|
Sebuah kajian mendapati bahawa individu hidup dalam rumah tangga yang bahagia akan menikmati hidup lebih lama dan sihat.
Kajian Pejabat Statistik Kebangsaan menunjukkan, kadar kematian dalam kalangan lelaki dan wanita bujang meningkat dua kali ganda berbanding mereka yang sudah berkahwin.
Petikan dari Kosmo, hal ini ekoran pasangan berkahwin sering mengingatkan pasangan mereka agar melakukan pemeriksaan kesihatan apabila salah seorang di antara mereka mengalami masalah kesihatan. Malah, mereka yang menjalani kehidupan bahagia dapat membantu mengurangkan tekanan dan menggalakkan gaya hidup sihat, selain dikaitkan dengan pengurangan kebarangkalian untuk terlibat dengan tabiat berisiko. Sementara itu, kehidupan mereka yang bujang, bercerai atau menjadi balu dikaitkan dengan peningkatan kadar kesepian dan tekanan yang tinggi. Dalam kajian itu, mereka menganalisis trend demografi dalam kadar kematian berdasarkan status perkahwinan dan berdasarkan data sepanjang 10 tahun, lelaki dan wanita yang berkahwin atau mempunyai pasangan secara konsisten, mempunai kadar kematian yang rendah berbanding individu bujang, duda, janda atau balu. - CARI |
gekkou replied at 10-2-2022 01:07 PM
mati awal lebih bagus
daripada tua esok
menyusahkan orang sekeliling pula untuk menjaga




gekkou replied at 10-2-2022 01:07 PM
mati awal lebih bagus
daripada tua esok
menyusahkan orang sekeliling pula untuk menjaga
Jitu replied at 10-2-2022 11:44 PM
mcm dah putus asa je gamaknya awak ni nnt lah dulu entah2 jodoh awak tak lama lg dah
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 07:03 PM GMT+8 , Processed in 1.271222 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.