View: 975|Reply: 10
|
Paku Dahi Wanita Hamil Untuk Jamin Dapat Anak Lelaki
[Copy link]
|
|
Seorang wanita hamil dipaku di bahagian kepalanya oleh seorang bomoh yang mengatakan tindakan berkenaan adalah untuk menjamin dia melahirkan anak lelaki.
Terdapat ramai bomoh yang mengambil kesempatan terhadap penduduk di Pakistan, dengan mendakwa amalan mereka berteraskan fahaman Sufi, yang popular di negara itu, walaupun sebenarnya dilarang dalam Islam.
Anggota polis melihat imbasan X-ray mangsa. - FOTO Agensi
Doktor yang merawatnya, Haider Khan memberitahu AFP bahawa wanita berkenaan datang ke hospital di barat laut Peshawar selepas gagal mencabut sendiri paku berkenaan menggunakan playar.
"Imbasan X-ray menunjukkan paku sepanjang lima sentimeter (sm) itu menembusi bahagian atas dahi wanita berkenaan tetapi tidak mengenai otaknya. Tukul atau objek berat digunakan bagi mengetuk masuk paku itu.
"Dia masih sedar sepenuhnya tetapi dalam keadaan amat sakit," katanya yang berjaya mengeluarkan paku berkenaan.
Menurutnya, ibu kepada tiga anak perempuan itu turut memaklumkan kepadanya bahawa dirinya kini sedang mengandungkan anak perempuan keempat.
Wanita itu pada mulanya memberitahu kakitangan hospital bahawa dia sendiri memasukkan paku itu di kepalanya atas nasihat seorang bomoh tetapi kemudian mengakui bomoh berkenaan yang melakukannya.
Di Asia Selatan, anak lelaki dianggap sebagai jaminan keselamatan kewangan dan lebih menguntungkan ibu bapa berbanding anak perempuan.
Ketua Polis Peshawar, Abbas Ahsan, memberitahu AFP bahawa pihaknya kini sedang menjejaki wanita berkenaan untuk mencari dan menyoal siasat bomoh terbabit.
"Kami sudah mendapatkan gambar kamera litar tertutup (CCTV) dari hospital dan harap dapat menghubungi wanita berkenaan. Kami akan tahan bomoh terbabit dalam masa terdekat," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
byk bidaah kt pakistan
tgk cite bajrangi bhaijaan pn amalan puja kubur/puja ali bagai, tapi ngaku isle
ntah apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha i am so sorry , this is so ridiculous ...hahahaha paku dahi ? extreme lots... |
|
|
|
|
|
|
|
nasiblah tak arwah....kesianlah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki pakistan gila seks
kalau pergi sana pun aku tutup muka aku
mmg sejenis jantan gila seks
mata terbeliak ,tajam
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat sini paki2 jual kapet jadi idaman acik2 kepam sskjp. |
|
|
|
|
|
|
|
Ey bodoj benor.. sakit dapat anak laki nan hado jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 10-2-2022 02:58 PM
Jantina anak ko dh ditentukan oleh sperma yg menang tu dik, terlambat dh ko nak paku2.
Kalau nak anak sekian2 kena sediakan diri korang laki bini sblm korang plan nak bercucuk tanam tu lagi atleast 3-6 bulan.
Kena amalkan diet khusus bagai pastu bercucuk la tanam kendian bila benih dh bercambah korang dh bleh stop diet tu apa2 pun usaha perlu seiring dgn doa dan tawakal.
Andai tetap juga tak berjaya mendapat anak yg korang mahukan terima ajala apapun jantina anak tu asalkan bayimu sihat sempurna cukup sifat.
Nanti coba la lagi dan lagi.
Kesian anak perempuan sejak zaman jahilliah sampai dah 2022 ni masih dianggap tak penting padahal memasing semua kuar dr rahim pompuan gak. So tak penting kah?? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau semua nak anak lelaki,mcm mana nak berkembang biak itu pun kalau boleh dpt lah,
ini menunjukkan masyarakat sana kuat diskriminasi kaum wanita,
mcm ni la jadinya bila masyarakat hanya memandang duniawi semata2,nama je islam tapi cintakan dunia.. |
|
|
|
|
|
|
|
copy_paste replied at 10-2-2022 02:58 PM
kalau semua nak anak lelaki,mcm mana nak berkembang biak itu pun kalau boleh dpt lah,
ini menunjukka ...
Itula pasal jgn kata kat asia selatan, ummah nusantara ni pun selalu dimomok2 kan katanya anak pompuan ni buat abis boreh jo, takleh jadi penahan reta pusaka.
Itulaa dia duniawi jaa asik ingat reta benda je, padahal mati sok sesen pun takleh nak bawak masuk kubo tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak PM aku kalau nak anak lelaki atau pompuan. Aku ada kaedah saintifik.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|