes makin byk
Quote cashewnut 16-2-2022 10:21 PM
Dik lain kali ko mintak sesape seligi ayah ko sebijik macam mana mak ko kena tu time ayah ko tido. An eye for an eye. Aku ni pantang tengok perempuan kena pukul.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.073475 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top