CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Budak Seksa Nak Pergi Sekolah, Bukan Penat Belajar Tapi Penat Pikul Beg'

9-2-2022 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2198| Komen: 22

Masalah beg sekolah berat yang dikaitkan kepada sakit tulang belakang pelajar akan berlarutan selagi kerajaan tidak menyediakan peruntukan untuk sekolah mewujudkan sistem lokar, kata ibu bapa dan pendidik.


Tindakan Kementerian Pendidikan menyerahkan kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk membiayai sistem lokar agar pelajar menyimpan buku teks di sekolah adalah amat tidak praktikal, kata Pengerusi PIBG SJK(T) Sungai Renggam, Seksyen 18, M Sukumaran.



“Semuanya tentang duit. Menyediakan loker berkunci adalah mahal. Jadi patut dibawa (dibiayai) kementerian supaya ia diseragamkan seluruh negara. Kalau tidak, ada PIBG yang berkemampuan dan ada yang tidak.

“Dalam setahun kalau tak buat (sistem lokar), pulangkan kembali dana (kepada kerajaan). Kalau kerajaan buat arahan seperti ini, sekolah akan buat tak? Mesti mereka buat,” katanya kepada FMT.

Semalam, FMT melaporkan seorang pelajar Tingkatan 5, Nurul Hanim Fazwin, menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang yang bengkok 40 darjah.


Gambar hiasan/AJAR 

Bapanya, Mohd Zaqrul Razmal Mohd Podzi, 44, yang juga doktor pakar kanak-kanak, yakin amalan menggalas beg sekolah berat saban tahun menyumbang kepada kerosakan tulang belakang anaknya.

Sukumaran berkata kerajaan tidak boleh menutup mata kepada masalah pelajar sekolah rendah dan menengah menggalas beg berat sehingga 7kg ke sekolah, tahun demi tahun.

Beliau kesal banyak pihak bersikap acuh tak acuh setiap kali cadangan menyediakan lokar di sekolah diutarakan, manakala tak kurang yang mempersoalkan sumber dana untuk membiayai projek itu.

Sukumaran mencadangkan dana Kementerian Pendidikan harus diberikan secara terus kepada pengurusan sekolah, untuk menjamin projek menyediakan lokar ini, berjaya.

Menurut surat pekeliling Kementerian Pendidikan pada Sept 2018, semua sekolah digalak mewujudkan sistem lokar, tetapi hanya jika berkemampuan berbuat demikian.


Loading FB Post...

Pekeliling itu antara lain menyatakan kajian KPM pada 2017 bahawa isu beg berat adalah disebabkan murid-murid membawa terlalu banyak buku termasuk buku latihan, buku swasta, kamus, buku komik, botol air, bekalan makanan, dan alat tulis yang melebihi keperluan.

Selain daripada mewujudkan lokar, Sukumaran juga mencadangkan guru periksa berat beg pelajar secara berkala dan memastikan pelajar hanya membawa buku mengikut jadual pengajaran.

“Ada pelajar malas nak tengok jadual, ambil (semua buku) letak (dalam beg) dan jalan (ke sekolah).”

Kalangan ibu-bapa yang ditemui FMT bimbang akan isu beg sekolah berat, walaupun ia tidak banyak diperkatakan di media.

Bagi Julia Abdullah, 37, terlalu banyak subjek yang diajar antara penyumbang kepada masalah itu.

“Ada yang balik sekolah, tak sempat makan, terus tidur. Bukan penat belajar, tapi penat memikul beg sekolah,” katanya.


 
Julia (kiri), Yusri (kanan)

Pekerja swasta, Yusri Salim, 44, berkongsi kisah anaknya yang kerap mengadu sakit belakang setiap kali pulang ke rumah.

“Beg terlalu berat. Budak seksa nak pergi sekolah. ‘Okay’ juga kalau buku tinggal di sekolah. Kalau buat loker dalam kelas, cikgu boleh pantau. Budak-budak sekarang badan kecil. Bahaya untuk tulang belakang mereka. Kadang sudah balik tu penat, sakit belakanglah," ujarnya.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Adrif 9-2-2022 02:10 PM
dari zaman aku sekolah sampai sekarang isu ni tak habis bincang
dari mak bapak sampai la ke anak diorang, semua pikul beg macam kuli buruh

apa solusinya?
apa perancangannya?
bukan setahun dua, berbelas tahun dah. mungkin puluh tahun?
Quote lipans 9-2-2022 02:15 PM
tiap tahun tambah silibus.
Quote Artemesiaa 9-2-2022 02:18 PM
Isu yang dah bertahun2 lamanya tapi masih tak ada jalan penyelesaian
Quote Suchi 9-2-2022 02:53 PM
Edited by Suchi at 9-2-2022 02:56 PM

Ermm menda dh berpuluh tahun berharap jelaa kalau ada yg nak dengar rintihan ini.

Nak dibandingkan zmaan kita sekolah dulu lagi azab ikutkan
- perhimpunan kena berdiri sampai abis
- kena bawak baju pj dan tukar kat sekolah pastu peluh pakai balik baju sekolah tu
- kena pakai kasut putih
- cikgu2 garang nak mampus dan kuat merotan
- beg sekolah berat dan buku byk nak bawak tp kelas kat tingkat 3.
- sekolah ada 2 sesi, sesi petang paling tak suka panas ngantuk semua ada dan nyusahkan mak pak uruskan pengangkutan sekolah.
- skrg pun ada sesi ptg terutama kat bandar2 sbb murid ramai sgt sementelah kat desa2 satu darjah hanya ada satu kelas.

