Ramai atlet Sukan Olimpik Musim Sejuk yang ditempatkan di dalam fasiliti pengasingan virus di Beijing, China mendedahkan kesengsaraan dan kekecewaan sepanjang mereka berada di sana termasuk kes ditarik keluar dari tempat tidur dan diberi makanan yang "mengecewakan" di dalam bilik kuarantin yang amat sempit. Menurut Kosmo, Beijing mengadakan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk bebas virus Covid-19 semasa pandemik dengan mengasingkan pasukan atlet dan perlu mengambil ujian saringan setiap hari. Bagi sesiapa yang didapati positif, mereka akan dibawa ke lokasi pengasingan.
Menurut atlet Rusia, Valeria Vasnetsova dihidangkan makanan yang "tidak layak" untuk dimakan dengan hidangan sama diberikan sebanyak tiga kali sehari selama lima hari berturut-turut. Ketua kontinjen dari Jerman, Dirk Schimmelpfenniq turut mengecam keadaan di sana yang dianggapnya "tidak boleh diterima" untuk atletnya selain mendakwa bilik pengasingan yang disediakan terlalu sempit dan tidak bersih. Atlet dari Poland, Natalia Maliszewka mengadu bahawa dia berulang kali berpindah masuk dan keluar dari tempat kuarantin selama beberapa hari kerana keputusan ujian Covid-19 yang tidak konsisten sehinggakan dia trauma dengan pengalaman tersebut. Atlet sukan luncur dari Amerika Syarikat, Vincent Zhou dan pemain papan saiji Austria iaitu Sabine Schoffmann ialah antara atlet yang didapati positif saringan Covid-19, dibawa ke tempat pengasingan. Ketua pasukan hoki ais wakil negara Finland, Jukka Jalonen pula berkata pada Ahad lepas, China melanggar hak asasi manusia yang melibatkan salah seorang pemainnya. Ini kerana pemain tersebut tetap dikuarantin walaupun doktor pasukan telah mengesahkan dia bebas dari virus itu dan membenarkannya untuk bermain. Marko Anttila "dikurung" di fasiliti pengasingan sejak didapati positif virus Covid-19 19 hari yang lalu. Kata Jalonen, Marko kekal dalam pengasingan walaupun dia kini bebas daripada simptom. Orang ramai hanya boleh meninggalkan lokasi pengasingan selepas dua ujian PCR yang dilakukan dalam selang masa 24 jam menunjukkan keputusan negatif. - CARI |
Artemesiaa replied at 10-2-2022 01:11 PM
Teruknya hidangan macam tu je. Makan menu sama berulang2 mana tak jelak jadinya.
cmf_premierleag replied at 10-2-2022 05:49 AM
tu bab makanan..skang ni ummah2 kokesen kt twidder sana tgh kecoh psl lokasi sukan ski winter olympi ...
cmf_premierleag replied at 10-2-2022 01:49 PM
tu bab makanan..skang ni ummah2 kokesen kt twidder sana tgh kecoh psl lokasi sukan ski winter olympi ...
airfilterkotor replied at 10-2-2022 02:10 PM
Bukan nuclear reactor.... tapi steel mill yg dah tutup 15 tahun lepas.
dua_chzy replied at 10-2-2022 02:02 PM
Dalam kecoh2 pun gigih la Chinks ni beratur berjam tiap hari semata nak beli plushie panda maskot ...
dua_chzy replied at 10-2-2022 02:02 PM
Dalam kecoh2 pun gigih la Chinks ni beratur berjam tiap hari semata nak beli plushie panda maskot ...
cmf_premierleag replied at 10-2-2022 02:23 PM
oh steel mill kaa rupanya....aku tgk mcm nuclear reactor jah
Artemesiaa replied at 10-2-2022 01:11 PM
Teruknya hidangan macam tu je. Makan menu sama berulang2 mana tak jelak jadinya.
airfilterkotor replied at 10-2-2022 05:18 PM
Kalau bekas nuke reactor sekali pung, mana maunyerrr.
Boleh mendatangkan rusuhan dikalangan JKKK O ...
ADVERTISEMENT