CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengadil Meninggal Dunia 19 Minit Lepas Mengadili Perlawanan Bola Sepak

15-2-2022 07:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2559| Komen: 23

Seorang lelaki tempatan meninggal dunia ketika mengadili perlawanan bola sepak di Taman Berjaya, Kajang, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung lelaki berumur 50-an yang tidak sedarkan diri pada 4.17 petang.


Gambar hiasan

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa yang merupakan pengadil perlawanan, rebah di tengah padang ketika perlawanan berlangsung dalam tempoh 19 minit.

"Pihak ambulans yang tiba terus menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa dan mengesahkan kematiannya.


"Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 15-2-2022 07:54 AM
mesti korang nak tanya ada kaitan dengan ehem ehem ke tak kan?
Quote saviour_09 15-2-2022 08:46 AM
last week pun ada family members kawan iols pegi masa main bola

tengah2 sedap main, rest jap tepi padang cakap sakit dada

minum air, muntah terus rebah tak bangun2

Quote asma87 15-2-2022 09:19 AM
Omicron kan skrg....
Quote Samerosie 15-2-2022 10:04 AM
hyie replied at 15-2-2022 07:54 AM
mesti korang nak tanya ada kaitan dengan ehem ehem ke tak kan?

Baru nak tanya.....
Quote Adrif 15-2-2022 10:35 AM
saviour_09 replied at 15-2-2022 08:46 AM
last week pun ada family members kawan iols pegi masa main bola

tengah2 sedap main, rest jap tepi p ...

dah beberapa kes kematian tepi padang waktu bersukan sejak dulu
dan majoriti nya, sebelum meninggal, ada minum air

aku tak tau apa kaitannya, atau apa kesannya, badan terkejut ke apa
tapi mesti mati mengejut
Quote cmf_PariS 15-2-2022 12:18 PM
booster la tu...
Quote Artemesiaa 15-2-2022 02:08 PM
Makin banyak kematian mengejut sejak dua menjak ni
Quote saviour_09 15-2-2022 03:25 PM
Adrif replied at 15-2-2022 10:35 AM
dah beberapa kes kematian tepi padang waktu bersukan sejak dulu
dan majoriti nya, sebelum meningga ...

yaaa

almost 10 org jugak yg iols kenal dah pegi time bersukan

tgh jogging, main tenis, bola, futsal



Quote darkness 15-2-2022 03:29 PM
saviour_09 replied at 15-2-2022 03:25 PM
yaaa

almost 10 org jugak yg iols kenal dah pegi time bersukan

Sebelum kobid ni kawan2 iols ada 5 org meninggal sb bersukan.  Kalo ada booster ka vaksin ka time tu, org mesti dah salahkan yg tu
Quote darkness 15-2-2022 03:30 PM
Adrif replied at 15-2-2022 10:35 AM
dah beberapa kes kematian tepi padang waktu bersukan sejak dulu
dan majoriti nya, sebelum meningga ...

Satu lagi tak boleh terus berhenti lepas sukan tu. Kena berhenti pelan2...jalan pelan2 gitu. Jangan duduk terus
Quote saviour_09 15-2-2022 03:33 PM
darkness replied at 15-2-2022 03:29 PM
Sebelum kobid ni kawan2 iols ada 5 org meninggal sb bersukan.  Kalo ada booster ka vaksin ka time  ...

of coozzz
tbh bukan sebab vax @ booster ni


macam iols cakap la, ramai dah yg iols kenal pegi time bersukan ni

masa tu kita hidup aman daman without kobit ya

tup2 dah balik ke alam abadi


Quote darkness 15-2-2022 03:36 PM
saviour_09 replied at 15-2-2022 03:33 PM
of coozzz
tbh bukan sebab vax @ booster ni


Tu la pasal. Lagipun kena ingat selalu, Malaysia ni lubuk darah tinggi, kencing mnis, heart attack sejak dulu. Jadi iols tak heran kenapa tambah2 musim kobid ni lagi tinggi kematian berbanding taun2 sudah? Tgk life style kita apa kita mkn
Quote Decaffeinated 15-2-2022 05:16 PM
Wartawan siap tulis 'seorang lelaki tempatan' macam2 tau2 ja acik akan tanya 'indon ka bangla ka nepal...'

Quote annehuda 15-2-2022 05:21 PM
Decaffeinated replied at 15-2-2022 05:16 PM
Wartawan siap tulis 'seorang lelaki tempatan' macam2 tau2 ja acik akan tanya 'indon ka bangla ka nep ...

Takyah nak fefeeling ko tu berfikiran melawan arus. Kalau kes kematian mengejut lepas bersukan mcm ni forumer tak terfikir pun apa taraf warganegara ape. Diorg lebih nk kaitkan kaitan vaksin dgn mati mengejut mcm ni
Quote Decaffeinated 15-2-2022 06:27 PM
annehuda replied at 15-2-2022 05:21 PM
Takyah nak fefeeling ko tu berfikiran melawan arus. Kalau kes kematian mengejut lepas bersukan mcm ...

Ko ni manjang tak faham apa aku tulis. Lenkali skip je lah post aku

Quote manzilla 15-2-2022 08:02 PM
hyie replied at 15-2-2022 07:54 AM
mesti korang nak tanya ada kaitan dengan ehem ehem ke tak kan?

Hesh mana ada. Jangan sebut-sebut ehem-ehemm tu di sini. Nanti ada yang tersampuk.
Quote Belibis 15-2-2022 10:14 PM
Decaffeinated replied at 15-2-2022 05:16 PM
Wartawan siap tulis 'seorang lelaki tempatan' macam2 tau2 ja acik akan tanya 'indon ka bangla ka nep ...

Sebab suara dalam bdeo macam indon..kayaknya la kena bagitau..gampang kan
Quote Decaffeinated 16-2-2022 11:21 AM
Belibis replied at 15-2-2022 10:14 PM
Sebab suara dalam bdeo macam indon..kayaknya la kena bagitau..gampang kan

video mana?

suara sintetik ni kadang bukan indon tapi baku sebab agak susah nak ajar robot loghat selatan sebab tak konsisten tulis saya tapi sebut saye


Quote julia5094 16-2-2022 02:35 PM
putput replied at 15-2-2022 12:16 PM
org pikir kesan booster saja

Arwah ni kawan kepada husband dia. My fren ni doktor n kerjanya memang merawat pesakit covid. Katanya arwah tak ambik satu pun vaksin dan disahkan positif covid. Tu menurut my fren la...i percaya cakap dia. Tapi tak tau la ada kisah lain disebaliknya...wallahuaklam

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.098214 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top