Quote copy_paste 9-2-2022 02:59 PM
isu yg tiada kepentingan politik, sbb tu xkan pernah selesai,
padahal ada byk cara penyelesaian .
kalau kedekut sgt biar je lah ibu bapa pelajar beli sendiri locker utk anak2,letak belakang kelas.
Quote copy_paste 9-2-2022 03:02 PM
xde dlm media perdana mmg la ,dlm media sosial pun xde sbb kerajaan xlayan,anggap perkara remeh,padahal isu ni dah lama dipandang sepi je,

Quote copy_paste 9-2-2022 03:04 PM
Adrif replied at 9-2-2022 02:10 PM
dari zaman aku sekolah sampai sekarang isu ni tak habis bincang
dari mak bapak sampai la ke anak dio ...

dulu nengok kat TV,sekolah amerika ade locker,kita masih xde sampai skrg,
agaknye diorg dah tahap guna teknologi komputer kat sekolah, kita baru berbangga dgn locker hahahaha,
Quote rospinki 9-2-2022 03:35 PM
bkan berkurang malah makin bertambah kena beli buku latihan buku tambahan eh mcm2 lah..buku nota panjang pendek pun tak abis pakai. bayangkan hari2 bawak buku teks tambah lagi buku latihan buku tambahan buku tulis. padahal buku2 tu tak dipakai pun sekadar merancakan jualan dan komisen barangkali.
Quote whimsicalmusic 9-2-2022 10:09 PM
Sekolah pn..sediakan la loker..sewakan kt pelajar..tu pn nk ajar ke. Pastu kalo blh semua kerja sekolah buat time kelas, so xyah la student nk bwk buku2 tu..nsb baik sekolah anak iolls ade locker, cuma byr rm10 utk setahun utk sewa. Kunci beli sendiri..kerja sekolah semua settle kt sekolah..so beg mmg hr2 kosg. Tp xtao la kalo anak iolls yg xbwk blk buku hahah..kalo hr2 nk berangkut byk buku mmg kena pakai beg yg ergonomic spine protection tu..mau habis 200-400 jgk
Quote intan244 10-2-2022 01:13 AM
ada pengalaman, tp salah sendiri jugak haha sbb malas tengok jadual tiap hari usung semua buku. masa darjah 4 kot, lepas cuti, kelas pulak tingkat 4 atas sekali, demam terus seksa angkat beg berat. gigih ya, alhamdulillah score jugak belajar dulu
Quote kaz2y5 10-2-2022 02:15 AM
aku yg angkut sebiji laptop 15" (plus few accesories) kehulu kehilir pon dah sakit belakang..ini kan pulak budak2 kecik ni bawak beg sekolah dengan buku2 yang berat

btw, honest question sebab mmg tak ingat zaman sekolah rendah dulu macam mana. kenapa diaorg tak boleh tinggal buku dekat sekolah yer? just bawak balik kerja rumah. memang tak boleh? sebab takut hilang?
Quote Tembikaigoreng 10-2-2022 04:44 AM
Suchi:  Edited by Suchi at 9-2-2022 0 ...


Aku tmbh sikit...

-Rambut lelaki tak boleh bela tepi, tengah(bergantung dengan tren popular masa Tu)
-Pompuan xboleh pakai keronsang nak pin tudung
-Pompuan xboleh pakai bedak (dikatakan nak tarik perhatian lelaki LOL)
Quote Tembikaigoreng 10-2-2022 04:46 AM
kaz2y5 replied at 10-2-2022 02:15 AM
aku yg angkut sebiji laptop 15" (plus few accesories) kehulu kehilir pon dah sakit belakang..ini kan ...

Sbb kelas Masih kongsi kot untuk sesi pagi Dan petang, selalu kalau macam nie buku suka hilang. Tak pun kawan kau curi buku yg kau tinggalkan sebab dia.punya dah hilang LOL
Quote haruslah 10-2-2022 08:02 AM
Anak2 tahap 1 x enjoy sekolah
Silibus mmg x tercapai akal

Pagi ptg belajar
Bila nak main2
Quote lola0311 10-2-2022 08:26 AM
zaman sekolh kita tinggal je semua buku bawah meja sebab kelas tak ada kongsi dgn sesi petang
Quote prizadane 10-2-2022 09:17 AM
whimsicalmusic replied at 9-2-2022 10:09 PM
Sekolah pn..sediakan la loker..sewakan kt pelajar..tu pn nk ajar ke. Pastu kalo blh semua kerja seko ...

ada je chuols sekolah yang ada locker macam sekolah anak sedara iols kat putrajaya nun.
ikut sekolah, keluasan n kepadatan pelajar.
sekolah anak iols, memang tak boleh nak buat locker sebab 2 sesi. 1 darjah sahaja ada kurang-kurang 10 kelas. darjah 1 last year 11 kelas with each class ada min 40kids. celah mana nak letak locker pun tak tahu.

banyak benda KPM kena revised balik. kena revise balik syllabus, kena build more school dekat tempat berkepadatan tinggi...


Quote Simunggu 10-2-2022 10:21 AM
setahu saya dari zaman 80an sampai 2022.....cerita sama..
Quote menjad 10-2-2022 10:31 AM
Solution:
Susun buku ikut jadual. Ada murid bawa semua buku. Ajar anak ikut jadual

Beli beg yang sesuai. Jgn beli beg yg berat. Yg ada roda tuh berat nak mampus. Kawasan sekolah ada yang bertangga.
Quote ifanonline 10-2-2022 10:32 AM
inilah kesannya apabila negara diselubungi rasuah...sampai budak2 nak ke sekolah pun terseksa

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.070931 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top