CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Diusir Dari Pesawat Lepas Minta Kru Jangan Hidang Snek Kacang

15-2-2022 07:45 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2212| Komen: 24

Tindakan seorang wanita yang meminta kru penerbangan supaya tidak menghidangkan snek kacang kepada penumpang kelas pertama menyaksikan dia ‘diusir’ dari kapal terbang.


Sophie Draper yang merupakan jurutera elektrikal mendakwa dilayan berat sebelah oleh petugas American Airlines kerana mempunyai alahan yang serius terhadao kekacang.


SOPHIE DRAPER

Wanita berusia 26 tahun itu memaklumkan, tahap alahannya amat kritikal dan boleh berlaku pada bila-bila masa termasuk melalui ‘bawaan udara’.

Ketika kejadian, Draper bersama teman lelakinya ingin menaiki penerbangan ke Heathrow, namun mereka tidak dibenarkan menaiki pesawat susulan ‘masalah kesihatan yang dihadapinya’.


Sebelum berlepas, Draper meminta petugas syarikat penerbangan itu supaya tidak menghidangkan sebarang snek kacang kepada penumpang, namun permintaannya ditolak.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan, snek kacang merupakan antara hidangan yang wajib diberi kepada penumpang kelas pertama.

Selain itu, American Airlines juga nenyatakan adalah bertentangan dengan polisi syarikat untuk membuat pengumuman berhubung alahan makanan ketika dalam penerbangan.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rara77 15-2-2022 08:17 AM
Bodoh amat perempuan ni kau ingat semua alahan kacang mcm kau ke noob[em:22:][em:22:][em:22:]
Quote helicornia 15-2-2022 08:53 AM
parents aku suka sangat kacang MAS
Quote whimsicalmusic 15-2-2022 10:37 AM
Maybe die ptt bbalut sblm masuk plane tu..sbb bawaan udara pn bahaya utk dia kan?
Quote SecretLuv 15-2-2022 10:40 AM
Tak kan disebabkan hang sorang, orang lain tak dapat makan kacang.
Quote lurve82 15-2-2022 10:44 AM
kacg MAS sedap la...ada lg ke kacg tu?
Quote babelina 15-2-2022 10:45 AM
sabar jer la.. mcm2 perangai manusia..
Quote Gomea 15-2-2022 11:14 AM
Kacang mas tu aku makan rasa macam kacang2 biasa je. Sikit pulak tu
Quote sukacactus 15-2-2022 12:02 PM
Wuiii pasal ko sorang, org lain terpaksa berkorban kacang?
Pakai la mask 4, 5 lapis lain kali
Masa book flight, takde plak inform airline pasal alahan ko tu
Quote supernaturalee 15-2-2022 12:12 PM
Gomea replied at 15-2-2022 11:14 AM
Kacang mas tu aku makan rasa macam kacang2 biasa je. Sikit pulak tu

dh tu nk bersalut gris kapal terbang ke baru rasa lain?



Quote becir 15-2-2022 12:18 PM
musykil lak kalau dia jalan kat luar kat mall tu takde same anxiety ke?
Quote Gomea 15-2-2022 12:20 PM
supernaturalee replied at 15-2-2022 12:12 PM
dh tu nk bersalut gris kapal terbang ke baru rasa lain?


Dah orang lain dok kate sedap2, iols makan rasa biasa je
Quote Dwdrum 15-2-2022 12:38 PM
Dia serious allergy dengan kacang boleh bawa mati... Dalam harap passenger lain boleh compromise... Kacang saja pun.. 1st class passenger boleh beli tons kacang makan di luar...
Quote ultra78 15-2-2022 12:48 PM
Sesetengah orang memang ada alahan teruk dengan kacang. Bukan setakat makan, malah tersentuh dan tercium bau pun tak boleh.
Quote ultra78 15-2-2022 01:01 PM
Dwdrum replied at 15-2-2022 12:38 PM
Dia serious allergy dengan kacang boleh bawa mati... Dalam harap passenger lain boleh compromise...  ...

Ya. Saya salah seorang yang pernah kena anaphylaxis,tapi bukan disebabkan kacang. Last time kena memang sesak nafas,pening dan pitam. Blood pressure jatuh mendadak. Terus dikejarkan masuk hospital. Bila fikir balik mujur saya pitam sebelum saya start driving. Kalau pitam waktu driving mungkin saya dah mati accident waktu tu.
Quote harizs 15-2-2022 01:05 PM
ko sorang2 pakai la mask 2 lapis klu x boleh bau kacang
Quote Artemesiaa 15-2-2022 01:09 PM
Elok dia naik private jet jer ler kalau macam tu mana boleh main suruh orang lain ikut kehendaknya dalam pesawat komersial.
Quote twins 15-2-2022 01:54 PM
lurve82 replied at 15-2-2022 10:44 AM
kacg MAS sedap la...ada lg ke kacg tu?

dah ko sebut tu tetiba aku mengidam pulak....
lemak-lemak masin... siap mintak extra lagiii.... hahahaha
Quote juruterra 15-2-2022 02:00 PM
helicornia replied at 15-2-2022 08:53 AM
parents aku suka sangat kacang MAS

i pun suka sgt kacang MAS< ada sekali balik dr london naik MAS steward bagi leftover kacang best gilaaaa
Quote talapia 15-2-2022 02:09 PM
camne mcm kes ni eh.. kesian.. agaknya dia sengaja amik business class konon nk dpt special treatment... tup2 tak dilayan jugak.

Bab2 alergik ni kalau yg serius mmg bole bawak mati. Lagi2 pulak dalam plane sane.. naya aje.
Anak aku alergik kacang. Kacang tanah aje pulak tu.. kacang lain takde mende.. tak merasa la makan kuah kacang bagai. Sejenis klau tersentuh pon siapla naik merah2 bengkak muka mata gatal rashes segala. Mujur tak sesak nafas aje.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.044056 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top