CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bila Terlampau Terikat Dengan Kawalan Putrajaya, Cikgu Jadi Macam Tak Kreatif - Maszlee

11-2-2022 10:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1219| Komen: 8

Bekas Menteri Pendidikan mencadangkan penggunaan e-buku atau buku elektronik secara meluas sebagai salah satu penyelesaian isu beg sekolah berat yang dikaitkan dengan masalah sakit tulang belakang pelajar.


Maszlee Malik berkata, Covid-19 yang memaksa penutupan sekolah sebelum ini harus menggerakkan iltizam politik memperkasakan pengajaran dan pembelajaran digital yang lebih dinamik.



“Covid-19 ini mengubah cara hidup kita. Jadi, kalau nak selesaikan isu beg berat, kita kena mengubah cara kita belajar. Di negara maju tak ada buku teks. Kalau ada pun dalam bentuk elektronik dan sekarang kita tahu banyak ‘e-learning’ (dalam) pengajaran dan pembelajaran di rumah,” katanya kepada FMT.


Justeru katanya, kerajaan harus menerokai penggunaan e-buku sebagai keutamaan untuk mengajar, seperti di negara maju.

“Sekarang sudah ada pun e-buku teks. Separuh (tempat) yang mungkin tak ada akses, seperti di kampung, barulah kita cetak. E-buku teks yang ada di laman web kementerian (Kementerian Pendidikan) pun boleh dimuat turun.”

Beliau turut menegaskan keperluan kuasa autonomi diberikan kepada pengurusan sekolah dan guru untuk menentukan cara pengajaran terbaik berdasarkan keperluan masing-masing.

“Saya yakin cikgu-cikgu ini ramai yang kreatif. Ada antara mereka didedahkan kepada dunia untuk cara bagaimana nak mengembangkan kaedah pengajaran paling baik kepada pelajar dan kepada pelajar untuk belajar. Tapi bila terlampau terikat dengan Putrajaya punya kawalan…cikgu-cikgu jadi macam tak kreatif,” katanya.


Gambar hiasan

FMT sebelum ini melaporkan kisah pelajar Tingkatan 5, Nurul Hanim Fazwin, 17, yang terpaksa menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang bengkok 40 darjah. Masalah itu dikaitkan kepada amalan pelajar itu menggalas beg sekolah berat, saban tahun.

Maszlee berkata semasa menjadi Menteri Pendidikan, beliau amat memberi perhatian kepada isu beg sekolah berat dengan menggesa KPM melakukan libat urus, dengan pihak sekolah, PIBG, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat.


Loading FB Post...

“Kita keluarkan pekeliling berkaitan jadual anjal. Kita serahkan kepada pihak sekolah bersama PIBG dan guru-guru untuk lihat macam mana nak selesaikan (isu itu),” katanya.

Beliau kesal kerana isu itu tidak lagi menjadi tumpuan selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada 2019, malah diabaikan apabila sekolah ditutup semasa ‘lockdown’ pandemik Covid-19.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ais_kosong 11-2-2022 10:53 AM
Semua ahli politaik ni time jadi pembangkang idea kemain eloknya.
Bila jadi KERA.. semua hancus!!!
Quote whimsicalmusic 11-2-2022 12:14 PM
Actually idea maszlee ni walau kdg2 nmpk kecik or remeh, membantu jgk..hrp2 pasni blh la cdg sekolah pakai baju pj je, sng sikit xyah gosok hahaha
Quote Thunderclouds 11-2-2022 12:26 PM
Logik. Agreed.
Quote Artemesiaa 11-2-2022 12:34 PM
Ramai dah cadangkan benda yang sama sebelum ni tapi akhirnya krik krik krik juga
Quote 3480 11-2-2022 02:51 PM
Pakai bju putih pon x brpa bkenan. Nmpk dlm. Cuma nk Clorox senang. Xyah pk turun colour
Quote Rapz 11-2-2022 03:08 PM
Bagi la mcm2 idea ujung2 krik krik gak,nk buat lagu mana.......
Quote harizs 11-2-2022 03:10 PM
sembang bila dah takde kuasa.
Quote JokesCop 11-2-2022 03:32 PM
Kalau menteri lain, aku akan pergi route, xde kuasa bolehlah sembang.

Tapi Mazlee Malik, dia di cut off sebelum visi dia menampakkan hasil dan dah tunjuk pada negara ni.

Xkisah mcm mana perubahan ko bawa, idea ko bawa, yg penting, project membesarkan perut giant2 tycoon politik dan kroni mesti dijaga.

Bagilah orang paling genius dalam dunia, dgn senario politik Malaysia skrg, meh..

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.059233 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top