CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kena Kuarantin? Ini Perkara Anda Boleh Buat Supaya Tak Tertekan!

10-2-2022 07:37 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1354| Komen: 4|Original author: Agent13k

Description: Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kepada semua individu bergejala yang didapati positif selepas menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) tidak perlu melakukan ujian pengesahan R ...
Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan kepada semua individu bergejala yang didapati positif selepas menggunakan Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) tidak perlu melakukan ujian pengesahan Real-Time Reverse Transcription Polymerase (RT-PCR). 

Malah, individu tersebut perlu menganggap dirinya positif Covid-19 dan harus menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).


kredit foto: AARP

Petikan dari mStar mengatakan ada pelbagai perkara boleh anda lakukan ketika menjalani kuarantin bagi mengelak diri daripada berasa bosan ataupun tertekan.

  • Jangan lewat makan
kredit foto: Gulf News


Makanan adalah sumber tenaga tubuh dan sepanjang dalam proses kuarantin anda perlu menjaga permakanan, jangan lupa untuk makan selain mengambil makanan sihat.

  • Aktif bergerak
kredit foto: Men's Journal

Walaupun anda menjalani kuarantin di rumah, anda perlu tetap aktif. Jika berasa bosan, anda boleh melakukan gerakan ringan seperti menari, berjalan-jalan di ruang tamu ataupun melakukan senaman ringan seperti lompat bintang, tekan tubi dan banyak lagi.

  • Buat perkara disukai
kredit foto: Hiseye

Ini adalah waktu yang baik untuk anda melakukan perkara disukai seperti membaca buku, menonton filem, bermain alat muzik, mengaji al-Quran, bermain permainan video, melukis, menulis, menyanyi dan sebagainya.

  • Berfikiran positif
kredit foto: the today show

Berfikiran positif adalah perkara paling penting dalam usaha untuk pulih dari segi mental, pada waktu sama anda perlu tetap berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan sama ada melalui media sosial, panggilan telefon dan sebagainya untuk bertanya khabar.

Gara-gara varian Omicron yang telah merebak, Malaysia telah kembali jumlah kes positif hampir 20,000 kes dan peningkatan kes juga berlaku di seluruh dunia. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanearisu 10-2-2022 08:14 PM
The general consensus among exercise physicians is to wait at least seven days after you first experience symptoms to resume any form of exercise.


Artikel:
How to safely resume your exercise routine after recovering from COVID-19
Quote Decaffeinated 10-2-2022 10:03 PM
aku kalau kena kuarantine aku akan buka thread forum banyak2

Quote Gomea 10-2-2022 10:12 PM
Aku kena kuarantin kat pusat kuarantin boring nak mati... Duduk sorang2 satu bilik. Dah la line tenet hampeh. Kadang2 je dok borak2 dgn orang bilik lain2. Tapi makanan mmg tiptop, sedap2. Sehari 4 kali makan
Quote makadek 11-2-2022 09:03 PM
Duk rumah Tak apalah..
Lg pun rumah aku laman luas jarak Dr rumah tetangga dlm 200m Dan lak aku tak de nk jmpa2 orang Maka bolehla hirup udara segar kat dlm rumah kebun ku ini..

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.059826 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top