Seorang wanita hamil dipaku di bahagian kepalanya oleh seorang bomoh yang mengatakan tindakan berkenaan adalah untuk menjamin dia melahirkan anak lelaki.
Terdapat ramai bomoh yang mengambil kesempatan terhadap penduduk di Pakistan, dengan mendakwa amalan mereka berteraskan fahaman Sufi, yang popular di negara itu, walaupun sebenarnya dilarang dalam Islam. Doktor yang merawatnya, Haider Khan memberitahu AFP bahawa wanita berkenaan datang ke hospital di barat laut Peshawar selepas gagal mencabut sendiri paku berkenaan menggunakan playar.
"Imbasan X-ray menunjukkan paku sepanjang lima sentimeter (sm) itu menembusi bahagian atas dahi wanita berkenaan tetapi tidak mengenai otaknya. Tukul atau objek berat digunakan bagi mengetuk masuk paku itu. "Dia masih sedar sepenuhnya tetapi dalam keadaan amat sakit," katanya yang berjaya mengeluarkan paku berkenaan. Menurutnya, ibu kepada tiga anak perempuan itu turut memaklumkan kepadanya bahawa dirinya kini sedang mengandungkan anak perempuan keempat. Wanita itu pada mulanya memberitahu kakitangan hospital bahawa dia sendiri memasukkan paku itu di kepalanya atas nasihat seorang bomoh tetapi kemudian mengakui bomoh berkenaan yang melakukannya. Di Asia Selatan, anak lelaki dianggap sebagai jaminan keselamatan kewangan dan lebih menguntungkan ibu bapa berbanding anak perempuan. Ketua Polis Peshawar, Abbas Ahsan, memberitahu AFP bahawa pihaknya kini sedang menjejaki wanita berkenaan untuk mencari dan menyoal siasat bomoh terbabit. "Kami sudah mendapatkan gambar kamera litar tertutup (CCTV) dari hospital dan harap dapat menghubungi wanita berkenaan. Kami akan tahan bomoh terbabit dalam masa terdekat," katanya. Sumber: Harian Metro
|
copy_paste replied at 10-2-2022 02:58 PM
kalau semua nak anak lelaki,mcm mana nak berkembang biak itu pun kalau boleh dpt lah,
ini menunjukka ...
ADVERTISEMENT