View: 875|Reply: 6
|
Aqish Sedia Bergandingan Dengan Mia, Tak Jadi Isu Siapa Lebih Menonjol Ke Nanti?
[Copy link]
|
|
Walaupun dilanda kontroversi salah faham baru-baru ini, pelakon remaja Puteri Balqis mendakwa tiada masalah jika digandingkan dengan Mia Sara dalam sebuah naskhah.
Dia yang mesra disapa sebagai Aqish berkata kepada Murai.my bahawa dia kini hanya ingin memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang terutama isu perselisihan faham diantaranya dengan Mia.
Kredit foto: IG
“Saya dah minta maaf dan bagi saya tidak perlu lagi ulas apa-apa sebab segalanya sudah diluahkan di Instagram saya dan saya minta maaf sekali lagi jika saya cakap semua perkara itu. Saya kembali seperti kehidupan normal sebelum ini dan enggan mencampuri lagi perihal tersebut.
“Insyallah, boleh sahaja kalau saya digandingkan bersama Mia,” kata Balqis kepada Murai.my.
Kredit foto: IG
Kenyataannya itu berikutan ditanya mengenai keinginan pengarah terkenal, Datuk Ayu Puteh yang ingin mengandingkan mereka dalam drama arahannya kelak.
Pun begitu, Aqish sebenarnya tidak tahu-menahu mengenai hasrat Ayu itu.
“Saya tidak tahu atau dihubungi mengenainya itu sebab kalau ikutkan macam dah lama juga projek tersebut,” ujarnya.
Kredit foto: IG
Jika Aqish dan Mia bergandingan dalam sebuah naskhah, siapa yang bakal lebih menonjol agaknya? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Yesss aku suka kalo diorg yg pernah popular masa kecil ni di gandingkan dalam sebuah telefilem or drama mengenai sekolah or universiti. Ala macam citer 3R, Baginda, Cili Padi atau Dunia Baru. Pasti gempak. Mohon director pangil juga si adik Heyqarl, dan beberapa pelapis muda dlu... Sezaman diorg. |
|
|
|
|
|
|
|
Hero ambik Afiq syazwan dan laki muda intanladyana pasti kebaboom kheunnn |
|
|
|
|
|
|
|
Cepatnya theyols bermaafan, ternyata bebudak lagi matang dari retis tua bangka. Lagi2 yang 5 sangkak membawang secara live tu...
Belum pula di masukkan yang laki ustaz tak di iktiraf, lepastu duk buat marketing low class untuk pedajal geng2 B40 nak bagi dia kaya. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk seluar dak Mia tu teringat seluar alien workshop dulu..wakakakaka |
|
|
|
|
|
|
|
Seorang overacting, seorang kayu kayan... |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 16-2-2022 09:00 AM
Hero ambik Afiq syazwan dan laki muda intanladyana pasti kebaboom kheunnn
Memang diorg ambik Afieq shazwan pun jadi hero penerbit qu puteh |
|
|
|
|
|
|
| |
|