CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kucing Calarkan Kereta Sports, Pemilik Minta Ganti Rugi RM12,737!

10-2-2022 12:49 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 3275| Komen: 33|Original author: Agent13k

Description: Seorang lelaki di Thailand memfailkan saman ganti rugi sebanyak 100,000 baht (RM12,737) ke atas pemilik seekor kucing peliharaan .
Seorang lelaki di Thailand memfailkan saman ganti rugi sebanyak 100,000 baht (RM12,737) ke atas pemilik seekor kucing peliharaan .

Menurut laporan tempatan, kucing itu dikatakan melompat dan mencalarkan dua kereta mewah miliknya.


kredit foto: Tiktok

Memetik laporan Kosmo, dalam video yang dimuat naik pemilik kucing galak itu di TikTok, jirannya menuntut wang pampasan kerana membiarkan haiwan peliharaannya keluar ke tempat awam dan menyebabkan kerosakan pada harta benda orang awam.



Wanita itu berkata, dia sanggup membayar ganti rugi untuk membaiki kesan calar tetapi pada harga yang berpatutan dan bukan harga cekik darah.


Menurut laporan, dalam kejadian pada Oktober 2020 itu, seorang kanak-kanak tidak sengaja membiarkan kucing peliharaan keluar dari rumahnya.


kredit foto: Tiktok

Pada hari sama, seorang pemilik kereta menghantar sebuah video yang dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) bagi membuktikan kucing peliharaan itu duduk di atas dua kereta mewah berwarna hitam dan kuning.

Pemilik kucing itu bersama keluarganya ke rumah berkenaan untuk memeriksa kerosakan yang dilakukan oleh kucingnya, tetapi hanya menemui kesan kotoran dari tapak kaki kucingnya sahaja.

Laporan terbaru mengatakan, pemilik kereta tersebut telah memohon maaf dan menarik balik samannya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 10-2-2022 12:53 PM
auto terbayang spa pasang lagu siam.......
Quote Artemesiaa 10-2-2022 12:56 PM
Tak baik tau dengki dengan oyen.  Bukan semua oyen taiko jalanan.
Quote prettyuglybabe 10-2-2022 01:26 PM
mesti lepas ni oyen tak lepas lagi dah
Quote helicornia 10-2-2022 01:30 PM
Tk nampak pun kucing tu calarkan kete.dia dok lepak je
Quote batmana 10-2-2022 01:44 PM
kalau rimau tu logikla juga calar sana sni
ni kucing, takat tapak kaki , taik aja yg ada
Quote cmf_premierleag 10-2-2022 01:53 PM
hek elleh..stakat cakaran kucing je..ada kesan ke..apa murah sgt ke keter ko smpi kucing scratch sket je terus ada kesan?
pakai bahan apa body keter ko tu? kotak?
Quote insulin 10-2-2022 02:01 PM
Mohon saman kaw-kaw. Ajar sikit manusia2 penjilat binatang. Tak bercalar kononnya. Delusional ke apa? Tahula yang bercalar tu kereta orang lain kan...bukan kereta sendiri.
Quote airisa 10-2-2022 02:02 PM
kete i kena,  ada kesan kuku dari atas sampai bawah. agaknya masa dia nak turun tu keluar kuku. dah la kete baru masa tu, terus la beli car cover. tiap2 malam selimut kete.
Quote Dwdrum 10-2-2022 02:07 PM
Jika takut vehicles kena scratch or di langgar better tunggung unta dik... Car body.. Bumper etc untuk protection... Jika takut sangat better display kereta dalam aquarium saja... Buat untuk tengok bukan untuk di guna
Quote Decaffeinated 10-2-2022 02:09 PM
Wartawan Cari dah pindah posting dari Jakarta ke Bangkok ka?

Kucing ni setau aku suka mencakar pada permukaan menggerutu macam sofa, alas kaki atau batang pokok. Masa berjalan dia 'simpan' kuku. Kucing gila kot mencakar pada besi licin atau cermin, ada ka?

Kalau ayam yes.
Quote green~tea 10-2-2022 03:17 PM
Mudah je... campak je mothball kat porch... tiada kucing menghampiri
Quote green~tea 10-2-2022 03:18 PM
airisa replied at 10-2-2022 02:02 PM
kete i kena,  ada kesan kuku dari atas sampai bawah. agaknya masa dia nak turun tu keluar kuku. dah  ...

Beli mothball or ubat gegat tu je uolz... lempar kat porch....

Biasa kucing kecik2 mencakar sbb x expert sorok kuku
Quote green~tea 10-2-2022 03:19 PM
Decaffeinated replied at 10-2-2022 02:09 PM
Wartawan Cari dah pindah posting dari Jakarta ke Bangkok ka?

Kucing ni setau aku suka mencakar p ...

Kucing muda blom pandai simpan kuku....

Btw, i pasang nano ceramic coating dgn PPF film... puas hati xde calar no chipping bila kena batu2 kecil
Quote green~tea 10-2-2022 03:37 PM
airisa replied at 10-2-2022 02:02 PM
kete i kena,  ada kesan kuku dari atas sampai bawah. agaknya masa dia nak turun tu keluar kuku. dah  ...

Dulu2 i selimut kereta juga.. but then sampai berlubang sbb kucing2 makin seronok cakar
Quote Abahmung 10-2-2022 03:43 PM
pandai pulak oyen cari port lepak
Quote .HannahMontana. 10-2-2022 03:45 PM
uhmmmmmmm sukar di madah
Quote lipans 10-2-2022 03:53 PM
sapu polish hilang le..
Quote airisa 10-2-2022 04:02 PM
green~tea replied at 10-2-2022 03:37 PM
Dulu2 i selimut kereta juga.. but then sampai berlubang sbb kucing2 makin seronok cakar

ada satu jenis cover yg tebal .. yg tu ok sikit. so far belum ada tanda2 mencuba la tapi agak berat sikit.

sebelum ni guna yg nipis kaler biru tu .. haaa .. yg tu memang kalau cakar pun koyak.
Quote green~tea 10-2-2022 04:12 PM
airisa replied at 10-2-2022 04:02 PM
ada satu jenis cover yg tebal .. yg tu ok sikit. so far belum ada tanda2 mencuba la tapi agak bera ...

I beli yang kaler silver tu, bukan yg biru... mmg gigih si kenit tu tembuskan cover kereta, like usaha gigih sangat

So now i lempar mothball je.. senang.. depan pagar pun takde tahi kucen sbb dia tak suka bau tu

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.049791 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top