Edited by Rockafella at 11-2-2022 11:52 AM
Ramai atlet Sukan Olimpik Musim Sejuk yang ditempatkan di dalam fasiliti pengasingan virus di Beijing, China mendedahkan kesengsaraan dan kekecewaan sepanjang mereka berada di sana termasuk kes ditarik keluar dari tempat tidur dan diberi makanan yang "mengecewakan" di dalam bilik kuarantin yang amat sempit.
kredit foto: Men's health
Menurut Kosmo, Beijing mengadakan temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk bebas virus Covid-19 semasa pandemik dengan mengasingkan pasukan atlet dan perlu mengambil ujian saringan setiap hari. Bagi sesiapa yang didapati positif, mereka akan dibawa ke lokasi pengasingan.
Menurut atlet Rusia, Valeria Vasnetsova dihidangkan makanan yang "tidak layak" untuk dimakan dengan hidangan sama diberikan sebanyak tiga kali sehari selama lima hari berturut-turut.
kredit foto: Tiktok
Ketua kontinjen dari Jerman, Dirk Schimmelpfenniq turut mengecam keadaan di sana yang dianggapnya "tidak boleh diterima" untuk atletnya selain mendakwa bilik pengasingan yang disediakan terlalu sempit dan tidak bersih.
Atlet dari Poland, Natalia Maliszewka mengadu bahawa dia berulang kali berpindah masuk dan keluar dari tempat kuarantin selama beberapa hari kerana keputusan ujian Covid-19 yang tidak konsisten sehinggakan dia trauma dengan pengalaman tersebut.
kredit foto: Audacy
Atlet sukan luncur dari Amerika Syarikat, Vincent Zhou dan pemain papan saiji Austria iaitu Sabine Schoffmann ialah antara atlet yang didapati positif saringan Covid-19, dibawa ke tempat pengasingan.
Ketua pasukan hoki ais wakil negara Finland, Jukka Jalonen pula berkata pada Ahad lepas, China melanggar hak asasi manusia yang melibatkan salah seorang pemainnya.
Ini kerana pemain tersebut tetap dikuarantin walaupun doktor pasukan telah mengesahkan dia bebas dari virus itu dan membenarkannya untuk bermain.
kredit foto: Forbes
Marko Anttila "dikurung" di fasiliti pengasingan sejak didapati positif virus Covid-19 19 hari yang lalu. Kata Jalonen, Marko kekal dalam pengasingan walaupun dia kini bebas daripada simptom.
Orang ramai hanya boleh meninggalkan lokasi pengasingan selepas dua ujian PCR yang dilakukan dalam selang masa 24 jam menunjukkan keputusan negatif. - CARI |